Thursday 28 June 2012

~ 28 June 2012 ~ HARI JADI ADIK YG KE 5 TAHUN~
Bacaan Yassin dan Al Fatihah ummi hadiahkan buat adik....berbahagialah adik di "sana" di bawah lindungan Nya
Amin




Hari ini 28/6/2012 merupakan hari jadi adik yang ke 5 tahun..ummi cuba utnuk tidak menangis tapi gagal…apatah lagi baru setika tadi ummi terima bungkusan hasil kerja adik dan.buku-buku sekolah .Ummi membelek satu persatu buku latihan adik…pandainya adik menulis dan melukis…kemas tulisan adik dan comotnya bila adik mewarna…setitk demi titik air mata mulai jatuh..makin lama makin laju tanpa dapat di tahan lagi…rimdu semakin membuak-buak…lantas ummi mengambil  buku-buku adik ummi dan menyimpannya, tidak tertahan lagi rasanya untuk terus menatap hasil kerja adik itu.
Tadi pagi ummi menjenguk ke bilik along di rumah tok…terpandang kura-kura kepunyaan abang… merayap lambat didalam bekasnya…(along tempatkan di dalam bekas berwarna biru..warna kegemaran abang) dan di satu sudut terlekat elok basikal adik dan selipar-selipar adik tersusun kemas…tersentuh sungguh hati ummi…pastinya alongpun begitu merindui kalian berdua…
Semasa hayat adik…sering bertanya pada ummi bila hari jadi…adik mengimpikan pada hari jadinya diraikan bersama-sama rakan sekolahnya..malah adikpun telah meminata mama (ibu saudara) buatkan kek angry bird. Adik nak belon yang banyak, adik juga meminta abah belikan basikal sebagai hadiah harijadinya (sama permintaan abang) adik memang tak sabar-sabar menanti hari keramat itu. Tapi apakah daya kita hanya mampu merancang Allah jua yang menetukannya…seperti abang…adik dijemput pulang oleh Illahi sebelum sempat menyambut hari jadi yang ke 5.
Dik…kami akan mengada majlis tahlil buat adik pada hari Sabtu bersamaan 30/6/2012 bagi menggantikan majlis hari jadi adik. Akan ummi menjemput teman-teman sepermainan adik dan juga rakan – rakan sekolah adik. Tapi dik…kek angry bird tidak ummi sediakan…..tidak sanggup rasanya untuk kami melihat yang menjadi impian adik itu
 Anak ummi sayang ….tentu saat ini adik sangat-sangat berbahagia di “alam sana”..di bawah lindungan Nya…di bawah Rahmat Nya…Bermain-main bersama-sama abang dan juga dengan bidadari syurga yang lain. Semuga kami di sini juga sentiasa dirahmati dan diberkati Nya. Insyallah

  
Sayang hingga ke akhir hayat
"UMMIMDAZA"28/6/2012..10.50pm


No comments:

Post a Comment