Airmatanya menjadi begitu murah...cepat sungguh jatuh ke pipi..setiap kali bicara mengenai anak anak ...
Kalau dulu abah selalu berpesan pada ummi..kita kena kuat, jangan mudah menangis..mereka tak suka bila kita menangis...kita mesti kuat...
Setiap pagi selepas solat subuh di surau abah seperti biasa akan menonton tv INDAHNYA IMAN.. turut berzikir mengikut rentak alunan si penzikir..tapi sejak kebelakangan ini zikir zikir abah disulami dengan esakan esakan kecil... berair mata abah, merah hidung menahan sebak..tapi berzikir diteruskan jua...
Dan setiap kali "Pusara Bernisan Biru " kami kunjungi...doa yang abah diutuskan juga disulami dengan sendu...
Bila kaki mahu melangkah pulang abah mesti berkata perlahan ....
"Abah balik dulu ya sayang...esok datang lagi...pusara pusara hero hero abah dah bersih...tunggu abah ngan ummi ya...." sayu bunyinya..
Ummi hanya memerhati setiap perbuatan abah..
Satu hari semasa dalam perjalanan pulang dari kerja sedang ummi dan angah bersembang tiba tiba abah menghempas hempaskan streng kereta sambil melepaskan tangisan hiba..terdiam sejenak ummi dan angah...dan kami membiarkan saje abah melepaskan esakkannya...kesiannya abah...rindu yang teramat sangat....
Jumaat 13 June 2014 seperti biasa kami ke pusara bidadari bidadari kami...secara kebentulan bertemu 2 beradik datang menziarahi pusara bonda mereka..si kakak berusia awal 20an, manakali si adik lelaki berusia 12 tahun. Tanpa disangka sangka siadik merupakan teman baik arwah abang semasa bersekolah maupun sekolah fardu ain. Bila saje diberitahu dan ditunjukkan pusara abang dengan pantas dia berlari ke arah pusara dan terbongkok bongkok dia membaca nama yang tertera dibatu nisan...batu nisan diusap usapnya...dengan tertib dia duduk disisi pusara abang lantas dikirimkan alfatihah dan kedua belah diangkat doa turut diutuskan. Abah yang kebetulan berada di situ tidak dapat menahan sebaknya...lantas dialih pandangannya...
Ummi yang memerhati perlakuannya turut sama mengalir airmata..
Ya Allah Kau berikan jua kekuatan pada anak ini...dia baru sahaje kehilangan bonda yang tersayang..pasti saat ini dia juga sedang merindui belaian, pelukkan dan ciuman dari seorang ibu...
Kejadian 16hb Syabaan petang Jumaat itu amat menyentuh hati ummi dan abah...
Sepanjang perjalnan pulang tidak banyak kata kata yang keluar dari mulut abah..hanya kedengaran keluhan kecil...
YA ALLAH YA TUHAN KAMI BANTULAH KAMI....KURNIAKAN KAMI HATI YANG TABAH DAN CEKAL UNTUK MENGHADAPI UJIAN DARI MU,,,AMIIN..
Salam rindu..
Ummimdaza 16/6/2014...12.50pm
Monday, 16 June 2014
Friday, 6 June 2014
RINDU ITU LUMRAH....
Rindu...
Rindu itu lumrah...
Rindu itu indah..
Rindu itu nikmat..
Rindu itu rahmat..
Rindu itu milik semua orang..
Salahkah bila merindui...????
Salahkah bila terkenang..???
Salahkah menangis takkala rindu datang menyapa???
Salahkan meluahkan takkala kenangan itu datang bertandang.???
Bukan senang untuk meredhai
Bukan mudah untuk pasrah
Hati perlu kuat...
Jiwa perlu cekal...
Semangat perlu kental...
Meredhai bukan bermakna tidak boleh mengenang...
Meredhai bukan bermakna tidak boleh merindui...
