Saturday, 1 February 2014

Rindu yang tiada penghujungnya

Ummi perasaan sejak akhir akhir ini abah menjadi terlalu sensitf dan mudah sangat mengalir airmatanya....Setiap kali kami berkunjung ke "Pusara Bernisan Biru ~ Taman Syurga Allah" airmatanya kerinduan pasti akan mengalir lesu...setiap fatihah yang dititpkan pastikan akan disulamkan dengan sendu, doa doa yang dikirmkan menjadi terlalu sayu dan syadu....dan pastinya airmata jernih ummi turut sama mengalir laju...
Kata kata ini juga yang sering abah ungkapkan " Abah tidak boleh banyak berkalau...jika abah banyak berkalau nanti abah jadi tidak meredhai..abang!!!adik!!!abah dah redhai sepenuh hati abah....tapi cumanya kadang kadang tidak dapat menahan rasa rindu ini...semoga Allah sampaikan salam rindu abah dan ummi  buat abang dan adik"
Dan sekarang ini lena abah pastikan akan diiringi airmata...diseparuh malam abah bangkit berwuduk dan terus bersujud pada yang Esa...doa dipanjatkan agar ditemukan dengan putra putra walaupun sekadar dalam mimpi mimpi.
Takkala menatap potret potret putera puteranya abah akan mengucup dan mengusap ngusapnya sambil menggeleng gelengkan kepala...ummi membiarkan saje kerana ummi tau apa yang bersarang di dalam hati abah, ummi juga tau apa yang bermain main di kotak fikiran abah...
Abah berpesan kepada ummi "Jangan melintasi di bahagian yang menjual pakaian dan mainan kanak kanak ya" apabila setiap kami ke pasaraya untuk membeli belah...
Abah seolah olah sudah kehilangan kekuatannya...abah seolah olah sudah tidak dapat menanggung beban rindunya....
Ya Allah berikanlah kekuatan kepada kami dalam mengharungi kehidupan ini tanpa mereka berdua, berikanlah kekuatan buat puteriku jua...tabahkan dan damaikan lah kami semua walaupun tanpa mereka disisi kami...ketentuan Mu tiada sesiapa yang dapat menghalangnya...Sesungguhnya mereka hanya pinjaman buat kami....dari Allah kita datang dan kepada Allah kita semua akan dikembalikan..

Kasih yang tiada penhujungnya
Ummimdaza..
2/2/2014(8.00am)

