Thursday 11 July 2013

Ramadhan Yang Pertama~Walaupun sekadar dalam mimpi

 Mimpi…ya..aku bermimpi lagi,bermimpi bertemu bidadari bidadari syurgaku.Alhamdulillah Kau ketemukan aku dengan mereka dalam mimpi ketika umat islam menyambut Ramadhan yang pertama. (1 Ramadhan…10/7/2013)
Disebuah rumah yang besar lain cantik…semua penghuninya terdiri dari golangan kanak-kanak yang diawasi seorang wanita yang tinggi lampai dan berambut panjang mencecah ke lantai…kanak kanak berlari riang, bermain main sesama mereka…dan diantara mereka adalah kedua-dua putraku…takkala ternampak kedatangan ku si abang lantas menarik tangan si adik dan meluru kearah aku dan memeluk ku seerat-eratnya….melepaskan rindu yang sekelian lama terpendam….
Aku meminta izin daripada pengasuhnya untuk membawa pulang kedua orang putra…dia hanya mengganggukkan kepala tanda mengizinkannya…sesampai dirumah aku menjamu mereka dengan hidangan kegemaran mereka…sungguh berselera abang menikmati masakan ku sedangkan adik leka bermain main…selepas makan abang mendapatkan adik dan memegang erat tangan adik, seperti tidak mahu dilepaskan…adik akur…aku bertanya “abang nak ke mana? dah nak balik ke?...abang mengganggukkan kepala sambil tersenyum manis…”janganlah balik…. duduklah dengan ummi dah lama abang dan adik tinggalkan ummi…” rayu ku, namum abang masih tersenyum … “taknak duduk ummi dah ke?...”…abang menggelengkan kepalanya sambil tersenyum jua…
Dalam keadaan terpaksa, aku kemudiannya menghantar mereka pulang ke rumah yang besar lagi cantik tadi….sesampai saje di halaman rumah tersebut si pengasuh sudah sedia menunggu dengan senyuman yang amat manis sekali dan tangannya melambai lambai kearah kedua dua orang putra ku ..isyarat untuk masuk ke dalam rumah itu……dengan tangan yang masih berpegang erat , mereka  berlari masuk dengan riangnya ke dalam rumah yang menjadi tempat tinggal mereka…..dengan di sambut oleh pengasuh dan rakan rakan mereka…dan aku hanya mampu melihat meeka bermain main dengan riang dari kejauhan
Subhanallah Maha Besar Allah…mengertikan akan rindu seorang ibu….Kau ketemukan jua aku dengan bidadari syurga …disaat hati ini sarat menanggung beban rindu….di saat saat seluruh umat menanti bulan Ramadhan yang penuh barakhah Mu…
Terima kasih Ya Allah di atas limpah kurnia Mu…walau hanya sekadar dalam mimpi aku bersyukur…terubat jua rindu ku selama ini….Aku tahu anak-anakku berada ditempat yang paling elok,sempurna di “alam sana”…mereka di jaga dan dirawat dengan sebaik mungkin….tiada tolok bandingnya….


