Mimpi…ya..aku
bermimpi lagi,bermimpi bertemu bidadari bidadari syurgaku.Alhamdulillah Kau
ketemukan aku dengan mereka dalam mimpi ketika umat islam menyambut Ramadhan
yang pertama. (1 Ramadhan…10/7/2013)
Disebuah rumah yang besar lain cantik…semua
penghuninya terdiri dari golangan kanak-kanak yang diawasi seorang wanita yang
tinggi lampai dan berambut panjang mencecah ke lantai…kanak kanak berlari
riang, bermain main sesama mereka…dan diantara mereka adalah kedua-dua putraku…takkala
ternampak kedatangan ku si abang lantas menarik tangan si adik dan meluru
kearah aku dan memeluk ku seerat-eratnya….melepaskan rindu yang sekelian lama
terpendam….
Aku meminta izin daripada pengasuhnya untuk
membawa pulang kedua orang putra…dia hanya mengganggukkan kepala tanda
mengizinkannya…sesampai dirumah aku menjamu mereka dengan hidangan kegemaran
mereka…sungguh berselera abang menikmati masakan ku sedangkan adik leka bermain
main…selepas makan abang mendapatkan adik dan memegang erat tangan adik,
seperti tidak mahu dilepaskan…adik akur…aku bertanya “abang nak ke mana? dah
nak balik ke?...abang mengganggukkan kepala sambil tersenyum manis…”janganlah
balik…. duduklah dengan ummi dah lama abang dan adik tinggalkan ummi…” rayu ku,
namum abang masih tersenyum … “taknak duduk ummi dah ke?...”…abang
menggelengkan kepalanya sambil tersenyum jua…
Dalam keadaan terpaksa, aku kemudiannya
menghantar mereka pulang ke rumah yang besar lagi cantik tadi….sesampai saje di
halaman rumah tersebut si pengasuh sudah sedia menunggu dengan senyuman yang
amat manis sekali dan tangannya melambai lambai kearah kedua dua orang putra ku
..isyarat untuk masuk ke dalam rumah itu……dengan tangan yang masih berpegang
erat , mereka berlari masuk dengan
riangnya ke dalam rumah yang menjadi tempat tinggal mereka…..dengan di sambut
oleh pengasuh dan rakan rakan mereka…dan aku hanya mampu melihat meeka bermain
main dengan riang dari kejauhan
Subhanallah Maha Besar Allah…mengertikan akan
rindu seorang ibu….Kau ketemukan jua aku dengan bidadari syurga …disaat hati
ini sarat menanggung beban rindu….di saat saat seluruh umat menanti bulan
Ramadhan yang penuh barakhah Mu…
Terima kasih Ya Allah di atas limpah kurnia Mu…walau
hanya sekadar dalam mimpi aku bersyukur…terubat jua rindu ku selama ini….Aku
tahu anak-anakku berada ditempat yang paling elok,sempurna di “alam sana”…mereka
di jaga dan dirawat dengan sebaik mungkin….tiada tolok bandingnya….
Salam kerinduan
Ummimdaza (10/7/2013…5.36am) 1 Ramadhan
No comments:
Post a Comment