Tuesday 23 December 2014

SEPETANG DI PUSARA BERNISAN BIRU DIHARIJADI ABANG


Dan harinya pun tiba jua..
23hb december..12 tahun yang lalu insan ini selamat dilahirkan.
Dalam suasana renyai hujan yang membasahi bumi ini..sama keadaannya seperti sekarang..
Abadilah sayang dengan tenang di *alam sana*..
Berbahagialah sayang di Taman syurga Allah..
Bertamulah sayang dalam mimpi mimpi kami...
Walau hanya 8thn 10bln 2 hari.. namun kami cukup bahagia dengn kehadiran dia..
Seorang anak yang menjadi Penyeri hidup kami,Kebahagian kami...
Seorang adik yang disenangi oleh abang dan kakaknya
Seorang abang yang sangat sangat menyayangi adiknya hingga ke akhir hayat..
Cucu yang sentiasa membuat aki dan tok terhibur

~SELAMAT HARI JADI ABANG...MUHAMMAD DZUHIL ABQARI
~TERIMAKASIH YA ALLAH DI ATAS KURNIAAN DAN PINJAMAN BIDADARI SYURGA INI BUAT KAMI
~AKAN KAMI KENANG SEHINGGA KE AKHIR HAYAT..
~SEMOGA KAMI DIKETEMUKAN DI SANA NANTI..



Walau apa keadaanpun kami tetap mau ke sana kerana sudah beberapa hari kami tidak ke sini..itu tekad kami
Ingin mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR buat anakanda tercinta...
Sebaik saja sampai...terkejut yang amat sangat...luluh perasaan kami
hati terus menjadi sayu dan hiba..airmata yang cuba ditahan mengalir jua.. melihat oersekitaran pusara bernisan biru.. sepohon pokok tua yang sampai waktunya, bersujud di bumi Allah...
Allahuakbar!!!!
Allahuakbar!!!!



Sebak dan Pilu
Ummimdaza
23hb December 2014
11.25am

Monday 22 December 2014

Tarikh keramat itu pasti tiba jua...

Perasaan jadi tidak menentu..
Ada rasa yang mengetuk ngetuk jiwa..
Dada turun naik menahan sebak..
Hati berbisik bisik lembut..

Mau tak mau..
Suka tak suka..
Ianya pasti tiba jua
Tanpa diundang atau dipersilakan

Esok 23hb Desember..
Rasa tidak sanggup berdepan dgn tarikh keramat itu
Harilahir 2 orang insan  teristimewa dalam hidup ini
Arwah abah dan arwah abang  berkongsi tarikh yang sama

Kini mereka berdua jauh di alam sana
Semoga roh roh mereka berbahagia di bawah lindungan Nya
Ingatan kami bersama mereka tetap utuh.
Saat saat bersama mereka adalah satu kenangan amat berharga


Ingat selalu..
Ummimdaza..
22hbDecember 2014..11.30pm





Saturday 20 December 2014

ALHAMDULILLAH..SYUKUR..

“ Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Pentadbir seluruh Alam.

Ya Allah!
Berikanlah kesejahteraan dan keselamatan ke atas junjungan besar kami Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat Baginda seluruhnya.
Aku sujud mengadap kiblat-Mu dengan rasa rendah diri

Ya Allah,
ampunilah dosaku dan suamiku, dosa kedua ibubapa dan ibubapa mertuaku, dosa adik beradikku,dosa anak anakku, dosa guru-guruku, dosa jiran-jiranku, dosa rakan-rakanku dan dosa seluruh muslimin dan muslimat.

Ya Allah Ya Qahhar,
terima kasih untuk kau pinjamkan anak-anak walaupun hanya seketika, anak anak yang sentiasa kami rindui. Meruntun hatiku saat anak kecil itu menangis teresak-esak memanggil memanggil ummi ......
Wahai anak, saat kamu mengerti erti kasih ummi nanti, tiada lain yang ummi pinta selain doakanlah kesejahteraan ummi dan abahmu kerana kasih sayang kami tidak setanding kasih sayang mereka.

Ya Allah Ya Rabbi,
lindungilah aku sepanjang kembara pencarian ilmu ini. Rendahkanlah hatiku sepanjang perjalanan kembara ini, kerana semakin banyak ilmuMu yang ku dapat, semakin banyak lagi yang perlu ku kejar.

