Dugaan dan ujian datang dengan cara dan
rupa….adakalanya dugaan dan ujian datang silih berganti….di dalam kencah
kehidupan ini, pebagai dugaan dan ujian mewarna nilai nilai pergertian
kita…kadangkala kita terasa sempitnya waktu dan hilangnya arah tuju takkala
sesuatu menhampiri dan menghempas pada diri kita.
Tika kita diduga dengan ujian yang kadang
kita rasakan tidak mampu dihadapi, sering kali mengeluh dan menyalahkan mengapa
ini semua berlaku pada kita…Setiap perjalanan hidup kita tidak sama antara satu
sama lain. Kesabaran dan ketabahan dalam diri sendiri seharusnya menjadi
pegangan dan percaya dan yakinlah pada iman, kita di duga dan diuji sejauh mana
kekuatan dalam diri kita. Adakah kita sabar? Sesungguhnya Allah bersama dengan
orang orang yang sabar…
Apa apa pun dan bagaiman rupa ujian yang
menimpa kita..insyallah akan menjadi kebaikan andaikata kita hadapinya dengan
tenang dan bersikap positif. Dan ketka inilah akan merasa betapa kehidupan
adalah sangat berharga.
~Yakinlah bahawa ujian itu merupaka eksperasi
cinta Allah kepada kita hambaNya (Allah SWT memberikan cubaan agar kita menjadi
lebih dewasa dan matang dalam mengharungi kehidupan – “Barang siapa yang
dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberikan Nya
cubaan” sabda Rasulullah SAW
~Yakinlah bahawa semakin besar dan
banyak cubaan yang Allah titipkan kepada kita, makin besar pula pahala dan
sayang Allah akan dilimpahkan kepada kita, dengan syarat, kita dapat
menyelesaikan ujian secara baik – “sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung
pada besarnya cubaan. Sesungguhnya apabila Allah Ta ‘ala itu mencintai suatu
kaum, maka Dia mengujinya.Barang siapa yang rela menerimanya, dia mendapat
keredhaan Allah, dan barang siapa yang murka diapun mendapat kemurkaan
Allah”
~Yakinlah bahawa ujian itu akan
menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita lakukan – “Seorang muslim yang ditimpa
penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan dan kerisauan, bahkan
hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarah dari doasa dosa
kita
~Yakinlah bahawa setelah kita ditimpa
kesulitan, maka aka nada kemudahan – “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan,
itu ada kemudahan”
~Setiap ujian yang Allah berikan,
kerana Allah tidak akan memberikan ujian di luar kemampuan kita hambaNya
~Hadapi
dengan doa dan usaha – apa apa yangperkara yang menimpa diri kita Insyallah ia
akan menjadi kebaikan kalau di hadapi dengan tenang dan positi, ikhtiar yang
maksimun dan diikuti dengan doa. Sesungguhnya pertolongan Allah akan turun
kalau kita berada dipuncak ujian…jadikan ujian sebagai tangga untuk meraih
pertolongan dari Allah…
Yang meredhai ujianMu
Ummimdaza (9/11/2013....7.20pm)
Moga ALLAH memberi syurga tertinggi buat kalian :'))
ReplyDeleteInsyallah..
ReplyDeleteKalian insan terpilih...
ReplyDelete