Menangis bukan bermakna tidak meredhai..
Meluahkan jua bukan bermakna tidak meredhai...
Kenapa selalu saje disalahertikan...????
Siapalah kita untuk tidak meredhai...
Ketentuan ILLAHI...????
Kerana kententuan ILLAHI
Adalah yang terbaik...
Adalah yang terindah...
Syukur di atas nikmat rindu yang dikurniakan...
Syukur di atas kiriman hadiah yang berupa ujian..
Rindu tiada penghujungnya...
Ummimdaza...6hb Jun 2014 (8.26pm)
..

Sunday, 18 May 2014
Tunggu Ummi ya sayang...
Sudah 2 hari ummi tidak ke taman syurga anak anak. Hujan lebat beserta ribut membataskan ummi untuk ke sana..hemmm..tiada kata kata yang boleh diucapkan...betapa rindunya hati ini. Dan 2 hari juga ummi menghabiskan masa membelek belek album gambar gambar bidadari syurga, menyusun atur semula alat alatan sekolah, barang barang permainan.
Hari ini abah mengambil kesempatan membersihkan akuarium tempat dimana kura kura abang bermain...sudah makin membesar kura kura itu...abah menamakan dia dengan panggilan "abang"..dan setiap kali nama itu dipanggil maka dia akan berenang renang riang.... sayang sekali tuan punya kura kura sudah tiada...
Tiba tiba ummi terasa rindu untuk memanggil nama kamu berdua..dengan nada perlahan ummi memanggil..walaupun ummi tahu panggilan tidak disahut..ada sedikit kepuasan....
Pada sebelah petang abah keseorangan ke taman syurga kamu..kata abah pusara kamu bersih sekali..tidak banyak daun kering yang berguguran..cuma beberapa kuntum bunga kemboja bertenggek di kepok pusara bidadari bidadari syurga ini..
Insyallah esok ummi akan je sana ya sayang..
Datang bersama seberkas rindu..
Mengheret sayang yang tiada penghujungnya..
Tunggu ummi ..anak anakku...
UMMIMDAZA 18hb Mei 2914...8.45pm

Monday, 28 April 2014
Hadirlah Bertamu Didalam Mimpinya Agar Terubat Ridu Yang DTanggung
Duhai sijantung hati....
Dalam kenangan pada 28hb April 2012, gambar ini
diambil ketika membawa arwah ke KMC dan bermula dari tarikh ini perginya adik
tidak kembali lagi ke pangkuan kami, ke rumah dimana tempat dia dibesarkan dan
bermain. Kini adik amat berbahagia dibawah jaga
Nabi Ibrahim As, bermain main bersama abang dan yang amat dirinduinya dan jua
dengan bidadari syurga yang lain di TAMAN SYURGA ALLAH. Bermainlah anak anakku
sayang, berbahagia kamu disana... insyallah suatu hari nanti ummi dan abah ke
sana jua untuk bersama sama dengan kamu berdua.. bukan mudah untuk ummi dan
abah ke sana...kami mesti membawa "bekalan " yang secukup .....
Anak anak tersayang...
Sejak kebelakangan ini kesihatan abah tidak befu
baik...deman yang tidak mahu kebah, selsema datang dan pergi tidak mengira waktu dan
sesekali disulami dengan batuk. Kesian ummi dan angah melihat keadaan abah,
tapi memang seorang abah yang kuat dan tabah seperti mana abang dan dan adik selalu
katakan “abah memang hebat, abah memang power..bila besar nanti kita orang nak
jadi macam abah”. Walaupun dalam keadaan demam abah tetap mahu jua ke pusara
kalian berdua, malah semasa abah diberikan cuti sakit selam 3 hari, abah hanya
menghabuskan masanya di pusara kalian, abah lebih senang berada disamping
pusara kalian daripada berehat di rumah...
Abang dan adik yang dirindui....