Ya Allah Ya Ghaffar,
aku bersyukur pada hari indah ini, Kau masih meminjamkan kasih sayang dari keluarga, saudara saudara, dan sahabatku untuk sentiasa berada di sisi diriku. Sesungguhnya aku tidak mampu hidup bersendirian tanpa mereka. Bahagiakanlah kami. Jauhkanlah kami dari permusuhan dan berpecah belah.
Alhamdulillah!!!
Alhamdulillah!!!
Sykur..syukur..
Amiin..


Ummimdaza
21hb Disember 2014


Thursday 18 December 2014

Rindu...

Rindu...
Tidak dapat dilihat..
Tidak dapat dipegang..
Tetapi
Rindu dapat dirasa..
Rindu sentiasa disisi
Rindu tidak pernah pudar
Rindu seperti nafas yg sentiasa dihelakan..
Sakit menanggung rindu..
Nikmat juga dikurniakan
RINDU..
Kamu sentiasa ada..
Sentiasa ada disisi..



Yang sentiasa merindui
Ummimdaza
19.12.2014

Thursday 27 November 2014

ALLAH SEDANG MENGUJI KEKUATAN IMAN KITA

Ya Allah..
Ya Tuhan Kami..
Yang Maha mengampun segala dosa dosa hambanya
Yang Maha mengetahui apa yang tersurat dan tersirat
Yang Maha mendengar segala rintihan hambanya
Yang Maha memakbulkan doa doa hambanya
Kau ampunilah dosa dosa kami, dosa dosa sesama kami
Kau tabahkan hati kami dlm berdepan dgn ujian mu..
Kau kirimkan khabar yang gembira buat hamba mu ini..
Kau makbulkan doa doa kami..
Sesungguhnya kami hamba hambamu yang kerdil ini sentiasa redha dan pasrah di atas ujian yang Kau kirimkan.
Dan kami amat yakin disetiap kiriman ujian pasti ada hikmah yang menanti ...
Ya Allah
Ya Tuhan kami..
Kami amat bersyukur di atas nikmat umur, rezeki, nikmat kasih sayang dan di atas segala nikmat yang telah dititipkan buat kami..
~*BERSABARLAH WAHAI INSAN KUAT ! ALLAH SAYANG PADA MU .
~*ALLAH SEDANG MENILAI KEKUATAN IMAN MU . ~*ALLAH MELIHAT KETABAHAN HATI MU . ~*TERSENYUMLAH WAHAI INSAN YANG SEMAKIN LEMAH .YANG SENTIASA DIUJI, ADA BERHIKMAH INDAH YG SEDANG MENANTI .
~*PERCAYALAH PADA ALLAH !
~*SABAR DENGAN UJIAN
~*SYUKUR DENGAN NIKMAT
~*TENANG DALAM APAPUN KEADAAN

Saturday 22 November 2014

Tuhan Izinkan Kami Bersama Dia..

       Dia kami temui secara tidak langsung, ketika kami menjalani rutin harian kami iaitu ziarahi Pusara Bernisan Biru, dan dia berada sedang duduk lesu disisi pusara yang masih merah tanahnya. Ummi cuba merapatinya dan meberi salam, dia mendongakkan muka salam ummi dijawab, mata masih merah, air mata masih berbaki, dia cuba tersenyum tapi senyumnya tidak semanis tuannya. Ummi cuba bertanya sebaik mungkin agar hatinya terguris..”pusara siapa?”..”mummy!!!.mummy saya kak..baru meninggal” jawabnya dalam esakkan kecil. Ummi mengangguk lalu alfatihah ummi kirimkan. “Sabar ya… dan redha ibu pergi” kata abah..apalagi yang boleh kami katakana???.
Keesokkan hari kami bertemu lagi dengan gadis ini..Shamizah namanya..manis orangnya. Dari ceritanya ibunya yang dipanggil mummy baru saje meninggal dunia akibat sakit jantung. Dia anak bongsu dari 2 orang adik beradik.. terlalu rapat dengan arwah mummy, boleh dikatakan sepanjang hayat nya tidak pernah berpisah dengan mummy, di mana mummy di situlah ada dia..kecuali di sekolah atau di tempat kerja. Pergi dab balik sekolah(waktu alam persekolah) dijemput oleh mummy, segala cerita suka dan duka dikongsi bersama…mummy segala galanya buat dia...
Hari hari berikut di tempat ini.. di Tanah Perkuburan Hutan Setali kami bertemu.. dia sering meluahkan rasa rindunya..meluahkan rasa sunyinya.. dan ummi akan menjadi mendengar setia.. kerana ummi amat amat faham dengan rasa rindu itu..apa erti sepi tanpa orang yang kita sayangi..luahkan dik..luah segala galanya..kami sedia mendengarkannya… Sedih sekali hati yang bergelar ibu ini bila mendengarkan penceritaannya..pilu, sebak semuanya ada. Ya Allah kau kembalikan keceriaan pada gadis ini.. kirimkanlah khabar gembira buat dia..itu doalah kami buat gadis yang bernama Shamizah.

