Friday 23 December 2016

ADUHAI ZURIAT SYURGA KU...

Aduhai Zuriat Syurga ku..
Sekarang sedang apa kamu ?
Sedang mencium wanginya syurga kan?
Sudah pakai baju cantik secantik bidadari kan?
Sudah makan segala makanan enak di syurga kan?
Sudah main lari-larian di syurga kan?
Sudah tidur diatas tilam yang paling empuk di syurga kan?

Anak anak kusayang..
Sekarang kamu sudah berbahagia di syurga
Bermain bersama ya sayang di surga
Bahagia di sana ya sayang...
Aman di sana ya sayang..

Bidadari Bidadari Syurgaku..
Tunggukan kedatangan ummi dan abah..
Tidak sabar untuk bersatu semula..
Hidup berbahagia dalam satu keluarga..
Rindu hingga kehujung nyawa

salam rindu..
Ummimdaza..
24hb Disember 2016..




Friday 2 December 2016

Rindu itu Indah..

Sudut sepi, ketika itu..
Kembali ummi merindukan kamu,
sangat rindu
Gundah, resah dan gelisah menari nari di kalbu

Hening kala itu..
Bayangan kamu hadir dibibir ilusi ummi..
Hadirkan sebaris senyum yang terindah milik kamu
Senyum yang semakin memberatkan rindu ummi
Haruskah ummi buang bayang kamu itu
Haruskah !!!!
Ummi tidak dan tak akan mampu
Wahai anak anakku..
Dengan cara inilah ummi mengenang kamu
Kamar semakin sunyi , dan terus sepi..
Sayup sayup ummi ingatkan kembali kisah kisah kamu..
Apa yang ummi temukan ????
Hanya bayangan kamu, cuma itu
Kasih sayang yang membuka mata ummi

Dan dalam hati, ummi melihat kamu, bidadariku
Hingga takan bosan ummi berbisik bisik sendirian..
Ummi terlalu merindukan kamu..



Rindu itu indah..
Ummimdaza..
2.12.16..

Saturday 26 November 2016

Semoga bertemu di *sana*

Kini...
Pusaramu menjadi tempat
yang sangat ummi dan abah rindui...
berbahagialah kamu
wahai wildan syurga ummi...
wahai permata hati abah...
nantikan ummi dan abah di pintu syurga...

dengan izin Allah,
kita sekeluarga akan bersatu di alam sana...
ummi tahu kamu sedang bergembira di sana....
dibawah rahmat Allah...
di sebuah taman yang tersangat indah..

bahagialah wahai wildan ummi...
bergembiralah anak anak abah ...
kamu sangat istimewa...
yang pernah menghuni di rahim ummi.
cinta hati bertahta di sanubari abah ...

Allah...
kami merindui sikunang2 syurga ....
sampaikan rinduku padanya...
terima kasih atas kasih sayangMu...





salam rindu..
ummimdaza..
27/11/16

Sunday 20 November 2016

HANYA AIRMATA....

Saat kita menempuhi onak duri dunia,
ya mungkin ada kalanya, kesedihan itu terus memanjat-manjat di dasar hati lantaran ada dugaan yang memedihkan dan mengusik ketenangan jiwa.
Air mata seakan bersedia mahu keluar agar tidak terus berombak di kolam hati. Saat itu mungkin sabar tidak dikenali lagi.
Dalam terharu, air mata tumpah juga, mengalir deras mengeringkan derita. Kemudian ada sedikit ketenangan mula menyusup membalut lara, sinar-sinar harapan menampakkan cahaya menyuluh jalan yang lebih bahagia. Keyakinan seakan tumbuh dari sokongan dan kesedaran, wajah mula tenang dan senyuman mudah terbentuk. Cerialah diri. Suka duka, sedih gembira bagaikan silih berganti. Wahai hati, ingatlah diri kita ini tidak hidup abadi. esok, lusa, mana tahu kita akan mati.