Abah tidak pernah meluah rasa hatinya pada ummi
maupun angah...tapi jauh disudut hati ini ummi tau abah terlalu merindui hero
heronya.. potret potret abang dan adik selalu
direnongkannya...tersenyum..seolah olah abang dan adik berada disisinya...dan kadang
mengeleng gelengkan kepalanya dan dikala itu akan terlihat ada air jernih sudah
mulai bertakung dikelopak mata nya...
Aduhai bidadari bidadari syurga...
Hadirlah dalam mimpi mimpi abah, sesungguh itulah
yang abah selalu harapkan, bertamulah wahai bidadari bidadari tersayang biar
terubat rindu abah yang kian sarat, pada Mu Ya Allah makbulkan permintaan abah
kedua bidadari bidadari syurga ini...Ya Rahman berikan kekuatan dan semangat buat abah... kerana dia merupakan tulang
belakang buat ummi dan angah,,,,Abah sekarang ini hanya menghitung
hari...menunggu tarikh keramat itu...
Dalam
kesendirian dan raga yang terdiam
Entah kenapa hatiku tiba-tiba gundah
Dan jiwaku seakan bergoncang keras
Aku ingin berteriak keras
Melepaskan kegundahan ini
Dan hati yang terbelenggu
Aku ingin berlari menghampirimu
Memelukmu erat dan biarkan butir mutiara menetes disudut matamu basahi dadaku
Tapi aku hanya bisa terdiam dan berdiri disudut ruangan ini

Masih
dikelilingi oleh bayangmu
Aku hanya bisa membentangkan sajadah
Mencoba berkomunikasi dengan Sang Pencipta
Bersimpuh dan larut dalam doaku untukmu
Aku hanya bisa membentangkan sajadah
Mencoba berkomunikasi dengan Sang Pencipta
Bersimpuh dan larut dalam doaku untukmu
Selamat bidadari bidadari ummi dan abah..
Tidurlah bidadari bidadari syurga kami
Agar pelangi seindah senyuman tetap lingkari hari-hari kalian
Dan kami bisa ikut tersenyum rasakan kebahagian ....
Agar pelangi seindah senyuman tetap lingkari hari-hari kalian
Dan kami bisa ikut tersenyum rasakan kebahagian ....
Ummimdaza
28hb April 2014-04-29 11.50pm
Saturday, 19 April 2014
HARI JADI EMAK YG KE 69 TAHUN
17hb April 2014 kami menyambut ulang tahun emak yang 69 tahun. Tiada majlis yang besar untuk emak, kami hanya membeli kek buat kejutan untk emak, dan kebetulan pada hari itu emak menyediakan laksa pahang kegemaran kami adik beradik. Ini tahun kedua emak menyambut hari jadi tanpa abah disisi. Jangan bimbang emak ...kami adik beradik, anak anak emak dan cucu cucu emak ini akan sentiasa berada disisi emak
Sempena ulang tahun emak kami adik beradik ingin mengambil kesemptan di sini mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR EMAK, semoga emak dipanjangkan umur,diberikan kesihatan badan yang baik,diberikan ketenangan dan kelapangan jiwa. Dan semoga dibawah jagaan ALLAH SWT.

Tiada hadiah yang istimewa untuk kami persembahankan buat emak, selain dari doa yang tulus iklas dari hati kami, dan jua kasih sayang yang tidak berbelah bagi buat emak...Sesungguhnya emak tidak terbalas walaupun dengan berjuta wang ringgit ataupun timbunan harta
TERIMA KASIH EMAK DI ATAS SEGALA GALA NYA
Anakmu Ummimdaza
17/4/2014 11.05pn

Tuesday, 1 April 2014
Kunjungan Kasihsayang ~Pusara Bernisan Biru
28hb March 2014 (Jumaat)
Assalamualaikum...
Buat ayahanda tercinta..
Putra putra ummi tersayang lagi dirindui..