Dan hari ini ummi terfikir..bagaimana jika perkara ini berlaku pada angah .. ditakdirkan ummi pergi dahulu menyambut seruan Illahi.. bagaimana dengan angah.. apakah angah juga seperti gadis ini….. Ya Allah tidak dapat ummi gambarkan.. kerana selepas kedua dua adik tersayangnya “pulang” hanya ummi dan abah tempat angah bercerita, bergurau, bermanja dan berkongsi cerita.. Banyak perkara yang kami lakukan bersama.. Ummi dan abah tidak mahu melihat angah bersedih jauh sekali melihat airmata jatuh…
Ya Allah Ya tuhan.. kau panjangkan usia kami berdua agar kami terus dapat membesar dan mendidik satu satunya puteri kami agar menjadi anak yang solehah..yang mentaati MU, KEKASIHMU dan jua kami ummi dan abahnya. Izinkan kami terus bersama sama dengan anugerah dan pinjaman Mu ini.


Ya Allah kami bermohon pada mu, Kau kuatkan iman puteri kami ini.. agar dapat menempuh hari hari mendatang dengan tabah.. tanamkan sifat sabar dan tawaduk dalam dirinya..dan jika suatu masa nanti Kau ketemuakan dia puteri kami dengan seorang insan yang dapat menjaga dan membimbing dunia dan akhirat.. dan saat itu jika sudah sampai kami untuk dijemput “pulang” sudah pasti ada yang akan menjaga dia mengganti tempat kami..
Amiin..amiin YaRabbal Almin..

Kasih dan sayang kami
ILLAHITAALA
22hbNov2014..11.25pm

Sunday 19 October 2014

3 Tahun Telah Berlalu...

3 tahun yang lalu..
Masih lagi bersama sama kami..
Masih lagi minta dibelai dan dimanja tika waktu beradu..
Masih lagi merengek rengek minta itu dan ini..
Masih mau bergadingan tangan tika bersiar siar..
Masih lagi bernyanyi riang disepanjangan perjalanan.
Masih lagi berzikir merdu selepas waktu solat..
Masih lagi berebut rebut menonton tv
Masih lagi riuh bercerita di meja makan
Masih lagi tersenyum manja setiap kali menatap wajah ummi..

Tapi kini...
3 tahun telah berlalu
Dia pergi meninggal kami..dengan begitu cepat sekali
Dia pergi meninggalkan along dan angah
Dia pergi meninggalkan orang orang yang menyanyanginya
Dia pergi meninggal memori indah yang memilukan
Dia pergi meninggalkan pelbagai kenangan suka dan duka
Dia pergi meninggalkan kami... dan juga membawa bersama adik yang merinduinya
Dia jua ingin adik merasakan apa yang dirasakan
Keindahan, keseronakkan, kegembiraan  di "alam sana" yang tiada tandingnya di dunia ini.
Dia mahu adik turut serta menanti dan menunggu ummi dan abah di pintu syurga
Dia mahu bersama sama adik memberikan ummi dan abah segelas air kala ummi dan abah kehausan di "sana" kelak..
Dia ingin bersama sama adik untuk menarik tngan ummi dan abah agar tidak tergelincir..
Dia dan adik ingin mendirikan mahligai yang indah buat umi dan abah...
Dan Dia.. Abang.. Muhammad Dzuhil Abqari ...
Adik ..Muhammad Dzuhil Ashroqi Bin Zainal Aripin adalah anak anak syurga kami...
Bidadari bidadari syurga Kami...
Dua nama yang amat kami rindui..
Nama yang tidak pernah putus bermain main dibibir kami..
Nama yang terpahat kemat dilubuk hati kami yang terlalu dalam..
Selamat beradu putra putra ku...




  1. Rindu yang kian dalam
  2. UmmiMdaza 
  3. 19hb Okt 2014 (11.35pm)

Tuesday 23 September 2014

Nikmatnya Rindu..

