Wednesday 29 May 2013

RINDU DATANG TIDAK TENTU MASA.....

BILA RINDU DATANG BERTANDANG....

bila rindu itu mula bertandang
aku hanya mampu merenung jauh
aku hanya mampu menghela nafas
perit rasanya rindu itu
rindu pada yang telah pergi
rndu pada yang telah tiada

bila rindu itu mula bertandang
hati mula menjadi letih
perasaan bersabung pilu
mengharap terus mengharap
hati ini selalu aje merindui

bila rindu itu mula bertandang
berbisik pada hati
biarkan lah mereka pergi
biarkan lah mereka bahagia
biarkan lah mereka...bergembira di "alam sana"

bila rindu itu mula bertandang
ku alun zikir
pengubat hati
pengubat rindu


Amat merindui ...
Ummimdaza..30/5/13...12.41 am...

Tuesday 7 May 2013

HARI INI HARIJADI KU...7/5/2013


Bismillahhirrohmannirrahim....
Tanpa dijemput dan tak perlu diundang 7 hb Mei akan tetap muncul pada setiap tahun...dan apabila hari itu datang menunjukkan dirinya ini bermakna meningkat lagi usia ku...dan kali genaplah usia 45 tahun...bukan muda lagi...semoga dengan usia ini ianya mebuat aku bertambah matang, bertambah kuat, bertambah cekal, semoga Allah kurniakan aku dengan sifat yang lebih sabar, tawaduk, dan keimanan....
Namun sebagai manusia biasa..aku tidak lari mengimbau kenangan manis setiap kali menyambut harijadi bersama sama suami dan anak anak....Kerana yang lebih teruja menyambutnya adalah anak anak...dan secara kebetulan pula disetiap harijadiku adalah cuti umum bagi negeri Pahang dan aku akan selalu berkata “hari ini harijadi ummi sebab tu cuti.....” anak anak ku peraya...lucu bila meningatkannya...Abang akan berpakaian cantik..”biar ummi kata dan Nampak abang handsom” sambil tersenyum amat jelas di mata ummi senyum yang abang berikan manis dan manja sekali...dan abang juga orang pertama akan mengucap selamat sambil memeluk dan mengomol ngomol aku...baru lah diikut dengan yang lainnya...
Kek mesti ummi yang buatkan, makanan tengahari kalau di harijadi abah nasi ayam, di hari jadi ummi pula mee kari..anak anak merebut rebut untuk menyuapkan ummi.....indahnya sangat itu....tidak akan berullang lagi
Dan hari ini aku hanya berdua menyambut harijadi ku di rumah ku...angah dan along menemani tok di Tanjong Api..Seperti biasa  sesampai di rumah, aku terus ke dapur dan mengemas apa yang patut....dan mee kari aku sediakan  sebagai hidangan tengahari walaupun hanya berdua....dengan linangan airmata kami mengadap mee kari yang terhidang...dari linangan airmata ianya menjadi deraian airmata yang tidak dapat di bendong lagi saat suami ku dalam sedu yang cuba dikawal menyuapkan mee kari ke mulut ku...dan makan tengahari terhenti di situ saje..tidak tertelan....
Petang yang agak redup aku dan suami mengatur langkah ke “Pusara bernisan Biru” taman syurga putra-putra ku...tempat yang menjadi satu kemestian kami disetiap petang....Seperti biasa aku dan suami membersih, menyapu dan buat apa apa yang patut...tapi kali ini aku mahu sepasang “Pusara Bernisan Biru” milik kalian betul betul bersih...tidak kuizin walau sehelai rumput tumbuh di pusara kalian, tidak ku benarkan walaupun sehelai daun daun kering bertenggek di pusara kalian, kepok dan batu nisan aku cuci betul betul..jangan sampai ada butiran pasir yang melekat....kenapa aku berbuat demikain???? Kerana aku teringatkan kata kata abang disetiap harijadi ku....”bila hari jadi ummi nanti abang nak pakai cantik cantik dan kemas biar ummi kata handsomnya abang...segaknya abang.....” Tika ini naluri seorang ibu dapat merasakan betapa rapatnya kalian dengan aku, betapa segaknya si bidadari syurga ku ini.......
Terimakasih Ya Allah di atas usia yang telah Kau berikan.....Terima kasih Ya Allah untuk setiap cubaan yang Kau turunkan
Terima kasih Ya Allah atas takdir yang Kau tentukan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Kau kurniakan kepadaku, dan terlau sedikit sedikit pengabadianku terhadap Mu
Ya Allah berkati dan tambahkanlah amalanku di saat bertambahnya usiaku. Aku memohon kepada kepadaMu kenikmatan yang berpanjangan, sihatkanlah tubuh badanku,sihatkanlah pendengaran dan penglihatanku. Ampunilah segala dosa dosaku, sucikanlah hati ini dengan taubat kepadaMu dan teguhkan hati ini agar sentiasa taat kepada perintahMu.
Ya Allah, terima kasih tidak terhingga buat kedua orang tua yang dikasihi dan dicintai...kerana dengan adanya mereka aku lahir di dunia ini...terimakasih emak dan abah di atas kasih sayang yang dicurahkan, di atas didikkan ilmu dan duniawi yang diberikan...tidak terbalas dengan kata-kata jauh sekali dengan kebendaan.
Buat suami yang dicintai....terima kasih di atas kasihsayang yang dicurahkan....cinta yang luhur, dan telus...maafkan isteri di atas katabual yang terkadang menyakitkan...kasih sayang ku untuk tiada sempadannya......
hadiah harijadi terakhir buat ummi dari Abang...akan ummi simpan hingga ke akhir hayat ummi


Di harijadiku....
UMMIMDAZA...(7/5/13....10.10pm)