Friday, 1 May 2015

1 Hb Mei..Satu Tarikh.. Dua Cerita...akan tetap di hati..

I HB MEI 2015..
JUMAAT.

Bismillahirrahmanirrahim... / ...بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Selamat Hari Jadi, Suami ku
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..
Semoga hidup sentiasa dirahmati ALLAH S.W.T..
Semoga menjadi suami dan abah yang terbaik..
Semoga menjadi seorang suami dan abah yang tak lupa pada tanggungjawab..
Semoga kita selalu bersama di dalam susah ataupun senang..
Semoga ikatan perkahwinan kita kekal sepanjang hayat..
Usia barumu yang indah, Semoga selalu diberikan kekuatan, keberhasilan dalam segala hal, menjadi Suami terbaik bagi ku & kehidupan keluarga, Doa terbaikku akan bersamamu ..




1Hb Mei 2012 ~ 1 Hb Mei 2015

Genap 3 tahun adik Muhammad Dzuhil Ashroqi pergi meninggalkan kami.
Adik pergi di hari jadi Abah yang ke 46 tahun.
Adik pergi untuk bersama sama abang untuk menikmati keindahan syurga.
Adik..setiap saat dan detik tidak luput kenangan bersama sama kamu berdua.
Akan kami jadikan memori yang terindah disepanjang perjalanan hidup kami.
Akan kami abadikan setiap kata,gelak tawa dan tangis rajuk kamu didlm kotak memori kami..
Kami tidak pernah lupa untuk ke TAMAN SYURGA KALIAN..
~ PUSARA BERNISAN BIRU~

Ummimdza..
1hb Mei 2015

No comments:

Post a Comment