RINDU ..
RINDU itu satu perasaan yang indah
RINDU itu adakalanya amat menyakitkan
RINDU itu ibarat sebuah penantian
RINDU yang dalam penantian satu penyiksaan..
memang sakit bila
RINDU tidak berbalas...
Tetapi..
RINDU tidak pernah membunuh
RINDU belum pernah menyebabkan kematian
sebaliknya...
RINDU mengajar kita erti SABAR
RINDU mengajar kita erti MENGHARGAI
RINDU sememangnya indah..
kerana
RINDU mengajar kita mengenali erti SAYANG
INDAH sungguhkan PERASAAN yang ALLAH kurniakan untuk kita semua
Betapa nikmat rasa RINDU yang di ANUGERAHKAN

Nikmatnya rindu..
Ummimdaza.23hb September'2014

Sunday 21 September 2014

Ahad ~ 21hb September 2014

21hb September 2014 

Petang Ahad yg mendamaikan 
Kami kembali ke sini..
Taman syurga anak anak kami..
Setelah hampir 5 hari kami tinggalkan...



Terubat rindu kami ini..
Takkala terpandang sepasang pusara bernisan biru..
Walau cuma sepasang pusara yang kaku dan bisu..
Seolah olah anak anak jua menanti kedatangan kami..



Seperti biasa alfatihah kami utuskan..
Doa kerinduan kami, mohon disampaikan..
Alhamdulillah airmata kami dapat tahankan..
Mungkin kami sudah semakin kuat..



Hanya Kami berdua sahaja di sini..
Ditemani angin petang, kicauan burung..
Mengutip sisa sisa dedaun kering yg ditinggalkan..
Membersih butiran pasir yang melekat di kepok kalian..



Yang pasti kami jua akan ke sini nanti..
Hanya Allah saje yang maha pengetahuai waktu dan ketikanya..



Sentiasa  di sni
Ummimdaza 21 September 2014 ( 6’15 pm)

DI PUSARA BERNISAN BIRU SETALI

Tuesday 9 September 2014

Bayangan Rindu..

Dugaan kehilangan insan tersayang dalam sekelip mata, bukan perkara mudah untuk ditelan. Apatah lagi dalam tempoh kurang 6 bulan, dua insan pergi meninggalkan dunia buat selama-lamanya.
Dan ini bukan bermakna kami tidak meredhainya..
Cuma terkadang perasaan rindu itu membuat kami kecundang..
Kenangan bersama mereka membuatkan kami kalah..
Bayangan mereka membuatkan kami terleka..
Nyanyian nyanyian mereka seringkali bermain main dicuping telinga
Rengetan manja acapkali mengetuk pintu hati..
Ya Allah lindungilah kami dari terus di buai perasaan rindu..
Jangan dibolakbalikkan hati kami..
Semoga tabah dan kuat..amin..

Terus merindui
Ummimdaza
 9hb Sept'2014
9.47pm

Tuesday 26 August 2014

NALURI SEORANG UMMI

NALURI UMMI...

Rasanya sudah terlalu kuat..
Rupanya masih ada lagi kelemahan..
Rasanya sudah setabah mungkin..
Rupanya tidak setabah mana..
Sudah berpesan pada emosi..
Sudah berjanji pada air mata..
Tapi tetap jua bersedih..
Tapi tetap jua mengalir lesu..
Itulah naluri seorang ummi..
Zahirnya nampak kuat, tabah dan cekal
Namum batinnya..Allah sahaje yang tahu..
Allahhu rabbi...

26hb Ogos 2014
Selasa...

24hb Ogos 1991 ~ 24hb Ogos 2014 Ulang tahun perkahwinan yg ke 23



Buat suami tercinta.....
Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke 23 tahun, terimakasih di atas kasih sayang diberi, kesempurnaan tanggung jawab, bersama sama mengarungi biduk rumah tangga dalam apa jua keadaan...
susah senang, suka duka..
Semoga kita bisa saling mencintai dikala dekat.....
Saling menjaga kehormatan dikala jauh.....
Saling menghibur dikala duka.....
Saling mengingatkan dikala suka....
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan......
Dan saling menyempurnakan dalam beribadah kepada Allah SWT
Semoga Allah swt senantiasa memberikan barakah-Nya dalam pernikahan kita, mengumpulkan kita dalam kebaikan, dan memisahkan kita dalam kebaikan.
Semoga kekal hingga ke Jannah..
Sayang abang illah hi taala...

Amiin..
Semoga hingga ke Jannah
Ummimdaza
24hb Ogos 2014
6.58 am

Wednesday 20 August 2014

Puisi rindu...

Aduhai bidadari bidadari syurga..
Cepat sungguh masa berlalu..
Hari berganti minggu...
Minggu bertukar bulan
Dan tahun pula mengambil alih..

