Sunday 16 September 2012

PUSARA BERNISAN BIRU~TAMAN SYURGA PUTRA-PUTRA KU


Pada petang terakhir syawal ummi dan abah ke pusara bernisan biru lagi, sunyi sepi sekali petang ini, tidak seperti hari –hari sebelumnya(di bulan syawal) .Disepanjang bulan syawal kunjungan tidak pernah putus…Bagi ummi dan abah tidak pernah sekali kami tidak berkunjung ke pusara bernisan biru, rasanya tidak lengkap hidup kami kalau tidak ke pusara bernisan biru…Rutin kami seperti biasa membersih dipersekitaran pusara bernisan biru. Hati kami senang sekali takkala melihat ahli keluarga penghuni kubur datang menziarahi pusara keluarga mereka di bulan syawal yang lepas persekiran telah pun di bersihkan.
Biar apa pun yang orang kata dan tanggapan mereka  terhadap ummi dan abah, kami tidak peduli, kami tetap akan tetap kepusara setiap hari jika dizinkan tuhan. Kami ke pusara kalian bukan untuk menangis atau meratapi kepulangan kalian, dan bukannya kami tidak rehda, bukan sama sekali, silap sama sekali tanggapan sesetengah mereka di luar sana terhadap kami. Kami ke sini kerana  sudah menjadi  kebiasaan pada kami  untuk membersih dan menjaga persekitaran pusara bernisan biru ,  yang pastinya bila kami ke sini terubat jua sedikit kerinduan terhadap kalian. Tapi yang lebih pentingnya ianya mengingatkan kami tentang kematian dan tempat kami di sini jua suatu hari nanti. Sesetengah orang di luar sana mungkin tidak akan faham akan perasaan kami, kerana mungkin tidak dirasai  oleh mereka yang bukan bergelar ibu dan bapa, tidak mungkin dirasai pada mereka yang belum pernah kehilangan permata mata hati, bukan satu tapi dua, bukan bertahun tapi berbulan sahaje.
Kami terasa amat senang sekali melihat kemboja di pusara kalian makin merendang, daun makin merimbun, bunganya mulai berkembang. Dan begitu ralit mendengar beburung berkicaun riang sambil menyapu dan mengutip daun-daun kering yang berguguran. Abah seolah-olah sedang bersenam setiap kali peluh ditubuh mengalir membasahi bajunya takkala mencangkul dan merumput di persekitan pusara bernisan biru. Dan seterusnya abah akan  membakar kesemua daun-daun kering yang ummi dan angah kumpulkan tadi. Puas………….Sebelum berangkat pulang kami sama-sama menyedekahkan al – fatihah buatk putra-putra dan penghuni kubur yang lain. Insyallah jika dipanjangkan umur dan ada kelapangan di hari esoknya atau hari berikurnya kami akan ke sini lagi….Di Taman Syurga Putra_Putra Kami.





Kasih  kami tidak pernah kurang
Sayang kami tidak pernah luak
Cinta kami tidak pernah tercalar
Rindu kami tidak pernah susut
Kenangan bersama kalian tidak mungkin terpadam



UMMIMDAZA
17/9/2012 (12.30pm)

No comments:

Post a Comment