Thursday 27 November 2014

ALLAH SEDANG MENGUJI KEKUATAN IMAN KITA

Ya Allah..
Ya Tuhan Kami..
Yang Maha mengampun segala dosa dosa hambanya
Yang Maha mengetahui apa yang tersurat dan tersirat
Yang Maha mendengar segala rintihan hambanya
Yang Maha memakbulkan doa doa hambanya
Kau ampunilah dosa dosa kami, dosa dosa sesama kami
Kau tabahkan hati kami dlm berdepan dgn ujian mu..
Kau kirimkan khabar yang gembira buat hamba mu ini..
Kau makbulkan doa doa kami..
Sesungguhnya kami hamba hambamu yang kerdil ini sentiasa redha dan pasrah di atas ujian yang Kau kirimkan.
Dan kami amat yakin disetiap kiriman ujian pasti ada hikmah yang menanti ...
Ya Allah
Ya Tuhan kami..
Kami amat bersyukur di atas nikmat umur, rezeki, nikmat kasih sayang dan di atas segala nikmat yang telah dititipkan buat kami..
~*BERSABARLAH WAHAI INSAN KUAT ! ALLAH SAYANG PADA MU .
~*ALLAH SEDANG MENILAI KEKUATAN IMAN MU . ~*ALLAH MELIHAT KETABAHAN HATI MU . ~*TERSENYUMLAH WAHAI INSAN YANG SEMAKIN LEMAH .YANG SENTIASA DIUJI, ADA BERHIKMAH INDAH YG SEDANG MENANTI .
~*PERCAYALAH PADA ALLAH !
~*SABAR DENGAN UJIAN
~*SYUKUR DENGAN NIKMAT
~*TENANG DALAM APAPUN KEADAAN

Saturday 22 November 2014

Tuhan Izinkan Kami Bersama Dia..

       Dia kami temui secara tidak langsung, ketika kami menjalani rutin harian kami iaitu ziarahi Pusara Bernisan Biru, dan dia berada sedang duduk lesu disisi pusara yang masih merah tanahnya. Ummi cuba merapatinya dan meberi salam, dia mendongakkan muka salam ummi dijawab, mata masih merah, air mata masih berbaki, dia cuba tersenyum tapi senyumnya tidak semanis tuannya. Ummi cuba bertanya sebaik mungkin agar hatinya terguris..”pusara siapa?”..”mummy!!!.mummy saya kak..baru meninggal” jawabnya dalam esakkan kecil. Ummi mengangguk lalu alfatihah ummi kirimkan. “Sabar ya… dan redha ibu pergi” kata abah..apalagi yang boleh kami katakana???.
Keesokkan hari kami bertemu lagi dengan gadis ini..Shamizah namanya..manis orangnya. Dari ceritanya ibunya yang dipanggil mummy baru saje meninggal dunia akibat sakit jantung. Dia anak bongsu dari 2 orang adik beradik.. terlalu rapat dengan arwah mummy, boleh dikatakan sepanjang hayat nya tidak pernah berpisah dengan mummy, di mana mummy di situlah ada dia..kecuali di sekolah atau di tempat kerja. Pergi dab balik sekolah(waktu alam persekolah) dijemput oleh mummy, segala cerita suka dan duka dikongsi bersama…mummy segala galanya buat dia...
Hari hari berikut di tempat ini.. di Tanah Perkuburan Hutan Setali kami bertemu.. dia sering meluahkan rasa rindunya..meluahkan rasa sunyinya.. dan ummi akan menjadi mendengar setia.. kerana ummi amat amat faham dengan rasa rindu itu..apa erti sepi tanpa orang yang kita sayangi..luahkan dik..luah segala galanya..kami sedia mendengarkannya… Sedih sekali hati yang bergelar ibu ini bila mendengarkan penceritaannya..pilu, sebak semuanya ada. Ya Allah kau kembalikan keceriaan pada gadis ini.. kirimkanlah khabar gembira buat dia..itu doalah kami buat gadis yang bernama Shamizah.

Dan hari ini ummi terfikir..bagaimana jika perkara ini berlaku pada angah .. ditakdirkan ummi pergi dahulu menyambut seruan Illahi.. bagaimana dengan angah.. apakah angah juga seperti gadis ini….. Ya Allah tidak dapat ummi gambarkan.. kerana selepas kedua dua adik tersayangnya “pulang” hanya ummi dan abah tempat angah bercerita, bergurau, bermanja dan berkongsi cerita.. Banyak perkara yang kami lakukan bersama.. Ummi dan abah tidak mahu melihat angah bersedih jauh sekali melihat airmata jatuh…
Ya Allah Ya tuhan.. kau panjangkan usia kami berdua agar kami terus dapat membesar dan mendidik satu satunya puteri kami agar menjadi anak yang solehah..yang mentaati MU, KEKASIHMU dan jua kami ummi dan abahnya. Izinkan kami terus bersama sama dengan anugerah dan pinjaman Mu ini.


Ya Allah kami bermohon pada mu, Kau kuatkan iman puteri kami ini.. agar dapat menempuh hari hari mendatang dengan tabah.. tanamkan sifat sabar dan tawaduk dalam dirinya..dan jika suatu masa nanti Kau ketemuakan dia puteri kami dengan seorang insan yang dapat menjaga dan membimbing dunia dan akhirat.. dan saat itu jika sudah sampai kami untuk dijemput “pulang” sudah pasti ada yang akan menjaga dia mengganti tempat kami..
Amiin..amiin YaRabbal Almin..

Kasih dan sayang kami
ILLAHITAALA
22hbNov2014..11.25pm