Wednesday, 30 October 2013

Kenangan Terindah...bicara tentang kerinduan adik....

Entah mengapa hati ini benar benar terusik membaca coretan dari rakan fb yang baru saje aku kenali. Perkenalan secara tidak langsung di laman sosial ini…penceritaannya…pengalamannya…perasaannya…sama seperti yang telah aku lalui…terlalu banyak persamaan. Hari ini distatus dia menceritakan tentang kerinduan seorang abang terhadap adik yang telahpun di jemput pulang oleh Illahi. Ini mengingatkan aku pada adik yang merindui pada arwah abang pada suatu masa dahulu.
Setiap hari adik akan bertanya “Ummi bila abang nak balik?...Ummi bila kita boleh pergi tempat abang?...Ummi kenapa abang mati dulu?...Ummi adik ni tak baik ke macam abang..sebab tu Allah tak ambik adik? Terkadang pening juga aku dan suami untuk menjawab soalan soalan adik itu. Kerinduan semakin ketara apabila setiap kali ke pusara abang akan bermain main bersebelahan pusara abang…dan kadang kadang kedengaran bercakap cakap dan ketawa sendirian. Adik akan mengutip bunga kemboja yang berguguran lalu di bina istana di sebelah pusara abang lalu berkata “abang…ini istana adik..sebelah aje dengan rumah abang” dan sebelum berangkat pulang adik akan melukis potretnya juga disebalah pusara abang…”malam nanti mesti abang terkejutkan ummi..tengok adik tidur diseblah abang”… Bila bersendirian di rumah pula adik akan bertanya pada ummi, abah atau angah…”abang sedang buat apa sekarang ni kan?..apalah yang abang makan?..dengan siapalah abang main? Adik boringlah main main seorang..ini yang adik tak suka kalau tak ada abang…”. Angah pasti menjawab…”jangan bimbang adik..abang kat syurga tu makan sedap..pinggan emas, sudu emas tidur pun katil emas…dan adikpun ternganga…”emm..bestlah abang..adik nak jugak macam tu…”

Bila hari hujan adik makin jadi tidak keruan….”habislah abang….basahlah abang…mesti banjir..lemaslah abang…jomlah abah kita pergi beli payung besar macam kat pasar malam tu…kita pasang kat kubur abang….”..adik…adik…
Adik selalu berpesan..”baju,seluar dan kasut abang jangan bagi pada orang…nanti besar macam abang adik pakai semua baju,seluar dan kasut abang…nanti bila adik sekolah ummi ngan abah tak payah beli buku dan pensil untuk adik..adik guna abang punya aje”….dan adik juga selalu berkata pada kawan kawannya…”awak tak boleh jadi abang saya tau…awak boleh jadi kawan saya saje…awak tak sama ngan abang saya…”
Setiap kali bangkit dari tidur adik akan berkata..”ala…hari ini adik tak mimpipun kat abang”…ataupun sambil tersengih adik berkata “best dapat jumpa abang..main main dengan abang…” Dan aku masih ingat lagi 2 minggu sebelum adik di jemput pulang adik bercerita tentang mimpinya…”semalam adik mimpi…kita semua pergi kat kubur abang…ummi ngan angah baca quran, abah sapu sapu..adik main main…tiba tiba adik jatuh dalam lubang…semua orang tak nak tolong adik….abang aje tolong adik..abang keluar dari kotak(keranda) abang tarik tangan adik..baiknya abang tolong adik…hati aku tiba tiba jadi sebak dan hiba bila setiap kali aku teringatkan mimpi terakhirnya adik itu…tidak disangka pula mimpi itu adalah petanda yang adik akan bersama sama abang di Taman Syurga milik Allah….Dan paling membuat aku terkedu adik pernah berkata..”ummi nanti adik nak tolong abang buatkan rumah 2 tingkat untuk ummi ngan abah..bolehkan?...Boleh sayang …buatlah untuk ummi dan abah rumah 2 tingkat tu…bantulah abang…abang tak mampu buat sorang sorang…itulah yang mampu aku katakan sekarang…..dan apabila rumah itu siap sepenuhnya ummi dan abah akan ke sana jua….
Tapi kini semuanya tinggal kenangan belaka…kenangan tidak mungkin dan tidak pernah kami semua lupa sama sekali…akan kami simpan kemas kemas bersama kedua dua tersayang dikamus hidup kami…kami tidak mahu ada satupun yang tercicir..akan kami ceritakan betapa bangganya kami kerana dapat miliki mereka berdua walau hanya dipinjam buat seketika cuma...
Terima kasih Ya Allah kerana memilih kami untuk di uji dengan ujian seberat ini…dengan ujian Mu membuat kami menjadi lebih kuat..lebih dengan sifat tawaduk, sabar dan yang lebih lagi mengsyukuri dengan apa telah di kurniakan pada kami…
Buat saudara mara dan teman teman yang sudi membaca setiap luahan dariku…terimakasih jua aku ucapkan…kata kata dan nasihat dari saudara mara dan teman teman menjadi penguat semangatku dalam melalui kehidupan yang mendatang…

