Sunday 31 May 2015

Mei bulan yang amat bermakna dalam diari hidu kami

1hb Mei 1966..
Terima kasih buat kedua ibubapa mertuaku kerana pada tarikh ini lahirlah seorang insan yang kini telah hampir 24 tahun menjadi suami ku..
Syukur Alhamdulillah di atas pertemuan jodoh ini. Semoga jodoh kami berkekalan hingga Jannah...
Kini usia En suami telah mencecah 49 tahun.


7hb Mei 1968..
Tiada kata kata yang mampu diucapkan lagi..kepada kedua dua orang tua ku kerana bermula dari tarikh ini aku mulai mengenal dunia..pengorbanan mereka tidak dapat dibalas dengan wang ringgit hatta dengan timbunan emas.Kasih dan sayang mereka tidak pernah luak walaupun aku sudah bergelar isteri orang.Tunjuk ajar dan nasihat sentiasa mengiring disepanjang perjalanan hidup ku.Usia ku sekarang sudahpun 47 tahun.Satu usia yang bukan muda lagi.


30hb Mei 2000
Berita baik yang tunggu sepanjang perkhawinan kami. Setelah 9 tahun akhirnya aku disahkan mengandung. Allah hurabbi tidak terucap dengan kata kata hanya airmata mencerita segala gala nya. Seiisi kekuarga amat gembira dengan perkhabaran ini. Teman teman tidak henti henti memberi ucapan tahniah. Benih kasih antara aku dan suami ini aku jaga sebaik mungkin di dalam rahim ku..setiap hari en suami akan memberi salam buat anugerah dari Nya...Tidak sabar rasanya menunggu kelahiran cahayamata yang pertama ini..dan 15hb Januari 2001 aku selamat puteri sulong kami.


4hb Mei 2002..
Aku disahkan mengandung lagi....Allah maha mengasih dan penyayang..doa kami dimakbulkan lagi.. terbalas rasanya kesabaran menunggu selama ini. Dan pada 23hb Disember 2002...putera lelaki yang diimpikan oleh en suami Allah kurniakan..Ya Allah rasanya sudah lengkap alam rumahtangga kami..


Tapi rezeki kami datang lagi 2006 aku mengandung lagi dan 28hb Jun 2007 kelahiran kami sambutan dengan cukup gembira dan kehidupan kami cukup bermakna disamping seorang puteri dan 2 orang putra..

10 tahun kami hidup dalam satu keluarga yang cukup bahagia walaupun sederhana.Anak anak penyeri hidup kami..sakit mereka bermakna sakit jugalah kami. Kami mahu mereka hidup sempurna seperti anak anak orang lain. Tidak mau sedikitpun kasih dan sayang tertinggal untuk mereka .semua nya untuk mereka.
Bamun kita hanya merancang ... perancanfan tidak sama apa yanh telah Allah rencanakan untuk kita. Kita terlalu anggkuh..teralu alpa..kita lupa apa yang kita mikiki itu bukan milik kita semua pinjaman belaka...

Tanggal 25hb Oktober 2011..kami mula di uji..tidak pernah terlintas di benak fikuran kami ..kami akan diuji dengan ujian seberat ini..Allah mengambil semula pinjaman kepada kami...buah hati kami MUHAMMAD DZUHIL ABQARI dipanggil pulang untuk mengadap peciptanya.. tidak tertanggung rasanya...dengan ujian yang kau berikan pada kami..luluh seluruh jiwa raga kami takkala seakan separuh nyawa ku di bawa bersama...
Kesunyian dan kekosongan amat terasa dari masa ke semasa kami terima takdir Allah dengan redha...
kami bangkit dari sedih itu..kami terima bahawa dia sudah tiada di sisi kami.

1hb Mei 2012..
Setelah hampir 6 bulan arwah abang pulag..setelah kami sudah dapat menerima kenyataan bahawa anak itu sedang berbahagia di syurga Allah.
Allah mengirim lagi hadiah berupa ujian buat kami sekeluarga..kini adik MUHAMMADCDZUHIL ASHROQI pula dijemput untuk menemui penciptanya...
Ya Allah besar sungguh ujian yang Kau berika buat kami..kalau ikutkan hati mau saje kami mengikuti jejak mereka...mau saje kami minta dikapan dan dikebumi bersama sama mereka. Namun iman kami masih berbaki..dan kami harus terus mencari kekuatan dan bekalan yang secukup sebagai persediaan kami untuk mengikut
Jejak mereka...Putra putra kami sudah amat pasti sedang berbahagia di *alam sana*..sedangkan kami..? Hanya amalan yang menentu segala galanya..

Pusara pusara mereka kini menjadi tempat kami beriadah sambil melepaskab rasa rindu yang kian sarat..alfatihah kami utuskan salam ketinduan mohon disampaikan..

Sesungguh bulan Mei adalah bulan yang amat bersejarah dalam diari hidup kami...
Usia 23 tahun dipertemukan jodoh
Usia 33 tahun baru dianugerah cahayamata
Usia 43 tahun mulai kehilangan cahayamata..



