Monday 20 June 2016

Rindu selamaya

Subhanallah, Aku bersyukur pada MU. sampai detik ini ribuan ... artinya sesungguhnya segala pujian, dan di atas nikmat rezeki dan kesihatan yang Kau kurniakan.
15 Ramadhan ...
DIA kurniakan sebuah mimpi yang amat indah....
"Angah pulang dari sekolah dengan keadaan amat lesu..salam diberi dan ummi menyambut salam angah dengan senyuman dan terus memeluknya..
lalu ummi katakan pada angah bahawa ada orang yang ingin berjumpa angah..
tangan angah ummi pimpin ke ruang tamu..duduk di situ 2 orang insan yang sangat sangat dirindui....
Takkala melihat kedua dua insan ini..angah menerpa lalu memeluk adik adiknya..dicium sepuas puas hatinya..
mereka berpelukkan dengan begitu lama sambil menangis teresak esak..
Angah riuh bercerita bertanya khabar adik adik..dan adik adik sentiasa memberikan senyum manis dan manja.
Ummi memerhati dengan penuh sayu dan sebak..."
Sesungguh hubungan mereka terlalu arkab...dan Angah sememang terlalu merindui adik adiknya..
Dan angah sesungguh ummi tahu bahawa terlalu rindukan adi adik.
ALFATIHAH WAHAI BIDADARI BIDADARI SYURGA..

Ummimdaza...
20hb Jun 2016