Yang Diuji
UmmiMdaza...30/10/2013..11.15pm



Monday, 28 October 2013

2 Tahun Berlalu ~ Damailah Kalian Di "Alam Sana"


24hb Okt 2013(kebetulan pula jatuh pada malam Jumaat) bersiap siap untuk majlis tahlil arwah buat insan insan yang tersayangi dlam hidup ini. Majlis kali ini hanya akan diadakan di surau Taman Murni.
Emakpun ingin turut serta menghadiri majlis tahlil kali ini....sesampai saje emak dilaman rumah terdengar keluhan kecil terkeluar dari mulut emak."hemm... tak sanggup aku nak masuk ke dalam rumah ni...ternampak nampak budak berdua tua berebut membuka pintu nak ajak aku masuk...aduii Ya Allah!!!!!!!"
Selepas solat isyak majlis di mulakan...sayu hati ini takkala bacaan tahlil mulai dibaca oleh jemaah surau yang di ketuai oleh Ustaz Hazami, tanpa di sedari setitis airmata jernih mulai jatuh membasahi pipi ini...
Hidangan untuk para jemaah surau hari itu adalah laksa kuah putih salah satu makanan kegemaran putra putra ku. Alhamdulillah selesai sudah majlis tahlil buat yang tersayang...
25hb Okt 2013,(Jumaat) genap 2 tahun arwah abang pergi meninggalkan kami sekeluarga , perginya sendirian diikuti oleh arwah adik 6 bulan kemudiannya untuk bersama sama abang untuk menimati berada di syurga.
Setelah segala urusan kerja selesai, pada sebelah petang seperti biasa kami ke "pusara bernisan biru"..hujan renyai renyai tidak menghalang dari kami berada di sini. Air tahlil kami sirami dengan penuh kasih yang melimpah limpah. Detik air tahlil membasahi pusara bernisan biru, air mata kami turut serta membasahi pipi...biarpun sudah 2 tahun mereka pergi...namum tetap jua meruntun hati.

Sayang.......
Lenalan kalian di sana...
Sayang.......
Damailan kalian di sana...
Sayang......
Tenanglah kalian di sana...


Sayang.....
Walaupun kita terpisah oleh dua alam
Oleh jarak yang tidak terkira
Oleh wktu yang tiada batasan
Oleh masa yang sentiasa siang dan malam
Ku sentiasa mengucapkan
Selamat malam sayang.............

Damailah sayang kalian di “alam sana”....
Sepasang "Pusara Bernisan Biru"

Monday, 21 October 2013

Airmatanya tertumpah jua..............

Hari ini airmatanya tertumpah lagi...
Mungkin dia jua seperti ku...menghitung hari menanti akan tarikh keramat itu,,
Mungkin debarannya sama dengan debaran aku...tapi cuba disembunyikan....

Airmata mengalir lesu takkala bibirnya memberi salam kepada kedua putranya...
Sepasang pusara bernisan biru milik putra putranya di usap penuh kasih dan sayang...
Al Fatihah di kirimkan buat si bidadari syurga...
Ada sendu yang kedengaran dalam bacaan doanya....

Rindu yang tidak tertahan membuatkan manik manik jernih itu turun setitis demi setitis...
Dalam nada berbisik dan tersekat sekat dia berkata...
"Abang!!!adik!!!! abah redha...abah mesti kuat...abah bersyukur sangat sangat sebab
 sudah ada bidadari syurga yang akan menunggu abah dan ummi di sana nanti..
cuma abah rindu...rindu sangat...
Abang dan adik sekarang mesti sedang bergembira di taman syurga Allah kan...."