Monday, 13 January 2014

HEBAT SUNGGUH PERANCANGAN ALLAH...SETIA HINGGA KE HUJUNG NYAWA

Subuh Jumaat pertama 2014 bersamaan 3 Januari warga Taman Murni di kejutkan dengan berita kematian saudara Zainal Bani , lebih mesra dipanggil denga panggilan  Pak Andak. Menurut isteri arwah yang juga kami panggil Mak Andak, dia mengejutkan suami untuk bagi menunaikan solat subuh dan kebetulan pada pagi itu juga arwah diarahkan bertugas di Kuala Lumpur. Kejutan hanya disahut dengan satu keluhan kecil sebelum mata arwah terpejam buat selama lamanya…….dicuba berkali kali mengejutkan suami tercinta  namum keadaan Pak Andak tetap begitu….pada anaksaudara dan jiran diminta datang ke rumahnya untuk melihat keadaan Pak Andak, tapi Allah lebbih menyayangi beliau…..pihak hospital dipanggil untuk mengesahkan kematian almarhum.
Tiada sepatah yang terkeluar dari mulut aku, takkala suami ku yang baru pulang dari solat subuh menyampaikan berita sedih ini. Aku hanya hanya memikir nasib Mak Andak selepas ini. Pasang ini telahpun mendirikan rumahtangga lebih daripada 25 tahun dan disepanjang perkahwinan ini, mereka masih belum dikurniakan cahayamata…mungkin bukan rezeki mereka. Tapi bukan itu yang menjadi kerisauan ku dan jiran jiran yang lain …tetapi keadaan kesihatan Mak Andak….Mak Andak bukan sesihat orang lain, sebelah tubuh tidak mempunyai kekuatan lagi sesejak lebih daripada 10 tahun yang lalu…stroke….Rutin dan aktiviti harian disandarkan pada suami tercintanya. Dan suami yang peyayang ini tidak pernah jemu melayani apa jua permintaan isterinya, sebelum keluar bekerja pasti setiap keperluan akan disedia sebaik mungkin…..
Tanpa membuang masa aku dan Kak Nor bergegas ke rumah pasangan ini,rasa lambat kaki melangkah …. Sudah ramai jirantetangga dan saudara mara memenuhi setiap ruang rumah pasangan ini….Mak Andak kami dapatkan …tiada sebarang perkataan yang aku dan jiran ucapankan…deraian airmata saje yang dapat kami luahkan…Mak Andak nampak begitu tenang…namum aku tahu apa yang bersarang difikirannya….kerana aku pernah berada di tempat nya….sebaik pelukkan aku lepaskan Mak Andak bersuara lesu…”kita sama sama kehilangan…tapi Mak Andak lagi kesian kat awak …kesian sungguh pada awak…” aku sendiri tidak tahu kenapa kata kata itu Mak Andak tujukan pada ku…..sedangkan dia baru kehilangan orang yang amat disayangi….
Jenazah Pak Andak dimandi, dikapankan dan disembahyangkan di Masjid Perkampungan Sungai Isap Damai…sahabat handai, jiran tetangga dan saudara mara ramai yang datang menziarahi arwah…Suasana pilu menyelubungi pagi pagi Jumaat yang mulai ini. Tiada sebarang keluhan dan rintihan yang kedengaran dari mulut Mak Andak…. pada saudara mara dan teman teman yang datang menziarahi tidak berhenti mak Andak menceritakan….” Senang sangat dia pergi…dia tak menyusahkan saya langsung….” Kami yang terdekat dengan Mak Andak pulak yang susah hati dan berbincang sesame ssendiri..”siapalah yang akan jaga Mak Andak, siaplah yang teman kan dia, kalaulah dia sihat macam kita taka palah jugak dan bermacam macam andaian yang kami bincangkan.
Semuanya sudah siap sekitar jam 12.00 tengahari, namun keluarag arwah dari Negeri Sembilan belum tiba lagi, mungkin hari hujan membuat mereka kelewatan..Keputusan telah dibuat bahawa selepas Jumaat baru perkebumian akan dilakukan. Sekitar jam 2.30 kami semua mengiringi jenazah ke Tanak Perkuburan Bukit Ubi…dan sekali lagi kami dihimpit rasa sebak dan pilu…hanya airmata sahaje menceritakan segala galanya…Mak Andak kelihatan begitu tenang duduk setia ditepi pusara Mak Andak..dan akhirnya keluar dari mulut Mak Andak….”Abang … saya sudah redha “..begitu ikhlas … perlahan lahan aku dapatkan Mak Andak, aku dakap..aku kucup dan aku bisikan ke telinganya..” Mak Andak!!! Insyallah kami semua akan tetap bersama Mak Andak, kami akan jaga Mak Andak macamana kami jaga emak kami sendiri…” Mak Andak hanya mengangguk lesu..dalam sedu yang masih berbaki dia berkata “malam ni lepas Isyak nak buat tahlil kat rumah, nanti datang ya ajak yang lain-lain…rasanya nak buat tahlil 3 malam berturut hari”…aku hanya mengiakan sahaje kata mak Andak itu.
