Thursday 14 February 2013

Andai ku tahu sesingkat ini....


Aku sendirian di rumah..hari ini tekanan darah ku naik lagi. Satu ketika dulu di waktu begini kalau keadaan kesihatan tidak mengizinkan untuk ke pejabat adiklah yang sering menemani ku. Adik sentiasa menemani ku di bilik tidur, memicit micit kan kepala ku,menyuakan ubat ke mulut ku dan kadang turut sama terlena disampingku. Dan terkadang sekiranya lena ku agak lama adik akan mengejutkan aku…”ummi..bangun dah lama sangat ummi tidur…bangunlah…adik takut tinggal sorang sorang”..dan aku menjawap dalam nada bergurau “ ni baru tidur lama adik takut tinggal sorang…nanti kalau ummi mati adik kena tinggal juga” “ummiii ni kan!!!” rengek adik manja.
Walau tidak sedayamanapun keadaan kesihatan, aku tetap akan memasak untuk hidangan tengahari buat anak-anak ku. Paling tidakpun ikan goreng berlada salah satu lauk kegemaran abang.”Assalamualaikum..riuh kedengaran suara anak anak balik dari sekolah masing-masing berebut rebut membuka pagar rumah takkala melihat umminya ada di rumah. “yea..yea.. ummi ada..ummi tak kerja ke ari ni?...ummi dah masak ke? Abang lapar sangat la..” lantas ke dapur dan membuka tudung saji…”yess…ikan pedas bestnya…abang makan dulu ya” tanpa sempat pakaian sekolahnya di tanggalkan. Dan aku akan menemaninya..aku suka tengok abang makan berselera sekali, sambil makan sambil bercerita dan bila selesai makan abang akan berpesan..”ikan pedas tu jangan habiskan, balik fardu ain abang nak makan lagi”.
Selesai makan dan solat..mereka bersiap siap pula untuk ke fardu ain..”boleh tak ummi hantar gi fardu ain” pinta mereka..”boleh..antar aje tau balik nanti abah yang ambik ya”..”ok ok…best nya”…gembira sungguh mereka…”kan best kalau begini hari hari..boleh tak kalau ummi tak payah kerja?..abang suka kalau balik sekolah ummi ada kat rumah”..pinta abang..”tak boleh lah…ummi kena  kerja, kena cari duit banya banyak, nak tolong abah  kesian abang cari duit sorang sorang” dan adik pula selalu berkata “tadi adik tengok dalam purse ummi ada banyak duit.. boleh lah bagi pada abah, ummi tak payah gi kerja jaga adik kat rumah tak payah adik gi rumah ‘Ma’ lagi. Adik janji adik tak buat degil , tak sempahkan rumah”..aduhai anak-anak…!!!!!!
Terasa hiba bila di kenang. Tidak disangka sesingkat ini hayat mereka bersama-sama aku. Dan sekiranya ku tahu hayat mereka sesingkat ini , akan ku tunaikan kesemuanya kemahuan mereka, akan ku kotakan semuanya janji-janji ku pada mereka…akan ku bagi semuanya kehendakkan mereka, akan kuturuti setiap langkah mereka..akan ku kucup setiap inci susuk tubuh mereka setiap hari..Tapi siapalah aku..mereka hanya pinjaman buat ku. Mereka dipanggil pulang setelah kasih dan sayang sudah tertanam begitu mendalam . Mereka bukan hak yang mutlak..kasih dan sayangku tidak tertanding dengan kasih sayang Nya. Kerana kasih sayang Nya yang lebih mendalam di jemputnya pulang anak-anak ku sebelum ada dosa-dosa yang datang mengotori dan membebani hidup anak-anak ku. Anak anak ku di jemput pulang sebagai bidadari bidadari syurga untuk memeriah kan lagi taman taman syurga. Anak-anak ku pulang dengan keadaan yang bersih dan suci…sebersih dan sesuci pada hari pertama mereka meluncur keluar dari dalam rahimku…Ya Allah bertuahnya aku dapat mengandungi dua orang bidadari syurga Mu. Yang itu sememang pasti…..
Sepanjang penulisan ini airmata kerinduan setitik demi titik mulai turun..lama kelamaan semakin laju dan laju…tidak tertahan dan tertanggung lagi……


Rindu teramat sangat
Ummimdaza 14/2/2013 (17.00pm)

Saturday 9 February 2013

"Selamat Hari Jadi Puteri Ku"


15hb Jan 2013, genap usia 12 tahun. Majlis harijadinya deibuat awal dari tarikh sebenar iaitu pada 13hb Jan 2012 hari Ahad. Sederhana sahaja majlisnya, dikalangan saudara terdekat sahaja yang dijemput, beberapa orang jiran dan tiga orang rakan sekerja ummi. Pada awalnya angah begitu gembira melihat seorang demi seorang tetamu yang hadir, terpacar sekali diwajahnya , berseri-seri ummi dan abah begitu senang senang sekali. Tidak apa yang diminta olehnya sebagai hadiah harijadi cukuplah kasih yang telah ummi dan abah curahkan. Dan angah juga berjanji akan menjadi anak yang solehah dan anak kebangaan kami berdua.
Saat utk memotong kek, suasana yang pada mulanya riuh rendah dengan gelak tawa dan usik mengusik, menjadi sepi , semua yang hadir tiba-tiba menjadi sebak, angah menangis teresak-esak, ummi merangkul dan cuba meredakannya. Ummi tahu apa yang bermain difikiran angah, “angah rindukan suara gelak adik-adiknya,rindukan senda gurau adik-adik dan sampai bila-bilapun angah tak akan dapat dengar kata selamat dan dapat  hadiah dari adik-adik”. Sabarlah sayang adik-adik sudah ada berada tempat yang paling indah. Menangislah sepuas hati andai itu dapat meredhakan hati angah. Kepermegian adik-adiknya secara-cara berturut-turut merupakan episode yang paling menyedihkan dalam sejarah hidup mu.
“SELAMAT HARI LAHIR ANANKU *AINI ZAHIRAH ATIYAH * YANG KE 12 TAHUN”
SEMOGA MENJADI ANAK YANG SOLEH,BAIK,BIJAK SIHAT DAN PANDAI MENGHORMATI ORANG YANG LEBIH TUA
KAMULAH PENGUATLAH SEMANGAT UMMI DAN ABAH
KAMULAH PENGHIBUR HATI KAMI
KAMULAH PENAWAR LUKA KAMI
KAMULAH PENGHAPUS PENAT KAMI
KAMULAH PUTERI KAMI
Tidak ada yang memilukan dalam hati hati sebagai orang tua apabila melihat dan mendengar tangisan seorang anak, setitik airmata kesedihan yang mengalir dari kelopak mata seorang puteri umpama sepercik api yang membakar jantung.
ANAKKU…..
JANGAN MENANGIS LAGI…
UMMI DAN ABAH INGIN MELIHAT KAU TERSENYUM
SENYUM…KETAWA…SENYUM…. DAN TERUS KETAWA……


Kasih Sayang Selalu...
UmmiMdaza..(9/2/2013....23.10pm)