Kakinya seakan berat untuk berangkat pulang...
Belum sampai 3 langkah ...dia menoleh kembali...
Ditatapnya sepasang pusara bernisan biru seraya berkata lagi
"Abah dan ummi balik dulu ya sayang!!!!!!!
insyallah hari esok dan hari hari seterusnya abah dan ummi datang lagi
Abah dan ummi tidak pernah dan tidak akan jemu untuk ke sini..
.dan satu hari nanti abah dan ummi pasti ke sini jua untuk bersama abang dan adik...
tunggu abah dan ummi ya sayang....
Airmatanya semakin laju......

Rindu sangat sangat
Ummimdaza..21/10/2013...11.30pm



Saturday, 19 October 2013

Anak ~ Harta yang paling berharga

Anak...adalah harta yang paling berharga  buat yang bergelar ibubapa. anak juga merupakan amanah dari Allah SWT untuk dijaga dan dipelihara dengan sempurna dan memastikan keselamatan didunia dan akhirat. Amanah ini akan ditanya oleh Allah di akhirat nanti, apakah kita telah menunaikan dengan sebaik baik ataupun kita mengkhianatinya Harta tidak dapat tukar nilai dengan wang ringgit ataupun segunung emas.


Mendidik anak anak bukanlah satu tugasan yang mudah. Kita sebagai ibubapa telah diamanahkan agar mendidik anak anak di bawah jagaan kita dengan penuh hikmah. Anak anak itu dilahirkan dengan tiada dosa dan kita sebagai ibubapa seharusnya mendidik mereka dengan syariat yang ditetapkan.

Anak itu umpama kain putih...
Setiap anak yang dilahirkan di atas dasar fitrah. Kita sebagai ibubapanya yang mencorak menjadikan mereka yahudi,nasrani atau majusi(hadist).Lahirnya ke dunia ini denagan keadaan masih bersih tanpa dosa serta nda. selepas itu bergantunglah pada corak didikan yang diberikan oleh ibubapa. Mahu mencorak anak menjadi orang yang beriman anak menjadi orang yang beriman dari awalnya mulanya.

Sebagai ibubapa, sudah tentu ingin melihat anak anak membesar dengan sempurna dari semua segi, namu harus diingat tahap kecerdasan pada setiap anak anak itu tidak sama. Oleh sebagai ibubapa, kita hendak menerima kelemahan dan kebaikan anak itu. Ap yang penting mereka dilengkapkan dengan didikan dan asuhan akhlak yang baik.

Anak itu merupakan cermin pada kedua ibubapanya...sebenarnya apa yang ibubpa berikan itulah yang akan di terimanya...kalau baik cara didikkannya maka baiklah yang akan ibubapa terima ...Hargailah setiap masa dan detik ketika bersama anak anak,...kerana masa tidak bisa berundur lagi..Panggil anak anak dengan gelaran yang elok elok..

Sebagai seorang ibu aku terpanggil untuk menulis entry kali ini mengenai anak anak.... kerana hati keibuan aku ini teramat sedih dan perih kerana aku tidak tertahan lagi .... kerana hampir setiap hari aku akan mendengar jeritan si ibu memaki hamun anak anak yang masih kecil.... memanggil mamggil dengan gelaran yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang ibu...Tahukah bagaimana rasanya bila kehilangan permata hati itu...tahukah bagaimana sakit rasanya tika rindu datang mengamit bila tidak dapat mendengar suara suara anak anak lagi....dan pada masa itu sesalan tidak berguna lagi....
Apa yang aku kongsi bersama di sini bahawa kasih sayang ibubapa tidak ada tolok bandingannya...dan buat si anak ibubapanya adalah contoh terdekat buat diri mereka

Hargailah mereka selagi  pinjaman Alitu masih bersama sama kita...dan kita sesekali luupa bahawa Dia boleh mengambil semula dari kita pada bila bila masa saje...