Seperti yang telah diaturkan selepas magrib aku dan Kak Nor ke rumah Mak Andak, kami di khabarkan bahawa Mak Andak kurang sihat dan telah di bawa klinik yang berdekatan untuk mendapat rawatan. Pada hemah kami mungkin dia  kepenatan yang amat sangat, lagipun sepanjang hari Mak Andak tidak menjamah sebarang makanan. Majlis tahlil dan kenduri arwah tetap jua dijalan sepertimana yang dikehendaki oleh mak Andak. Jam sudah menunjukkan pukul 10.30 namun Mak Andak belum jua pulang, aku minta diri  dulu…
11.00 malam anak jiranku.. Wani berlari cemas ke rumah ku…”Makcik Nani Nenek  dimasukkan ke ICU di KMC…” Ya Allah… aku dan suami menjadi begitu cemas. Suamiku beserta jiran sebelah rumah Cik Din (pengerusi Taman) bergegas ke KMC dan aku sendiri bersiap siap ke rumah Mak Andak untuk bersama yang lain…dan belun sempat kaki ku melangkah keluar, talipon ku berbunyi…”Nani Mak Andak dah tak ada”…sayu kedengaran suara Kak Ton …Lemah segala anggota ku, namum ku kuatkan jua, pada jiran jiran aku sampaikan berita sedih ini dan terus kerumah Mak Andak dimana jiran jiran dah ahli keluarga nya masih lagi berkumpul . Tiada lagi kedengaran suara suara yang bercerita hanya terdengar tangisan dan esakkan….masing masing macam tidak percaya dengan apa yang telah berlaku….Jenazah Mak Andak sampai lebih kurang 1.30 pagi dan dia dibaringkan ditempat yang sama ….Menurut keluarga terdekat arwah diserang stroke buat kali kedua…tekanan darah tinggi naik mendadak..mungkin terlau sedih dan letih…
4hb Januari…sekitar jam 8 pagi, kami sekali ke Masjid Perkampungan Sungai Isap Damai untuk urusan memandi, mengapan dan seterusnya memyembahyangkan jenazah Mak Andak. Wajah Mak Andak aku tatap dan kucup buat kali terakhir…airmata berjurai laju tanpa dapat ditahan tahan, bukan aku sahaje malah kesemua yang hadir terutamanya bagi kami jiran jiran terdekat. Tenang sekali wajah Mak Andak. Segala urusan berjalan lancar..dan kini arwah Mak Andak selamat di semadikan disisi arwah Pak Andak…di Perkuburan Hutan Bukit Ubi.
Hebat sungguh perjalanan hidup mereka yang telah dirancangkan oleh Nya…dipertemukan dan disatukan mereka berdua tanpa dikurniakan zuriat agar mereka boleh bersama sama menuju ke Jannah pada hari yang sama. Hari Jumaat hari yang mulia, penghulu pada hari hari yang lain. Mereka berdua umpama ibu dan pada kepada kami, nenek atuk pada anak anak kami, teman teman pada yang sebaya….pada merekalah selalunya tempat kami mencurah rasa, meminta pandangan dan nasihat dan pada mereka juaga kasih kami semua telah tertumpah, bukan sedikit….kasihsayang kami umpama kasihsayang anak kepada orang tuanya….begitu jua dengan pasangan ini…kami umpama anak  anak mereka dan anak anak kami adalah cucu mereka…kata kata nasihat dan semangat tidak pernak putus buat kami dan anak anak…bebelan dari mereka kami terima dengan tiada rasa kecil dihati….
Kini semua telah tiada….mereka pergi meninggalkan buat selama lamanya…indah dan cantik sungguh Allah merancangkan perjalanan hidup mereka berdua…hebat sungguh kasihsayang dan cinta mereka. Kami pasti amat merindui mereka, rindu akan gurau mereka, terguran dan bebelan mereka dan jua rindu akan pelukan dan ciuman kasih dari seorang ibu yang kami panggil Mak Andak.