Sunday 23 October 2016

REDHA ITU PERLU...RINDU ITU PASTI

Saat ini ,
betapa sarat hati ku dengan rindu pada mereka..
Rindu yang mendambakan kasih dan sayang mereka
Hatiku penuh dengan kasih yang melimpah untuk mereka..
sehingga sukar untuk ditepis
dihati ini...
diminda ini..
Hanya kenangan mreka yang sentiasa bermain main
Hanya bayangan mereka yang sentiasa bertamu..
Kenangan dan bayangan yang sentiasa ku harapkan menjadi realiti..
Tetapi...
Mana mungkin...
Tidak mungkin..
~ REDHA ITU PERLU..
~ RINDU ITU PASTI..


Rindu yg tidak pernah mati...
ummimdaza..24hb Okt 2016

Monday 15 August 2016

Rindu itu tidak pernah mati..sayang tidak pernah hilang

Sudah lama umi tidak melewati laman ini...
sudah terlalu lama tidak bermain kata kata di laman ini..
sudah terlalu payah jari jemari ini tidak menari nari di keyboard ini..
bukan sudah merasa bosan..ataupun sudah tiada kata kata untuk dicoretkan di sini...

Suatu ketika dulu laman ini menjadi tempat ummi meluahkan apa yang terbuku di hati,yang bermain main difikiran.
Tempat ummi meluahkan rasa rindu yang makin memberat

Dan berdiamnya ummi bukan bermakna sudah terkurang rasa rindu itu..sudah hilang rasa sayang itu.
Malah rindu itu tidak pernah berkurangan..sayang makin membuak buak walaupun tanpa kalian disisi ummi...

Anak anak ku sayang..

Setiap saat....
setiap detik...
rasa itu tidak pernah luak..

Rindu itu..
sebenarnya tidak pernah mati...
semakin kita menjauhi..
semakin rindu tu datang menghampiri..

Kasih dan sayang..
Tidak pernah hilang..
Walaupun tiada di pandangan..
Rasa makin kuat bersarang..

Hari hari yang ummi lewati masih terasa sunyi tanpa kehadiran kamu wahai si bidadari bidadari syurgaku..Lebaran terkini kami rayakan seperti tahun tahun terdahulu...hambar..

Hanya potret pengubat rindu ...
Hanya SEPASANG PUSARA BERNISAN BIRU menjadi tempat ummi melepas rindu..


Ummimdaza..
15/8/2016







Monday 20 June 2016

Rindu selamaya

Subhanallah, Aku bersyukur pada MU. sampai detik ini ribuan ... artinya sesungguhnya segala pujian, dan di atas nikmat rezeki dan kesihatan yang Kau kurniakan.
15 Ramadhan ...
DIA kurniakan sebuah mimpi yang amat indah....
"Angah pulang dari sekolah dengan keadaan amat lesu..salam diberi dan ummi menyambut salam angah dengan senyuman dan terus memeluknya..
lalu ummi katakan pada angah bahawa ada orang yang ingin berjumpa angah..
tangan angah ummi pimpin ke ruang tamu..duduk di situ 2 orang insan yang sangat sangat dirindui....
Takkala melihat kedua dua insan ini..angah menerpa lalu memeluk adik adiknya..dicium sepuas puas hatinya..
mereka berpelukkan dengan begitu lama sambil menangis teresak esak..
Angah riuh bercerita bertanya khabar adik adik..dan adik adik sentiasa memberikan senyum manis dan manja.
Ummi memerhati dengan penuh sayu dan sebak..."
Sesungguh hubungan mereka terlalu arkab...dan Angah sememang terlalu merindui adik adiknya..
Dan angah sesungguh ummi tahu bahawa terlalu rindukan adi adik.
ALFATIHAH WAHAI BIDADARI BIDADARI SYURGA..

Ummimdaza...
20hb Jun 2016

Saturday 21 May 2016

MASIH LAGI....

