24 Ogos 1991 bersamaan hari Sabtu ..kami telah diijab
kabulkan…dan hari ini 24 Ogos bersamaan hari Sabtu genap 22 tahun kami melayari
bahtera perkahwinan kami. Syukur aku panjat kehadrat Illahi kerana mempertemukan
dengan suamiku…teman dikala suka duka ku, pendengar kepada setiap pemasalahan
ku…memujuk tika rajukku…Suami yang terbaik mengasihi tidak pernah
bertepi,Dialah perindu setia, dialah sahabat yang terbaik, penasihat yang terhandal,pembimbing
terbaik..dan dialah suami yang sering mengalir airmata tanda keikhlasnya…
Walaupun sudah 22 tahun kami melayari bahtera
perkahwinan dengan pelbagai rintangan…tapi kami mengharungi jua dengan sabar…dan
Dia masih jua suami yang terbaik yang sentiasa sabar dengan kerenah ku. Dia
tetap yang terbaik memberi dan menyediakan keperluan yang terbaik buat aku dan
anak anak. Dia adalah suami yang selalu mahu mencuba menjadi imam yang terbaik
buat aku dan anak-anak….akhlaknya dijaga sebaik mungkin diusahakan, disarung dengan sunnah
Rasulullah
Dan pada hari ini jua….suamiku..tidak dapat membendung
rasa hati yang disimpan sekelian lama….dia rindu…rindu akan suara-suara
putra-putranya….rindu untuk bermain main dengan hero heronya….rindu untuk
memeluk,mencium dan menggomol sang bidadari syurganya….Ya Allah Ya Tuhan…suami
yang selama ini aku pandang dia seorang kuat…rupa rupanya..tewas jua dengan rasa rindu yang
dipendam sekelian lama…Tuhan Ku …kau ringan beban rindu suamiku….Kau ketemukan
suami dengan putra-putra kami dalam mimpi mimpinya…saban malam suamiku akan
bersujud kepada Mu memohon agar diketemukan dengan bidadari bidadari syurga
kami walaupun sekadar dalam mimipi…..
Suamiku….Isterimu ini akan cuba menjadi yang terbaik
untuk mu…menjadi menyeri dan menanti agar sentiasa bertemu di syurga
Mu…Isterimu ini akan sentiasa mendoakan kesajahteraanmu….agar langkahmu
sentiasa diterangi cahaya Illahi.
Sesungguhnya dia memang suami yang terbaik…terimakasih
suami ku di atas segala kasih sayang dicurahkan dalam tempoh 22 tahun
ini.Syukur Alhamdulillah
Tanda cinta kita walaupun putra putra telah dijemput pulang mendahului kita |
~DOA ULANG TAHUN PERKAHWINAN~
Ya Allah, Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami, yang
Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro, yang Kau jadikan
mata air kasih sayang Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra dan yang Kau
jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.
Ya Allah, andai semua itu tak layak bagi kami, Maka cukupkanlah
permohonan kami dengan redha-Mu. Jadikanlah kami suami dan istri yang saling
mencintai di kala dekat, saling menjaga kehormatan dikala jauh, saling
menghibur dikala duka, saling mengingatkan dikala bahagia, saling mendoakan
dalam kebaikan dan ketaqwaan serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.
Ya Allah, sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan perkawinan
kami ini sebagai ibadah kepada-Mu dan bukti ketaatan kami kepada sunnah
Rasul-Mu.
Ya Allah…indahkanlah rumah kami dengan kalimah-kalimah-Mu yang suci.
Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma’-Mu. Penuhi kami dengan
amal shaleh yang Engkau ridhai. Jadikan mereka Yaa…Allah teladan yang baik bagi
manusia.
Ya Allah…damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami,
dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan. Selamatkan kami dari
kegelapan kepada cahaya. Jauhkan kami dari keburuk yang tampak dan tersembunyi.
Ya Allah…berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami,
keturunan kami dan ampunilah kami. Jadikanlah kami termasuk golongan
orang-orang mukmin.
Sayang hingga ke Jannah
UmmiMdaza (24/8/2013....2.20am)
No comments:
Post a Comment