Ya Allah Ya Tuhan Kami..ampunkan dosa dosa pasangan ini…terangi kubur mereka, tempatkan mereka di Syurga FirdausMu. Walaupun mereka tidak mempunyai zuriat …namum kami akan sentiasa mengutuskan Alfatihah dan mennitipkan doa buat pasangan istimewa ini…Amiin Ya Robbal Almiin…semaga doa kami semua diterima ….






Salam kasih sayang/Salam Maulid Rasul...
UmmiMdaza...14/1/2014 

Tuesday, 31 December 2013

TERIMAKASIH YA ALLAH DI ATAS PINJAMAN INI...

2013 baru sahaje mengundurkan diri..
perginya dengan meninggalkan pelbagai kisah,
pelbagai cerita...pahit,manis,suka duka
semuanya bagi mewarnai setiap langkah ....
Setiap kisah ada rahsia tersendiri
Setiap cerita ada mengakhirannya
Setiap ujian ada hikmah yang tersembunyi

2014 sudahpun mengabil tempatnya...
Keyakinan baru mulai disemai
Azam baru mulai ditaman
Cita cita yg tdk kesampaian akan bajai kembali
Dan semuanya ini akan disirami dengan kekuatan dan kesabaran

YA TUHAN KAMI TERIMAKASIH DI ATAS PINJAMAN NYAWA BUAT KAMI
YA ALLAH BANTULAH KAMI UNTUK INSAN YG LEBIH BERTAKWA DAN TAWADUK
YA RAHMAN DIDIKLAH HATI HATI KAMI AGAR SENTIASA REDHA DENGAN UJIAN YANG DI BERIKAN
YA RAHIM RESTU DAN RAHMATI PERJALANAN HIDUP KAMI DITAHUN BARU INI...2014
AMIN


Ummimdaza...1.1.2014(0.57am)


Saturday, 28 December 2013

Sabar dengan ujian, syukur dengan nikmat, tenang setiap keadaan

BERSABARLAH WAHAI INSAN KUAT ! ALLAH SAYANG PADA MU . ALLAH SEDANG MENILAI KEKUATAN IMAN MU . ALLAH MELIHAT KETABAHAN HATI MU . TERSENYUMLAH WAHAI INSAN YANG SEMAKIN LEMAH . SAKIT INI BERHIKMAH INDAH . PERCAYALAH PADA ALLAH ! 

3hb Disember 2013
-12.30 tengahari dapat panggilan telifon dari suami mengajak pulang katanya air mulai naik ke kawasan perumahan kami. Disepanjang jalan pulang ke rumah hujan masih turun dengan lebatnya. Memang benar air sudah mulai di kawasan perumahan kami.Sesampai dirumah tanpa berlengah kami terus berkemas mana yang patut. Menyimpan barang barang yang penting diletak ditmpat yang agak tinggi, untungnya rumah kami ada loteng(Memorial Mdaza), kain baju kami punggah bawah naik ke atas(tidak kesemuanya),perabot perabot kami tinggikan sedikit(beralaskan batu bata)

-5.00 petang air sudah mulai memenuhi longkang…menunggu saat untuk melimpah..
8.00 malam ramai diantara jiran jiran telahpun mulai berpindah ke pusat permindahan banjir tapi aku dan suami beserta 2 buah keluarga lagi memilih tunggu sampai hari esoknya…dalam pada masa yang sama kami masih terus mengemas dan menyimpan..
4hb Disember
12.30 malam…paras air  bertahan hanya masuk ke porch belum ke dalam rumah lagi…jadi aku, suami dan jiran berpendapat air mungkin tidak naik lagi Cuma bertahan setakat itu saje…

3.30 pagi terjaga dari tidur(kami tidur diloteng)..terdengar sesuatu datang dari arah bawah…bingkas bangun ..Ya Allah air telah memenuhi ruang bawah rumah..panik… suami dan dua orang saudara (kebetulan tidur dirumah..rumah mereka turut dilanda banjir) bergegas turun ke bawah dan cuba menyelamatkant peti ais dan mesin basuh dari di tenggalami…air sudah paras peha


6.00 pagi kami mengambil keputusan untuk ke pusat permindahan…bergegas turun dengan membawa ssdikit keperluan yang penting penting…suami dan anak saudara sudah menunggu dan sebaik sahaje pintu rumah untuk kami keluar sudah sedia menunggu kami seekor ular tedung…dan kami semua bergegas naik semula ke atas loteng…

7.45 pagi bila keadaan kembali tenang, aku, suami, anak anak saudara dan juga 2 orang jiran beserta anak anak mereka mula meredah banjir banjir yang sudah mulai naik hingga ke paras dada untuk menuju ke surau di mana ramai lagi diantara jiran jiran yang berada di situ bagi menunggu bot yang akan membawa ke pusat permindahan. Setelah menunggu hampir satu jam bot yang ditunggu tidak juga kunjung tiba…air semakin naik arusnya semakin deras , apa yang diberitakan ada benteng sudah pecah itu yang menyebabkan air naik dengan mendadak dan arus menjadi begitu deras…

8.30 bila air semakin naik kami mengambil keputusan untuk perpatah balik dan menunggu saje di rumah dan kebetulan jiran sebelah rumah nya dua tingkat, pada jiran jiran yang masih menunggu bot di surau kami berpesan sekiranya ada bot datang jangan lupa untuk mengambil kami semua….