Puisi Buat si anak


Wahai anak anakku..
menghiasi kehidupan kami berdua 
sebagai anugerah terbesar 
yang pernah kami terima 


Hidupkuseluruhnya…. 
Wahaibuah cintaku….. 
Wahaianugerah terbesarku… 

akan kudedikasikan 
untuk kebahagiaanmu 
untuk ceriamu 
untuk dirimu dan bondamu 

apapun akan kulakukan 
untuk melindungimu 
untuk menjagamu 
untuk membibingmu 
bersama bondamu yang cantik jelita 
dan anggun mempesona 

aku akan selalu berdoa 
di siang dan malam hari 

agar kamu… 
bonda dan ayahmu ini 
kelak selalu bersama 
di surga Allah SWT yang kekal

Ummimdaza 20/10/2013(1.05pm)

Thursday, 10 October 2013

Sudah Hampir 2 Tahun Kepulangannya ~MUHAMMAD DZUHIL ABQARI~

Oktober pasti datang ...kalau dulu bulan oktober tidak membawa apa apa erti buat ku...kini tidak lagi bila saje masuk bulan oktober jantung akan berdegup kencang, hati menjadi gelisah tidak menentu...Kalau satu ketika dahulu debaran akan ku lalui ketika menanti saat saat kelahiran anak anak....tapi tidak kali ini...aku menjadi seolah olah takut untuk menghadapi tarikh keramat itu..25hb Okt...Ya tarikh keramat yang mana putra ku Muhammad Dzuhil Abqari di jemput pulang oleh Illahi...makin hampir dengan tarikh ...makin rancak kenangan kenangan terakhir ku bersamanya datang menyapa....makin kerap suara suara manja berbisik bisik ke telinga ini...Bayangannya berada di setiap pelusuk ruang rumah ini....
Tiba tiba aku jadi rindu pada suasana yang dulu...rindu pada longgokan kain bajunya, rindu pada perkakas perkakas sekolah yang sentiasa berserakkan....rindu untuk memasak makan kegemarannya...
Dan lantas pada hari ini almari baju si badadari syurga yang tersusun rapi aku selongkar dan kesemua pakaian mereka aku cium puas puas, buku buku sekolah aku baca  berkali kali tanpa jemu..dan bila rasa itu telah reda aku kembali mengumpul dan melipat kesemua  pakaian mereka... aku masak makanan kegemaran tapi aku tidak menjamahnya...
Pusara bernisan biru aku kunjung tanpa jemu...walaupun jasad telah lama terkubur namun..kenangan bersama tersayang tidak pernah dan tidak mungkin hilang....mereka tetap di hati ini sampai ke akhir hayat ku...
25hb Oktober genap 2 tahun arwah abang pergi menemui penciptanya....bahagialah sayang di Taman Syurga Nya
30hb Oktober genap 1 tahun arwah abang menyusul kedua dua cucunya...Ya Allah Kau tempatkanlah Abah bersama sama orang orang soleh di syurga Mu...

Alfatihah buat tersayang
Rindu...Ummimdaza (11/10/13....12.35am)

“Walau setinggi mana kasih sayangku, sesungguhnya Allah lebih berhak menyayangimu,Damai lah engkau disana di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya, Sesungguhnya kami semua akan menyusulmu di kemudian hari...
Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului kita”

Saturday, 7 September 2013

Semoga berjaya putriku...doa yang tidak pernah putus

Hanya tinggal 2 hari saje lagi puteri ku akan menduduki peperiksaan UPSR. Aku tahu kala ini hati sedang bergelodak, fikiran tidak menentu, banya perkara yang berada di mindanya. Harapannya terlalu tinggi, dia tidak mahu mengecewakan aku dan abahnya. Dia ingin mengotakan janji janjinya pada kami…, katanya dia harapan kami, kebanggaan kami…..terharu sungguh ..

Puteriku…..
usah gusar dan usah bimbang, ummi dan dan abah akan sentiasa berada di sisimu, memberi semangat, dorangan untuk  mencapai cita cita mu…buat yang termampu oleh mu..kami akan menerima segalanya…
Ya Allah…Ya Tuhan Kami..
Iklaskan hati putri untuk mempelajari ilmu Mu,Tetapkan niat di hati nya agar apa yang dia lakukan semata mata kerana Mu. Aku mohon pada Mu Ya Allah, permudahkan dia dengan apa yang di jari oleh guru gurunya, lapangkan daddanya untuk menerangi ilmu Mu Ya Allah
Ya Allah,
Tidak lama lagi putriku ini akan meduduki peperiksaan UPSR…Aku mohon kepada Mu Ya Allah bantulah dia, lembutkanlah hatinya, peliharalah kesihatannya.Permudahkan dia dan berilah dia ketenangan ketika menjawab soalan itu nanti. Jauhilah dia dari daripada perasaan resah dan gelisah pada tika itu.
Ya Allah Ya Tuhan Kami…
Jadikan putriku pelajar yang cemerlang, yang cemerlang di dunia dan akhirat, Aku mohon pada Mu, Kau perbaikilah akhlak anakku agar mempunyai sahsiah diri yang baik, tanamlah sifat mahmudah dalam dirinya dan buanglah sifat mazmumah dalam dirinya.Jadikan dia anak penuh dengan sifat takwa dan tawaduk.
Ya Allah…
Sesungguhnya putriku ini adalah harapan aku dan suami, kami mahu dia berjaya….berikan dia taufik dan hidayah Mu yang berkekalan Ya Allah gerakkan lah hati dia untuk berada di tempat tempat yang Kau redhai dan jauhilah dia dari tempat-tempat yang Kau murkai
Ya Allah Tuhan Kami

