Sunday 22 December 2019

AlFatihah Hadiah Yang Paling Berharga

Allahuakhbar...
Tidak terasa 17 tahun telah berlalu,..rasa seolah olah baru  semalam ianya berlaku..
23/12/2002..MUHAMMAD DZUHIL ABQARI penghuni kedua rahim ummi selama 39 minggu selamat dilahirkan.
Sihat walafiat alhamdulillah.
Cantik sungguh aturan Allah..
39 minggu ummi kandungkan kamu..
Kini kamu sudahpun dikandung bumi..
Selama 8 tahun  10 bulan 2 hari kamu bermaustautin bersama  sama kami di teratak ceria kita
Kini sudah 8 tahun 2 bulan 25 hari kamu menjadi permastautin tetap di Taman Syurga Allah yang abadi...
Sampai bila bila kamu akan di sana dan akan setia menunggu kedatangan ummi dan abah.

Selamat hari lahir Abang..
Selamat hari jadi penyelamat ummi dan abah..
Kami tidak pernah berhenti merindui kamu..
Alfatihah hadiah yang paling berharga buat mu..



Tuesday 19 February 2019

Nikmatnya Anugerah Allah..Adik bertamu dalam lena Ummi

Assalamualaikum..
Salam pagi Rabu..
Nikmatnya anugerah Allah..
Semalam adik bertamu di dalam lena ummi..
"Adik menerpa masuk ke dalam bilik ummi..mencium keseluruhan muka ummi..memeluk erat tubuh ummi..mukanya disembam ke dada..
Ummi..membalas pelukkan adik..
Ummi..usap kepala adik..
Ummi..cium ubun ubun adik..
Ummi peluk adik semau maunya seakan akan tidak mahu melepaskan adik..
Tapi..😥😥😥😥.
Tiba tiba..adik bangun dan melepaskan pelukkannya..dicium lagi muka ummi..lalu turun dari katil dan melambai lambaikan tangan sambil tersenyum..dan pergi..hilang terus dari padangan mata ummi..
Ehmmm..esakkan kecil terdengar dihujung lena ummi.."
Alfatihah untuk zuriat syurga kami..


Salam rindu..
Ummimdaza

Tuesday 5 February 2019

Yang Tersirat..Kini Sudah Tersurat

6/02/2012:- seperti biasa kita ke pusara ABANG, selesai saja kiriman yassin dibaca ummi dan abah akan membersih persekitaran pusara ABANG dan ADIK akan bermain main di kawasan itu..
Tiba tiba adik berkata "tengok ni ummi apa yang ADIK lukis" sambil menunjukkan lukisannya..
Ummi tanya ADIK.."ADIK lukis apa tu??
ADIK lukis gambar ADIK tidur di sebelah kubur ABANG...mesti malam nanti ABANG terkejut tengok ADIK tidur sebelah dia..mesti ABANG suka sebab ADIK teman ABANG kat sini..
Abah pandang Ummi..ummi terkedu


01/05/2012:- 2 bulan selepas itu..ALLAH telah makbulkan kehendak ADIK untuk menemani ABANG..bukan sahaja menemani ABANG di kuburan..tetapi sekarang sudah sama sama bergembira di TAMAN SYURGA ALLAH.

Rupa rupanya ada sesuatu yang cuba ADIK sampaikan melalui lukisannya..tetapi naluri ummi dan dan abah tidak dapat mentafsirkannya..
Begitu besar kekuasa Allah..Tidak akan ada perkara yang berlaku tanpa kehendak-Nya.

06/02/2019:- Hingga ke saat ini ummi dan abah masih lagi setia mengunjungi pusara zuriat syurga kami.
Kita sering merancang suatu hari nanti kita akan hidup bahagia dengan insan insan tersayang..
Kita ini manusia, dan sesungguhnya kita hanya mampu merancang, tapi sebaik baik perancangan adalah daripada Allah juga"
Semoga kita bertemu di ALAM SANA..
ZURIAT SYURGA KU..cari kami dan tariklah tangan kami untuk bersama sama di SYURGA nanti..



Rindu hingga ke penghujung
Kasih dah sayang hingga ke Jannah
Ummimdaza