Alhamdulillah dalam arus air deras kami berjaya sampai ke rumah, kami diami rumah jiran yang kami panggil Kak Nor seramai 15 orang. Kami tidak kesejukan lagi…tapi kami kelaparan dan keletihan. Sepanjang berada di situ kami hanya makan sebungkus biskut, kacang goreng dan pisang salai yang telahpun dikerumi oleh lalat. Dua botal kecil air mineral dikongsi seramai 15 orang..Pertolongan yang kami harap tidak juga kunjung tiba..pelbagai cara telah dicuba dan pelbagai pihak telah kami hubungi namum semuanya hampa belaka, tapi yang lebih sedih bila jawapan yang kami terima…”bantuan telah tiada..pandai macamana nak selamatkan diri masing masing”…”belum diisytihar dadurat lagi….” dan macam macam lagi…


1.50 petang…akhirnya dengan bantuan anak saudara suami ku…dia datang bersama bot yang disewanya. Allah sahaje yang tahu bagaimana perasaan kami tika itu..di bibir kami tidak henti mengucap kesyukuran kepada yang Esa..
Satu mengalaman yang tidak mungkin kami lupakan...sesungguh teguran dari Nya membuat menjadi begitu kuat, sabar dan erti kesyukuran....

Kita tidak akan sesekali dapat menjangka,
Apa yang Allah aturkan buat kita,
Adakala kita tersangat gembira.
Adakala kita tersangat tidak suka,
Aturan-Nya bukan pilihan kita,
Namun,
Jangan risau manusia
Allah itu tuhan kita
Tuhan yang Maha Luas kasih sayangnyaPercayalah,
Dia tidak akan menduga hamba-Nya,
Kecuali untuk melihat hamba-Nya,
tersenyum di sana,
tertawa di sana,
berbahagia di sana,
Di syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai yang mendamaikan jiwa.
Oh indahnya !

Ummi Mdaza
12.37 am

Sunday, 8 December 2013

Teguran Dari Allah

Peristiwa 2001 berulang lagi.musibah datang mengunjungi kqmi lagi..bukan kami malah sebahagian penduduk Kuantan. Sebenarnya ianya merupakan teguran dari Nya....
Teguran dari Nya kali dengan menurunkan rahmat dari langit tanpa henti meyebabkan air melimpahi bumi Nya...
Banjir..... itulah yang kami alami sepanjang minggu ini..
Kami redha Ya Allah..
Kami terima Ya Allah..
Kami leka selama ini Ya Allah
Kami akur..banyak kemungkaran yg berlaku..
Ini semua teguran dari Mu..
Ini semua peringatan dari Mu..


Hamba Mu
Ummimdaza...8/12/2013

Thursday, 28 November 2013

Ya Allah kuatkanlah hati ku... Ya Allah peliharalah iman ku....

Rutin harian berkunjung ke Taman Syurga bidadari bidadari.."Pusara Bernisan Biru" seperti biasa salam diberikan kepada setiap penghuni di situ..cuaca hari agak redup... tiupan lembut angin petang dan beberapa helaian daun berguguran seolah olah menyambut kedatangan ummi dan abah ..
Ummi mengambil tempat duduk di antara pusara abang dan adik... 
Abah mula menitipkan al fatihah buat kedua putra kesayangannya..sebaik saje Abah habis menghabis bacaannya...tiba tiba hati menjadi terlalu sebak dan pilu...ummi seolah olah ternampak kelibat adik bermain main dan berlari lari berhampiran pusara abang...sepertimana yang sering adik lakukan semasa hayat adik masih ada...


Tanpa disedari airmata ummi mengalir laju...ummi cuba untuk bertahan, namum tertewas jua...esakan ummi makin lama makin kuat...umpama sedang meratapi saat saat kematian kalian...sambil.jari jemari ummi meraba raba pusara kalian seolah olah sedang mengusap tubuh kalian yang mulus....
Entah mengapa hari ini ummi menjadi terlalu sedih....mungkin juga terlalu rindu...
Bukannya ummi tidak tahu...disaat ini kalian sedang bergembira bermain main di Taman Syurga Allah...
Bukannya ummi tidak tahu...bahawa kalian berdua setia menanti kedatangan ummi dan abah untuk turut sama berada di Taman Syurga Allah...
Ya Allah kuatkanlah hati ku...
Ya Allah peliharalah iman ku....