Putra putra tersayang..
Semakin jauh jarak antara kita..
Semakin hampir kami rasakan..
Semakin melekat dihati dan jiwa..
Dan semakin hari kami menjadi semakin kuat dan tabah

Anak anak tercinta..
Bila kami menjadi kuat dan tabah..
Semakin kuat rasa rindu itu datang bertamu..
Semakin kerap bayangan bermain main di ruang mata..
Semakin acap kata kata sayang terdengar dengar dicuping telinga..

Allahurabbi..
Betapa indahnya rindu itu..
Betapa manis kenangan yg datang bertamu..
Betapa merdunya suara yg menjadi santapan telinga..
Semuanya indah belaka...


Saturday 26 July 2014

Kenangan Suka dan duka ~ Ramadhan 2014

Hanya tinggal 2 hari saje lagi umat Islam di seluruhan bakal menyambut hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidil Fitri, samada suka atau tidak hari kemenangan itu mesti disambut jua.

Tahun ketiga Ramadhan tanpa anak anak tersayang dan tahun kedua tanpa ayahanda tercinta..sudah pasti sedikit sebanyak memori bersama mereka sentiasa bermain main di kamus kehidupan seharian..

Awal Rmadhan berbuka puasa beramai ramai di rumah bonda..hingar bingar dek suara dan keletah anak anak buah, namun jauh di sudut hati gelagat  kedua putra putra tidak dapat dilupakan..terkadang bagai ternampak kelibat mereka diantara anak anak buah, sama sama berebut makanan dan sama sama mengaminkan bacaan doa, ternampak nampak kelibat abah duduk dikerusi menunggu waktu untuk berbuka...indahnya kenangan itu..kenangan yang kini telahpun menjadi sejarah.

Ramadhan yang ketiga:-
Masih bebuka puasa di rumah bonda...menamani bonda, sebenarnya sudah menjadi rutin setiap kali bulan ramadhan untuk menemani bonda semenjak arwah abah masih ada lagi.
Dikunjungi oleh abang di dalam mimpi..segak bergaya berbaju melayu berwarna pink, menemani ummi dipembaringaan, tidur beralaskan lengan ummi dan tiba tiba abang menghulurkan sekeping nota yang berbunyi "ummi jangan tidur lagi samapilah abang pergi" lantas terkejut dari mimpi...terpinga pinga mencari tau apa maksub mimpi itu..
Ahh...Tapi mimpi cuma mainan tidur.

Rutin Harian
Walaupun amat terbatas, namun rutian harian teteap kami teruskan jua.. Pusara bernisan biru kami kunjungi setiap petang....cuma kami tidak boleh terlalu berlama di sini..takut tidak sempat untuk menyediakan juadah untuk berbuka.

Malan Nasfu Syabaan
Wajah dirindui datang menjengah...Abah .. Ya Allah rindunya pada abah,.rindu sungguh sungguh...Abah berbaju melayu putih, berkain pelikat dan bersongkok..senyuman abah dan menampakkan sedikit giginya..abah menghulurkan tangan dan dengan pantas tangan nya disambut dan dicium, abah mengasok gosokkan bepala lalu mencium ubun ubun


24 Ramadhan
Abang sekali lagi bertamu di dalam mimpi...masih jua datang bersendirian tanpa membawa adik bersama, memakai baju kegemarannya, baju terakhir tersari=ung kebadannya. Manis sekali senyuman yang dihadiah untu ummi. Jari jemari yang montot memengan erat tangan ummi..lantas pelukkan kerinduan diberikan ..kemas sungguh pelukan itu seperti tidak mau dilepasakan, begitu jua ummi membalas pelukan abang ketat ketat....ummi cium ubun ubun abang, abang mendongak tersenyum dan mencium keselurahan muka ummi.
Abang melepaskan pelukan dan dengan berat hati jua ummi merelakkannya...
Abang berlalu pergi sembil melambai lambaikan tangan isyarat bahawa dia sudah mau pergi. Alangkah indahnya saat itu...walau sekadar dalam mimpi..dan tidak mungkin ianya menjadi kenyataan. Terimasih Ya Allah pertemukan ummi dengan insan insan yang dirindui....walau sekadar dalam mimpi cuma..