Dan juga buat penghuni penghuni kubur yang dikasihi
Di petang Jumaat yang mulia lagi barakah ini..kami ke sini lagi
Mengutus alfatihah, menitipkan doa keriduan agar di sampaikan..
Spaerti biasa pusara bernisan biru dan persekitaran kami cuci sebaik baik mungkin
Hari ini kami akan berangkat ke luar daerah selama 2 hari..
Dan selama 2 hari juga kami yakin pusara bernisan tidak akan ada sesiapa yang mengunjunginya...
31hb Mac 2014 (Isnin)
Petang selepas waktu pejabat..
Kami kembali ke rutin harian kami..
Pusara bernisan biru kami kunjungi setelah 2 hari kami tinggalkan
Sebaik melangkah masuk ke kawasan perkuburan..
Mata kami terpaku dan agak terkejut...
Amat bersih dan seperti dijaga rapi..
Keadaan sama seperti kami tinggalkan 2 hari yang lalu..
Terimasih tidak terhingga kami ucapkan kepada hamba Allah yang sudi membershkannya...
1hb Aprl 2014 (Selasa)
Pusara bernisan biru kami kunjungi lagi...
Keadaan masih lagi sama seperti semalam..
Hanya sehelai dua daun kering yang berguguran..
Tanahnya jua masih lembap...
Udaranya masih jua nyaman..
Kicauan burung amat merdu menyanyi nyani..
Cuma pada hari ini disini ada penghuni baru yang akan di semadikan...
Hati menjadi sayu...dan tertanya tanya...
Bilakah pula giliran kami untuk menjadi penghuni disni???
Alfatihah kami hadiahkan buat penghuni yang baru itu..
Semoga rohnya di tempatkan bersama sama orang orang yang beriman..
Amiin Ya Robbalalmin...
UmmiMdaza
1hb April 2014...10.11pm

Saturday, 15 March 2014
Majlis Tahlil Dan Doa Selamat Harijadi Ain...15/3/2014
Ahamdulillah selesai sudah majlis tahlil arwah buat insan insan yang kami sayangi..dan doa selamat buat hari kelahiran Nurul Ain Aqilah...anak saudaraku, cucu kesayangan arwah abah, kerana sedari kecil lagi Ain dibesar didepan mata abah dan emak, teman sepermainan arwah Abqari, teman bergaduh dan teman menonton, yang paling istimewanya Ain adalah adik beradik susuan arwah Ashroqi...
Majlis tahlil ini teralalu ringkas...tiada jiran teteangga yang kami undang, tiada sahabat handai yang kami jemput...secukup sekadar kami anak beranak, itupun tidak semua yang ada...
Kami solat maghrib berjemaah seramai 14 orang di mana Ahmad Nashoa menjadi imamnya, selepas solat tahlilpun dimulakan..sayu hati, sebakpun terasa..dan kemudiannya diikuti solat isyak...selesai majlis tahlil..
Kami mula berkumpul kembali untuk meraikan majlis hari jadi Ain...dan dimajlis ini adalah beberapa orang kenalan Kak Chik (mama Ain dan adik aku)datang bagi memeriah majlis Ain..seronok melihat telatah kanak kanak... hati sedikit terusik...airmata mulai tergenang...tapi aku berjaya mengawal emosi, aku tidak mahu merosakkan majlis hari jadi Ain..
Dan pada pagi ini aku akan membawa emak ke pusara..bagi menyirami air tahlil...dah lama emak tidak ke pusara..dan sudah lama juga ingin perbuatan demikian..tapi disebabkan keadaan emak yang tidak mengizin semuanya terhalang...
Semoaga kami diberikan kesempatan untuk majlis seperti ini di masa akan datang bersama kesmua ahli keluarga yang lain Insyaallh
Salam Sayang..
UmmiMdaza 16/3/2014...7.59
Subscribe to:
Posts (Atom)