Hampir 5 tahun berlalu...
Masih lagi terasa kesunyian tanpa kehadiran mereka..
Masih lagi menyebut nyebut nama mereka..
Masih lagi ternampak nampak bayangan mereka..
Masih lagi terdengar dengar tawa lucu mereka..
Masih lagi terdengar dengar riuh rendah mereka bercerita..
Masih lagi tersimpan kemas segala kepunyaan mereka..
Namun Hakikatnya..
Mereka kini jauh berada di "Alam Sana"
Mereka kini selamat di bawah jagaan Nabi Ibrahim AS..
Mereka kini berbahagia bersama sama teman di Taman Syurga Allah..
Meraka kini jauh dari noda noda duniawi..
Mereka kini...
BIDADARI SYURGA..
WILDAN SYURGA...
Yang akan tetap setia menanti kedatangan kami..
ALLAHHURABBI...
Sampaikan salam rindu kami..
yang sentiasa merindui...

21hb Mei 2016

Friday 6 May 2016

HAPPY BIRTHDAY TO ME...

7hb Mei 2016..
48 tahun sudah...

Bangun pagi tadi bukak mata ..
Senyum dan terus tersenyum..
Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah masih lagi bernafas untuk hari ini.
Syukur..
Syukur ...
Syukur..
Allah SWT masih lagi memberikan ruang dan juga peluang untuk diri ini memperbaiki segala kelemahan yang ada dalam diri untuk hari yang lebih sempurna.
InsyaAllah ..
Alhamdulillah ..
Nafas hari ini adalah anugerah untuk hidup yang penuh dengan barakah...
Selalulah memberikan YANG TERBAIK jika kita inginkan YANG TERBAIK walaupun kita bukanlah YANG TERBAIK
Semoga segala urusan yang bakal dilaksanakan hari ini akan dipermudahkan oleh Allah SWT.
Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan oleh Allah SWT ..
Aaamin aamin aamin ...

Thursday 10 March 2016

Jauh dilubuk hati ini...

Sudah hampir 4 tahun anak anak ummi pergi namun rindu pada kalian semakin mencengkam. Hanya sesaat teringatkan wajahnya, airmata ini pantas keluar. ummi terlalu rindu pada kamu berdua terkenang saat-saat terakhir ummi membelai abang dan adik.
Ya tuhan, kuatkan imanku..

Tidak terluah perasaan ini. Tidak mampu ummi ungkapkan apa yang dirasai. Tidak terucap segala yang terpendam dalam lubuk hati ini. Hanya Allah jualah yang mengetahui apa yang tersirat dan tersurat.

Anak anakku Sayang,
didunia sementara ini, kita sudah terpisah jauh. Bukan sehari dua kita berpisah tapi selamanya. Namun, kalian tetap dalam hati ummi. Nantikan pertemuan kita di dunia yang kekal abadi. Ummi nantikan saat-saat itu sayang...
bersyukur memiliki anugerah terindah sepertimu,

Walau sementara cuma,
Kenangan bersama mereka menjadi penguat ummi selama-lamanya.
Tunggu kami di syurga Allah ya sayang,
Bantu kami di akhirat nanti sayang,
kami akan sabar menanti saat itu,
Saat bertemu semula dengan kamu berdua
Berbahagialah wahai anakku bersama Allah,
Sesungguhnya Dialah sebaik-baik pelindung dan penjaga buatmu.


Al-Fatihah untukmu sayang,

Kekallah ABQARI dan ASHROQI hidup di hati kami..

Hingga bertemu di pintu syurga wahai anak anakku,

Amin Ya Rabbal Alamin..

salam kerinduan...
ummimdaza...11hb mac 2016...




Tuesday 1 March 2016

Tazkirah diri..

"Datangilah tanah perkuburan. Itu antara amalan yg dapat memberatkan neraca Mizan di hari pembalasan nanti." - Ustaz Badlishah Alauddin, Cinta Ilmu,

"Berziarahlah ke tanah kubur sbb kita bukan tanam pokok pisang kat situ, boleh dibiarkan membesar sendiri. Di situ tinggalnya ahli keluarga kita, mak ayah, anak isteri kita." - Ustaz Kazim Elias.

Dan kerana rindu yang tidak pernah surut juga membuat kami tidak pernah jemu ke sini.. Zainal Az

Tuesday 23 February 2016

PERGILAH....sayanggg....




Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak anak yang sebaik ini. kami berbahagia dengan kehadiran mereka.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak anak kami ini. Kini kami kembalikan mereka kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah mereka dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

Ummimada...
Feb 2016..