26 Ramadhan
Entah mengapa suasana menjadi begitu hening..tiada kata bual jauh sekali senda gurau disepanjang perjalanan ke tempat kerja..Dan tiba tiba ummi terpandang ada air jernih yang mengali ke pipi abah..lama kelamaan terdengar esakkan kecil...ummi faham dan amat mengerti sekali apa yang sedang bermain di fikiran abah. Airmata kerinduan..airmata yang cuba disembunyikan...airmata yang cuba dipertahankan..akhirnya gugur jua diakhir Ramadhan...Airmata seorang abah...


27 Ramadhan Jumaat
Menerima perkhabaran sedih..
Anak saudara suami meninggal. Nora Sabri..dipanggil pulang oleh penciptanya setelah hampir 3 bulan bertarung melawan sakitnya..Lukimia.Ibu muda yang berusia 37 tahun meninggalkan 5 orang cahaya mata. Tidak dapat digambarkan bagaiman perasaan anak anak yang ditinggalkan ini disaat Syawal yang bakal tiba.

Ya Allah Ya Tuhanku
Kau kurnia kan keluarga ini ketabahab dan kesabaran
Limparkanlah Rahmatmu ke atas mereka
Jadikanlah anak anak yang tinggalkan ini anak yang soleh dan solehan
Bekalan mereka dengan keimanan...
Suntikanlah mereka dengan keperibadian yang mulia..
Amin ...

Salam Syawal
UmmiMdaza
27hn Julai 2014




Monday 21 July 2014

Tahun ketiga Syawal Tanpa Mereka


Syawal sudah hampir tiba
Hati sudah menjadi hiba
Dada sebak terhingga
Rindu pada yang sudah tiada

Jelas terbayang diruang mata
Terngiang ngiang kedengaran ditelinga
Suara manja meminta minta
Bila hajat tercapai gembira sungguh tidak terhingga

Berbaju Melayu segak bergaya
Pakai apapun mesti serupa
Berjalan bergading di hari raya
Riuh mulut suka bercerita, sopan pula tika menyapa

Masih terasa salam disambut
Masih terasa kucupan diberi
Memohon maaf dengan lembut
Hati berbunga tidak terperi

Tapi itu  kenangan yang lalu
Kenangan lalu yang paling indah
Bila dikenang hati menjadi pilu
Biar ianya menjadi satu sejarah

Tahun ketiga menyambut Syawal tanpa mereka
Namum rasa rindu tetap sama tidak pernah tercalar
Rasa rindu itu juga tidak membuat kami leka
Malah membuat kami lebih tabah dan lebih bersabar

Semoga berbahagia di "alam sana"
Bergembiralah sayang di Taman syurga
Insyallah jua kami akan ke sana
Berkumpul semula satu keluarga




Salam rindu yang amat sangat
Ummimdaza
21/7/2014 ..10.05pm






















Thursday 3 July 2014

Anugerah Terindah Kami...

28hb Jun 2014 hari terakhir dibulan Syaaban. Pada tarikh ini 7 tahun yang lalu anugerah terindah Muhammad Dzuhil Ashroqi selamat dilahirkan, menyeri keluarga kami, penawar duka kami, kasih kami curahkan tidak terkira. Terima kasih tidak terhingga di atas pinjaman ini walaupun cuma 4 tahun 10 bulan 3 hari. Dan kini anugerah terindah sedang berbahagia dan bergembira di "Taman Syurga Allah". Terimakasih sekali lagi kerana menjadikan putra putra  kami sebagai bidadari syurga yang bakal menanti kami di "alam sana" kelak.
Pusara Bernisan Biru kami kunjungi lagi..
Walaupun amat payah dan sedaya mungkin airmata cuba ditahan, rasa sebak cuba kami singkirkan namum kami gagal... dengan kalimah Bissmillah kami mula dan diiringi kiriman Al fatihah dan dalam sendu kami ucapankan:-


~SELAMAT HARI LAHIR MUHAMMAD DZUHIL ASHROQI...
~SELAMAT HARI JADI PUTRA UMMI DAN ABAH...
~SELAMAT ULANG TAHUN BIDADARI SYURGA...
~BERBAHAGIA DAN BERGEMBIRALAH DI TAMAN SYURGA ALLAH..
~TIDAK PERNAH SEDIKITPUN HILANG DIINGATAN..
~BERGUGURANNYA AIR MATA DEK KERANA RINDU..JAUH SEKALI TIDAK              
   MEREDHAI..
~KERINDUAN KAMI AMAT SUKAR UNTUK DIRUNGKAIKAN...

YA Allah .. Kau sampaikan salam kerinduan kami buat kedua dua bidadari syurga kami...
Ramadhan ke 3 tanpa mereka dan begitu juga dengan ramadhan yang mendatang...