Salam kerinduan

Ummimdaza (10/7/2013…5.36am) 1 Ramadhan

Monday 8 July 2013

Aku Amat Bahagia...Walau hadir Mu Hanya Seketika...Sayang Hingga Hujung Nyawa

28hb Jun 2007 merupakan hari kelahiran adik, adik dilahirkan di KMC Kuantan sama seperti kakak dan abangnya. Kelahiran adik amat dinantikan oleh kakak dan abangnya. Adik dilahirkan tepat jam 10.45 malam melalui proses pembedahan juga seperti kelahiran kakak dan abangnya jua. Cuma bezanya berat timbangan adik kurang sedikit hanya 2.75 kg. Comel, putih kemerah merahan,hidung sedikit tinggi, bermata coklat...mengikut abah barangkali....
Muhammad Dzuhil Ashroqi nama diberikan...yang bijaksana dan perkasa...mengimbas kembali saat saat bersama adik...dek kerana kuning yang terlalu tinggi di awal kelahirannya,  masuk hari ke 23 baru pusat adik terpisah...lamanya aku sudah mulai risau tapi kata doctor tidak ada apa yang perlu dibimbangkan..memang adik agak comel jika dibandingkan dengan yang lain...pernah satu ketika adik ketika dirawat di hospital aku disangkakan maid yang mengasuh adik...memang warna kulit kami agak ketara bezanya....lucu bila mengenangkan saat itu...
Adik seorang kanak kanak yang sangat keletah dan ceria...tingkahlakunya sangat menghiburkan...manja,nakal maklumlah anak bongsu ...apa saje yang dilakukan mendapat perhatian dari semua orang yang terdekatnya...kepetahan dan keramahannya boleh menambat hati sesiapa saje bila berbicara dengannya...tapi ada satu penyakit iaitu lelah, pantang salah makan atau berada persekitaran yang berhabuk....penyakit itu pasti cepat sekali datang menyapa.....dalam setahun paling kurang 1 atau 2 kali adik pasti menjadi penghuni hospital malah doctor dan misi di situ sudah mengenali adik.
Hari berganti hari adik membesar seperti kanak-kanak lain...hubungan adik dengan adik beradik memang sangat rapat apatah lagi dengan abang..apa makanan kegemaran abang sudah pasti menjadi kegemarannya jua (kuehtiaw ladna, abang panggil mee petak dalam pingggan), pakaian mesti sama, pendekata semuanya mesti sama....malam sebelum masuk tidur adik dan abang bermain main(gusti ala wwf atau ultraman)terlebih didalam bilik aku...setelah keletihan baru mereka berdua tidur....alahai anak-anak....
Dan selepas abang meninggal perangai adik sedikit berubah...adik menjadi cepat marah dan juga cepat berkecil hati..beberapa hari selepas kematian abang adik selalu mengharapkan kemalangan berlaku kepada kami sekeluarga ...”biar mati..cepat sikit jumpa ngan abang..” dan pernah sekali adik bertanya kenapa abang mati dulu...kata ku sebab abang budak baik...”adik tak baik ke ummi?”....setiap kali aku menangis mengingatkan abang adik pasti akan berkata “adik tak suka tengok ummi nangis, adikkan ada....lama kelamaan adik sudah biasa bermain sendirian sebelum tidur tetapi kadang kadang terkeluar juga dari mulutnya “hishh...bosannya..ni adik tak suka kalau takada abang...”
Awal tahun 2012 adik mulai masuk kealam persekolahan...tadika..tidak banyak kerenah...setelah pulang dari sekolah sekitar jam 3 petang adik pasti ke pejabat aku...rakan rakan sepejabat aku amat senang dengan tingkahlaku adik..omelan dan ragam adik..dan setelah habis kerja seperti biasa kita semua akan ke pusara abang, adik suka bermain main di persekitaran pusara abang, malah adik turut membawa 2 biji kereta mainan untuk bermain di situ..sesampai di rumah adik tidak terus masuk ke rumah, adik akan bermain main dengan basikal kesayangan bersama rakan- rakan sebaya...dan terkadang adik meminta duit untuk membeli aiskrim di rumah jiran ku yang dipanggil “Makcik La(Shila)...”Cik La adik nak aisrkrim yang perempuan(warna pink) satu dan yang lelaki satu(warna biru)..itulah adik....

Takkala kedengaran alunan alquran dari surau adik akan cepat-capat masuk kerumah dan terus mandi...”Ummi baju surau adik mana?(baju melayu)..adik dah lambat ni...nak gi sembahyang kat surau...adik memang rajin ke surau...malah setelah adik meninggal ada beberapa orang jemaah yang tidak dapat menahan airmata takkala mengaminkan bacaan imam..kerana pada mereka masih terngiang ngiang suara adik yang nyaring mengaminkannya.

Adik yang paling gembira bila mendapat tahu aku mengandung...”yes..adik dah nak jadi abang bestnya...” setiap hari adik bertanya “bila baby nak keluar ni..dah tak sabar nak main ngan baby”....tapi janin itu tidak betah lama dalam rahim ku...Satu hari seperti biasa selepas pulang dari kerja kami terus ke pusara abang, sebaik sampai adik berkata..”asyik asyik gi kubur abang..adik dah bosan..adik tak nak turun..” dan adik tidak turut sama ke pusara abang tinggal sendirian di dalam kereta. Rupanya adik tidak mahu turun pada hari itu kerana adik akan menjadi penghuni di situ buat selama lamanya...adik mahu bersama dengan untuk menikmati kemeriah taman syurga Allah.