KEHILANGAN
Aku telah kehilangan anak anak yang aku sayangi...
Kehilangan buat selama lamanya...
Kehilangan mereka umpama mimpi mimpi ngeri buatku
Wajah wajah comel mereka setiap detik dan saat hadir dalam ingatanku...

Kini...
Hilang sudah tangisan rajuk mereka
Hilang sudah tawa senda gurau mereka
Hilang sudah usikan manja mereka
Hilang sudah rengetan kesakitan mereka...

Namum....
Aku redha dengan takdir dari Nya
Aku amat yakin dengan janji janji Nya
Aku bersyukur dengan kurnian dari Nya

Semoga roh insan insan yang di sayangi dicucuri rahmat.
Amin Ya Robbal Alamin....

Ummimdaza
28/11/2013...11.43pm

Saturday, 9 November 2013

UJIAN HIDUP ~ Kafarah Pada Dosa Dosa Lalu

Dugaan dan ujian datang dengan cara dan rupa….adakalanya dugaan dan ujian datang silih berganti….di dalam kencah kehidupan ini, pebagai dugaan dan ujian mewarna nilai nilai pergertian kita…kadangkala kita terasa sempitnya waktu dan hilangnya arah tuju takkala sesuatu menhampiri  dan menghempas pada diri kita.
Tika kita diduga dengan ujian yang kadang kita rasakan tidak mampu dihadapi, sering kali mengeluh dan menyalahkan mengapa ini semua berlaku pada kita…Setiap perjalanan hidup kita tidak sama antara satu sama lain. Kesabaran dan ketabahan dalam diri sendiri seharusnya menjadi pegangan dan percaya dan yakinlah pada iman, kita di duga dan diuji sejauh mana kekuatan dalam diri kita. Adakah kita sabar? Sesungguhnya Allah bersama dengan orang orang yang sabar…
Apa apa pun dan bagaiman rupa ujian yang menimpa kita..insyallah akan menjadi kebaikan andaikata kita hadapinya dengan tenang dan bersikap positif. Dan ketka inilah akan merasa betapa kehidupan adalah sangat berharga.
~Yakinlah bahawa ujian itu merupaka eksperasi cinta Allah kepada kita hambaNya (Allah SWT memberikan cubaan agar kita menjadi lebih dewasa dan matang dalam mengharungi kehidupan – “Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia  akan diberikan Nya cubaan” sabda Rasulullah SAW
~Yakinlah bahawa semakin besar dan banyak cubaan yang Allah titipkan kepada kita, makin besar pula pahala dan sayang Allah akan dilimpahkan kepada kita, dengan syarat, kita dapat menyelesaikan ujian secara baik – “sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung pada besarnya cubaan. Sesungguhnya apabila Allah Ta ‘ala itu mencintai suatu kaum, maka Dia mengujinya.Barang siapa yang rela menerimanya, dia mendapat keredhaan Allah, dan barang siapa yang murka diapun mendapat kemurkaan Allah” 
~Yakinlah bahawa ujian itu akan menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita lakukan – “Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarah dari doasa dosa kita
~Yakinlah bahawa setelah kita ditimpa kesulitan, maka aka nada kemudahan – “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan, itu ada kemudahan”
~Setiap ujian yang Allah berikan, kerana Allah tidak akan memberikan ujian di luar kemampuan kita hambaNya

~Hadapi dengan doa dan usaha – apa apa yangperkara yang menimpa diri kita Insyallah ia akan menjadi kebaikan kalau di hadapi dengan tenang dan positi, ikhtiar yang maksimun dan diikuti dengan doa. Sesungguhnya pertolongan Allah akan turun kalau kita berada dipuncak ujian…jadikan ujian sebagai tangga untuk meraih pertolongan dari Allah…



Yang meredhai ujianMu
Ummimdaza (9/11/2013....7.20pm)