ALFATIHAH SAYANG....

. بِسْÙ…ِ ٱللَّÙ‡ِ ٱلرَّØ­ْÙ…َـنِ ٱلرَّØ­ِيم
ٱلْØ­َÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ رَبِّ ٱلْعَـلَÙ…ِين۞ ٱلرَّØ­ْÙ…َـنِ ٱلرَّØ­ِيم۞
Ù…َـلِÙƒِ ÙŠَÙˆْÙ…ِ ٱلدِّين۞Ø¥ِÙŠَّاكَ Ù†َعْبُدُ ÙˆَØ¥ِÙŠَّاكَ Ù†َسْتَعِينُ۞ ٱهْدِÙ†َا ٱلصِّرَØ·َ ٱلْÙ…ُسْتَÙ‚ِيمَ۞صِرَØ·َ ٱلَّØ°ِينَ Ø£َÙ†ْعَÙ…ْتَ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ۞ غَÙŠْرِ ٱلْÙ…َغْضُوبِ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ Ùˆَلاَ ٱلضَّاۤÙ„ِّينَ۞




 Kerinduan yang amat sangat...

Ummimdaza 

28hb Jun 2014






Monday 16 June 2014

DISEBABKAN RINDU...AIRMATA MENJADI BEGITU MURAH

Airmatanya menjadi begitu murah...cepat sungguh jatuh ke pipi..setiap kali bicara mengenai anak anak ...
Kalau dulu abah selalu berpesan pada ummi..kita kena kuat, jangan mudah menangis..mereka tak suka bila kita menangis...kita mesti kuat...
Setiap pagi selepas solat subuh di surau abah seperti biasa akan menonton tv INDAHNYA IMAN.. turut berzikir mengikut rentak alunan si penzikir..tapi sejak kebelakangan ini zikir zikir abah  disulami dengan esakan esakan kecil... berair mata abah, merah hidung menahan sebak..tapi berzikir diteruskan jua...
Dan setiap kali "Pusara Bernisan Biru " kami kunjungi...doa yang abah diutuskan juga disulami dengan sendu...
Bila kaki mahu melangkah pulang abah mesti berkata perlahan ....
"Abah balik dulu ya sayang...esok datang lagi...pusara pusara hero hero abah dah bersih...tunggu abah ngan ummi ya...." sayu bunyinya..
Ummi hanya memerhati setiap perbuatan abah..




Satu hari semasa dalam perjalanan pulang dari kerja sedang ummi dan angah bersembang tiba tiba abah menghempas hempaskan streng kereta sambil melepaskan tangisan hiba..terdiam sejenak ummi dan angah...dan kami membiarkan saje abah melepaskan esakkannya...kesiannya abah...rindu yang teramat sangat....

Jumaat 13 June 2014 seperti biasa kami ke pusara bidadari bidadari kami...secara kebentulan bertemu 2 beradik datang menziarahi pusara bonda mereka..si kakak berusia awal 20an, manakali si adik lelaki berusia 12 tahun. Tanpa disangka sangka siadik merupakan teman baik arwah abang semasa bersekolah maupun sekolah fardu ain. Bila saje diberitahu dan ditunjukkan pusara abang dengan pantas dia berlari ke arah pusara dan terbongkok bongkok dia membaca nama yang tertera dibatu nisan...batu nisan diusap usapnya...dengan tertib dia duduk disisi pusara abang lantas dikirimkan alfatihah dan kedua belah diangkat doa turut diutuskan. Abah yang kebetulan berada di situ tidak dapat menahan sebaknya...lantas dialih pandangannya...
Ummi yang memerhati perlakuannya turut sama mengalir airmata..

Ya Allah Kau berikan jua kekuatan pada anak ini...dia baru sahaje kehilangan bonda yang tersayang..pasti saat ini dia juga sedang merindui belaian, pelukkan dan ciuman dari seorang ibu...

Kejadian 16hb Syabaan petang Jumaat itu amat menyentuh hati ummi dan abah...
Sepanjang perjalnan pulang tidak banyak kata kata yang keluar dari mulut abah..hanya kedengaran keluhan kecil...

YA ALLAH YA TUHAN KAMI BANTULAH KAMI....KURNIAKAN KAMI HATI YANG TABAH DAN CEKAL UNTUK MENGHADAPI UJIAN DARI MU,,,AMIIN..


Salam rindu..
Ummimdaza 16/6/2014...12.50pm







Friday 6 June 2014

RINDU ITU LUMRAH....