Kalau sebelum ini jika aku mahu tidur adik akan menyua baju arwah abang pada ku ...akan ku peluk dan cium bagi melepaskan rasa rindu...tetapi pada malam itu..... adik tidur dengan memeluk erat baju arwah abang.....”rindu agaknya” bisik hatiku......aku biarkan saje....
Petang Jumaat adik bermain dengan cucu jiran ku yang dipanggil Adam dan dengan tidak sengaja telah menumbuk perut adik...”Adoinya sakit perut saya......susah nya saya sebab tak ada abang.... esok kita main lagi ya...bosan tau main sorang sorang” lalu adik berlari pulang...dan malam itu sekali lagi adik tidur dengan memeluk baju abang.....

Sabtu pagi...dapat berita abah dikejarkan ke hospital dan kami bergegas ke hospital, nasib baik tidak ditahan diwad dan selepas semuanya selesai, kami terus ke majlis perkahwinan di rumah Kak Sabariah...dan sebelah petangnya adik demam...demam panas dan terpaksa di masuk ke hospital “KMC”...kami hanya sempat bermalam di KMC selama 2 malam...dan bermula  dari saat itu semua berulang kembali....seolah olah megulang tayang saat saat ketika abang mahu meninggalkan kami semua...dan pada 1hb Mei 2012 sempena hari jadi abah yang  ke 46 tahun adik telah di jemput untuk bersama-sama abang bagi memeriah taman syurga Allah...di usia 4 tahun 10 bulan 3 hari

Ya Allah terima kasih di atas pinjaman mu itu kepada aku sekeluarga....walaupun hanya sesingkat itu usia putra putra ku bersama kami sekeluarga...namum tetap bahagia dengan pinjaman Mu itu...Sememang amat payah untuk aku menerima hakikat bahawa adik telahpun berada jauh “di alam sana “ bersama abang yang amat dirinduinya...aku cuba sedaya upaya untuk mencari kekuatan untuk terus bangkit...tidak pernah sesaatpun aku lupa kenangan bersama-sama mereka....
Terima kasih kerana memilih, meamanahkan dan memberi peluang  kepada kami untuk menjadi ibubapa kepada kedua dua bidadari syurga Mu.....Tidak terucap dengan kata kata betapa indah dan manis saat yang kami lalui bersama sama si bidadari syurga walau hanya sekita...Hebat sungguh ujian yang Kau turunkan buat aku sekeluarga, namum aku percaya kenikmatinya pasti menanti sebagai ganjarannya...

Tenggelam Dalam hati
Bunyi cangkul sahut-bersahutan.....
mengambus ruang yang abadi dan anakku  pun tenggelam..

Dan tangisan pun kedengaran seperti desiran angin 
menghambat tanah yang ingin pergi....
Jauh mengikutmu lalu bersatu...

Talkin yang sepi dari imam.

Menyeramkan....
Namun menenangkan....
Jiwaku yang kecelaruan.

Dengan mata terpejam dan seakan-akan tidak percaya..
Aku memeluk kakakmu, yang tak henti-henti menangis...

"Adik mana...?" 
"Adik mana...?" 
"Adik mana...?" 

Biar setegap manapun ku tahan, namun kaki ini tetap menggeletar... 
Terasa tubuh ini lemah dan longlai...
sehingga bacaanku menggigil dan terdiam..

Lalu ku lepaskan kakakmu... kerana aku tidak berdaya lagi untuk berdiri...
dan mengahadapi saat-saat ini... Saat terakhit menghantar kau pergi...
Kemudian... segalanya menjadi sepi.....sepi...dan sepi..

Aku kegelapan walaupun tidak menutup mata.
Aku hilang dalam cahaya...
Terasa setiap nafasku, sekadar satu degup...
Dan inilah airmata terpantas mengalir lagi seumur hidupku...
Menitis laju seperti air mawar yang membasahi pusaramu....

Aku menangis lagi kali ini  kerana hari ini aku betul-betul kehilanganmu.

(Copypaste)



Sayang hingga ke hujung nyawa...
UmmiMdaza 1/7/2013...10.45 pm