Saturday 26 November 2016

Semoga bertemu di *sana*

Kini...
Pusaramu menjadi tempat
yang sangat ummi dan abah rindui...
berbahagialah kamu
wahai wildan syurga ummi...
wahai permata hati abah...
nantikan ummi dan abah di pintu syurga...

dengan izin Allah,
kita sekeluarga akan bersatu di alam sana...
ummi tahu kamu sedang bergembira di sana....
dibawah rahmat Allah...
di sebuah taman yang tersangat indah..

bahagialah wahai wildan ummi...
bergembiralah anak anak abah ...
kamu sangat istimewa...
yang pernah menghuni di rahim ummi.
cinta hati bertahta di sanubari abah ...

Allah...
kami merindui sikunang2 syurga ....
sampaikan rinduku padanya...
terima kasih atas kasih sayangMu...





salam rindu..
ummimdaza..
27/11/16

Sunday 20 November 2016

HANYA AIRMATA....

Saat kita menempuhi onak duri dunia,
ya mungkin ada kalanya, kesedihan itu terus memanjat-manjat di dasar hati lantaran ada dugaan yang memedihkan dan mengusik ketenangan jiwa.
Air mata seakan bersedia mahu keluar agar tidak terus berombak di kolam hati. Saat itu mungkin sabar tidak dikenali lagi.
Dalam terharu, air mata tumpah juga, mengalir deras mengeringkan derita. Kemudian ada sedikit ketenangan mula menyusup membalut lara, sinar-sinar harapan menampakkan cahaya menyuluh jalan yang lebih bahagia. Keyakinan seakan tumbuh dari sokongan dan kesedaran, wajah mula tenang dan senyuman mudah terbentuk. Cerialah diri. Suka duka, sedih gembira bagaikan silih berganti. Wahai hati, ingatlah diri kita ini tidak hidup abadi. esok, lusa, mana tahu kita akan mati.