Friday 12 May 2017

Allah Maha Mendengar...terimakash Ya Allah

Bila hati dan perasaan merintih..
"Aduhai kerinduan
Sampai bila harus kau bertandang?
Adakah sampai terlena terus dari lamunan?
Atau mungkin pabila nafas berhenti dari jantungan

Jawaplah wahai kerinduan......"

Dan apabila Allah mendengar...
maka..terubat jua sebuah kerinduan..

"Subhanallah...
Maha Besar...
Maha Mengetahui..
Maha Mendengar..
Terimakasih di atas anugerah mimpi..
Didatangnya adik di dalam mimpi Ummi
di malam Jumaat..
di malam Nisfu Syaban..
Adik pulang ke rumah bersama arwah Wan dengan membawa sepinggan nasi untuk dikongsi bersama sama Abah..
Nasi diletakkan di atas meja yg beralas kain pelikat yang amat cantik..
Dengan senyum manis adik setia menunggu kepulangan Abah dari kerja..untuk makan bersama sama..

Allahuakhbar...
walaupun sekadar dalam mimpi..
terlalu indah...
terlalu nikmat..."


Terimakasih Ya Allah..
Ummimdaza..
12hb Mei 2017

Tuesday 2 May 2017

Senyum Dalam Rindu..

Mengukir senyum indah
Itu bahagia
Senyum memberi ikhlas
Itu sedekah
Senyum dari hati
Satu kekuatan

Ku menoleh melihat potret
wajah bangga nya
Di sisi tersenyum indah,
Hanya itu mengubat rindu
Perginya tidak diduga
Kembalinya juga tiada dalam jaga

Hanya kenangan dalam tangisan
Menemani  bulan dan bintang
Doaku tulus buatmu
Hanya Dia yang tahu

Tidak hilang rinduku setiap waktu
Bekal kehidupan selagi mentari menyinar dimataku
Walau berat kaki melangkah menyusur tebing

Kulalui dengan ingatanku padamu
Kugagahi walau tersadung
Senyum tawamu, Hulur tanganmu
Menjadi kekuatanku terus melangkah

Walau tawaku tawar
Senyumku hambar
Namun itulah bekal
Untuk mengimbau senyummu dalam rinduku
Mengesat duka dalam tawa

Senyum itu buatku
Merintih rindu
Mencari kekuatan yang masih berbaki


tidak pernah jemu menatap
ummimdaza
3hb Mei 3017

Monday 1 May 2017

TARIKH KERAMAT ITU PASTI DATANG...

Tak perlu ditunggu...
Tak usah dijemput..
Jangan ditepis..
Maupun dielak...
Tarikh keramat pasti akan tiba juga pada setiap tahun...
1hb Mei....
Tarikh keramat...hadir sememangnya pasti..
Suatu tika dahulu tarikh amat dinantikan oleh anak anak bagi menyambut ulang tahun abah..
tetapi tidak lagi sekarang..pasti airmata akan mengalir deras bila tiba nya 1hb Mei..
Seawal pagi lagi kami sudah bersimpuh di PUSARA BERNISAN BIRU..hanya airmata dan doa sahaje yang mampu kami utuskan...
Biar masa terus berlalu...
Biar apa kata mereka...
Namun akan tetap setia ke sini..
Bagi meleraikan kerinduan yang tidak pernah luak..
Kerana hanya sahaje yang tahu dan merasai betapa pedihnya menanggung rindu..
Buat Zuriat Syurga kami...
kasih dan sayang kami tidak pernah luak..
rindu kami makin membuak buak..


Buat suami ku ..
Abah kepada anak anak..

Selamat ulang tahun...
semoga semua harapan dan impianmu akan segera terwujud. Dan semoga selalu terlimpahkan rahmat dan pertolongan dari Allah agar senantiasa menjadi ketua keluarga dunia dan akhirat.

Kebahagiaan dan kesedihan telah dijalani bersama, ku nikmati semua itu hingga aku menyadari betapa indah dan bahagianya kehidupanku saat ini. Terima kasih abang.. Selamat ulang tahun.
Semoga kebahagiaan selalu hadir di keluarga kecil kita. Amin
Kasih dan sayang hingga ke JANNAH..

Salam kerinduan
dari ummi dan abah..
1hb Mei 2017...