Friday 7 February 2014

Alhamdulillah Wa Syukurlillah...

Alhamdulillah wa syukurillah, sehingga kin masih diberikan kesempatan menghirup udara di bumi Allah yang indah dan damai dengan nikmat terbesar, iaitu nikmat iman dan islam. Sesungguhnya sesat dan sangat rugilah kita andai dua nikmat ini tercabut dari dalam diri kita, na’uzubillahi min zalik.
Dalam hampir 3 tahun ini juga pelbagai peristiwa telah berlaku, Dari mempunyai anak seramai 4 orang (termasuk seorang anak angkat) kini hanya tinggal dua orang, dari mempunyai seorang bapa kini sudah bergelar anak yatim. Alhamdulillah..alhamdulillah masih  masih punyai 2 orang anak tempat mencurah kasih, masih mempunyai  ibu tempat mengadu dan berkongsi rasa  juga adik beradik tempat untuk bercerita. Dan amat bersyukur diri ini masih punyai seorang suami yang sangat baik dan mengambil berat serta tidak jemu jemu melayan karenah diri yang serba kekurangan ini.
Jarak yang teramat jauh yang memisahkan aku dengan insan insan tersayang menerbitkan kerinduan yang tidak terungkap menguji dan tawakal aku kepada Tuhan Rabbul ‘Izzati. Betapa rindunya diri ini kepada yang mereka. Semoga Allah member kekuatan kepada aku sekeluarga untuk menghadapi setiap ujian yang diberikan. Ujian ini sebagai tanda kasih sayang Allah kepada kita. Wahai airmata terkadang terlalu murah untuk mengalir disaat hati terlalu merindui..ketahuilah bahawa hati ini berusaha keras untuk meredhai…dan  akhirnya Alhamdulillah….

Ya Allah kuatkan hati dan jiwa kami……

UmmiMdaza
7/2/2014 (7.27 pm)

No comments:

Post a Comment