Perkenankanlah doa doa ku ini.Hanya pada Kau sahaje tempat aku meminta…Aku merayu pada Mu kerana Kau yang maha mengkabulkan doa doa ku dan jika Kau tidak mengkabulkan doa ku ini, siapa lagi yang akan mengkabulkannya.Jika Kau tidak mendengar doa ku ini siapa lagi yang mendengarkannya.Bantulah kami sekeluarga Ya Allah,YA Rahman,Ya Rabubul Alami…




Dengan iringan doa yang tidak pernah putus
UMMIMDAZA(8/9/2013...2.35pm)

Saturday, 31 August 2013

Rindu Pada Abah Tiada Penghujungnya.....

Aku lena juga dengan berbekal sisa airmata kerinduan...dada yang tadinya sedikit sakit dek kerana menahan sebak kian sudah tidak terasa....tiba tiba aku terasa ada kelibat yang memerhatikan disebalik pintu kamar tidur ku....berdiri susuk tubuh yang amat aku rindui....berbaju melayu dan berkopiah  putih berkain pelikat biru kotak kotak. Aku bingkas bangun mendapatkan dia ....Abah !!!! aku merangkul abah sekuat hati sambil melepaskan tangisan kerinduan..., tangan ku salami dan aku cium, aku tatap wajah tanpa jemu dan ku cium bertubi tubi...dan abah mengusap ngusap lembut kepala ku......alangkah bahagianya aku kalau ianya realiti bukannya mimpi....Aku bermimpi bertemu abah pada hari ini 30. 8.2013 genap 8 bulan kembalinya abah ke rahmatullah...
Sesungguhnya ketika hayat abah masa ada...itu lah yang selalu aku laku bila rasa rindu datang bertandang mengetuk ngetuk pintu hati ku, merobek robek tangkai  jantungku.....di riba abahlah selalu aku meluahkan segala galanya dan abah akan berkata "sabarlah wok...awak seorang ibu yang bertuah, sudah ada bidadari syurga menanti di "sana" buakan seorang tapi berdua  memang sakit menanggung rindu kenikmati akan menanti di sana...belajarlah menjadi seorang ibu yang redha..sabar lah wok..." (wok adalah panggilan manja bagi orang orang Pahang).
Dan kini kata kata abah menjdai menguat semangat ku...akan ku ingat kata kata abah itu.  Sesungguhnya abah adalah penasihat yang terbaik, pendengar yang terbaik dan apa yang ada pada memanag yang terbaik...

Al Fatihah akan aku titipkan disetiap sujud pada Mu...dan aku akan sering akan ke "Pusara Bernisan Biru" di situlah akau akan melepaskan rasa rindu ku buat insan insan yang aku sayang dan aku rindui...



Rindu Abah

Disaat malam hari ku tatap bintang dan bulan yang menerangi bumi, 
disaat itu pula aku teringat akan dirimu abah,,, 
aku merindukanmu,, yang tlahh pergi 
meninggalkan ku,, untuk selama lama nya,,, 
di mana pun aku berada,, aku akan selalu mengingat mu abah,,, 
andai engkau ada menemani hari hari ku ,,. Hidup ku akan terasa lebih 
sempurna dengan ada nya dirimu abah,,, 
tapi itu semua hanya mimpi ku,,. 
Aku di sini hanya bisa berdo'a untuk mu abah,,. 
Semoga kau tenang disana,,,,. 
Aku,, anakk mu , setiap detik meridukan mu 
Rindu yang tidak penghujung nya


Anak yang sentiasa merindui..
Ummi Mdaza (30/8/2013...6am)