Ummimdaza..
10.10.pm ..31hb Mei 2015



Saturday 30 May 2015

Alangkah bahagia jika ianya terjadi pada kami


Sabtu 30hb Mei 2015
Pagi tadi kami ke pusara anakanda..dan sebelum tu singgah minum dulu kt gerai tepi pusara terjumpa dgn beberapa org pakcik yg selalu cuci kubur sama sama kami.
En suami mengambil kesempatan bertanya khabar dan berbual bual semeja bersama mereka. Dan tiba tiba salah seorang dari mereka (pakcik rahim) berkata
"Ptg smlm (ptg Jumaat) pakcik bersih dekat kawasan kubur anak anak awk..tiba tiba pcik terdengar riuh suara bebudak bermain main..suka sungguh bunyi nya, seronokpun ada seram pun ya juga"
Kami berdua tersenyum kerana bkn kali pertama kami mendengar cerita mcm tu"(pun pd ptg Jumaat juga)
Dah 2 3 org cerita pada kami mcm tu..
sebelum ini cerita seperti ini kami didengar dari seorang penggali kubur dan juga dari seorang pekerja yang memasang batu nisan.
Alangkah bertuah dan bahagianya kalau kami dapat mendengar sendiri suara yang sedang bergembira itu..
Setelah selesai minum kami minta diri untuk ke pusara bidadari bidadari kami.
Subhanallah bersihnya seperti baru sahaje dibersihkan..tiada sehelaipun daun daun yang berguguran sedangkan malam sebelumnya hijan turun beserta dengan angin.
Tidak sedar airmata kami jatuh berguguran..kami sendiri tidak pasti airmata yang jatuh untuk apa..tapi hati kami betul terasa pilu dan juga tenang bila berada di sini..
Alfatihah utk anak anak syurga kami..
Salam rindu buat yang dirindui..
ummimdaza 30hb Mei 2015

Saturday 16 May 2015

Hati Abah Di Cuit Lagi..

Hari ini hati dan perasaan di cuit lagi..tragedi seminggu lalu masih belum reda diingatan nya..kini timbul yang baru pula.Kalau sebelum abah boleh bertahan ..tapi tidak kali ini. Hati abah benar benar tersentuh.Tiada niat lain darinya..hanya untuk menumpang kasih. Hari ini airrmata mudah sekali jatuh ke pipi setiap hal itu dibangkitkan pasti air jernih itu jatuh ke pipinya..dan airmata ummi turut sama mengalir lesu..tiada upaya lagi ummi untuk memujuk abah..luluh hati seorang isteri melihat kesedihan seorang suami.

Dan biila hatinya berduka dan bersedih di sini lah tempatnya dia akan berada dan melepaskan apa yg terbeku..seolah olah putra putra mendengar dan memahami yang apa yg dia rasa..
untuk hari ini saje sudah 2 kali abah menziarahi TAMAN SYURGA ANAK ANAK.
Terubat juga kesedihan bila berdepan sepasang pusara bernisan yang kaku membisu.
Mawar merah di pusara arwah adik berbunga lagi hadiah buat kami insan yg merinduinya..

Bersabarlah duhai hati dengan  ujian yang sering datang bertamu
Bertahanlah duhai rasa walaupun rintangan yang mendatang..
Sesungguh Allah sentiasa bersama orang orang yang sabar..
Kasih sayang Nya tidak pernah pun pudar malah akan bertambah lagi..

Buat abah..ummi akan sentiasa di sisi abah..mengharungi suka duka bersama sama
sepertimana abah yang tidak pernsh jemu mendampingi ummi dalam apa jua situasi.




Bertahan duhai hati..
Ummimdaza
16hb Mei 2015..11.30pm

Friday 1 May 2015

1 Hb Mei..Satu Tarikh.. Dua Cerita...akan tetap di hati..

I HB MEI 2015..
JUMAAT.

Bismillahirrahmanirrahim... / ...بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Selamat Hari Jadi, Suami ku
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..
Semoga hidup sentiasa dirahmati ALLAH S.W.T..
Semoga menjadi suami dan abah yang terbaik..
Semoga menjadi seorang suami dan abah yang tak lupa pada tanggungjawab..
Semoga kita selalu bersama di dalam susah ataupun senang..
Semoga ikatan perkahwinan kita kekal sepanjang hayat..
Usia barumu yang indah, Semoga selalu diberikan kekuatan, keberhasilan dalam segala hal, menjadi Suami terbaik bagi ku & kehidupan keluarga, Doa terbaikku akan bersamamu ..




1Hb Mei 2012 ~ 1 Hb Mei 2015

Genap 3 tahun adik Muhammad Dzuhil Ashroqi pergi meninggalkan kami.
Adik pergi di hari jadi Abah yang ke 46 tahun.
Adik pergi untuk bersama sama abang untuk menikmati keindahan syurga.
Adik..setiap saat dan detik tidak luput kenangan bersama sama kamu berdua.
Akan kami jadikan memori yang terindah disepanjang perjalanan hidup kami.
Akan kami abadikan setiap kata,gelak tawa dan tangis rajuk kamu didlm kotak memori kami..
Kami tidak pernah lupa untuk ke TAMAN SYURGA KALIAN..
~ PUSARA BERNISAN BIRU~

Ummimdza..
1hb Mei 2015