Rindu...

Rindu itu lumrah...
Rindu itu indah..
Rindu itu nikmat..
Rindu itu rahmat..
Rindu itu milik semua orang..

Salahkah bila merindui...????
Salahkah bila terkenang..???
Salahkah menangis takkala rindu datang menyapa???
Salahkan meluahkan takkala kenangan itu datang bertandang.???

Bukan senang untuk meredhai
Bukan mudah untuk pasrah
Hati perlu kuat...
Jiwa perlu cekal...
Semangat perlu kental...

Meredhai bukan bermakna tidak boleh mengenang...
Meredhai bukan bermakna tidak boleh merindui...
Menangis bukan bermakna tidak meredhai..
Meluahkan jua bukan bermakna tidak meredhai...

Kenapa selalu saje disalahertikan...????
Siapalah kita untuk tidak meredhai...
Ketentuan ILLAHI...????
Kerana kententuan ILLAHI
Adalah yang terbaik...
Adalah yang terindah...

Syukur di atas nikmat rindu yang dikurniakan...
Syukur di atas kiriman hadiah yang berupa ujian..


Rindu tiada penghujungnya...
Ummimdaza...6hb Jun 2014 (8.26pm)

..









Sunday 18 May 2014

Tunggu Ummi ya sayang...

Sudah 2 hari ummi tidak ke taman syurga anak anak. Hujan lebat beserta ribut membataskan ummi untuk ke sana..hemmm..tiada kata kata yang boleh diucapkan...betapa rindunya hati ini. Dan 2 hari juga ummi menghabiskan masa membelek belek album gambar gambar bidadari syurga, menyusun atur semula alat alatan sekolah, barang barang permainan.
Hari ini abah mengambil kesempatan membersihkan akuarium tempat dimana kura kura abang bermain...sudah makin membesar kura kura itu...abah menamakan dia dengan panggilan "abang"..dan setiap kali nama itu dipanggil maka dia akan berenang renang riang.... sayang sekali tuan punya kura kura sudah tiada...
Tiba tiba ummi terasa rindu untuk memanggil nama kamu berdua..dengan nada perlahan ummi memanggil..walaupun ummi tahu panggilan tidak disahut..ada sedikit kepuasan....
Pada sebelah petang abah keseorangan ke taman syurga kamu..kata abah pusara kamu bersih sekali..tidak banyak daun kering yang berguguran..cuma beberapa kuntum bunga kemboja bertenggek di kepok pusara bidadari bidadari syurga ini..
Insyallah esok ummi akan je sana ya sayang..
Datang bersama seberkas rindu..
Mengheret sayang yang tiada penghujungnya..


Tunggu ummi ..anak anakku...
UMMIMDAZA 18hb Mei 2914...8.45pm

Monday 28 April 2014

Hadirlah Bertamu Didalam Mimpinya Agar Terubat Ridu Yang DTanggung

Duhai sijantung hati....

Dalam kenangan pada 28hb April 2012, gambar ini diambil ketika membawa arwah ke KMC dan bermula dari tarikh ini perginya adik tidak kembali lagi ke pangkuan kami, ke rumah dimana tempat dia dibesarkan dan bermain. Kini adik amat berbahagia dibawah jaga Nabi Ibrahim As, bermain main bersama abang dan yang amat dirinduinya dan jua dengan bidadari syurga yang lain di TAMAN SYURGA ALLAH. Bermainlah anak anakku sayang, berbahagia kamu disana... insyallah suatu hari nanti ummi dan abah ke sana jua untuk bersama sama dengan kamu berdua.. bukan mudah untuk ummi dan abah ke sana...kami mesti membawa "bekalan " yang secukup ..... 

 
Anak anak tersayang...
Sejak kebelakangan ini kesihatan abah tidak befu baik...deman yang tidak mahu kebah, selsema  datang dan pergi tidak mengira waktu dan sesekali disulami dengan batuk. Kesian ummi dan angah melihat keadaan abah, tapi memang seorang abah yang kuat dan tabah seperti mana abang dan dan adik selalu katakan “abah memang hebat, abah memang power..bila besar nanti kita orang nak jadi macam abah”. Walaupun dalam keadaan demam abah tetap mahu jua ke pusara kalian berdua, malah semasa abah diberikan cuti sakit selam 3 hari, abah hanya menghabuskan masanya di pusara kalian, abah lebih senang berada disamping pusara kalian daripada berehat di rumah...

Abang dan adik yang dirindui....
Abah tidak pernah meluah rasa hatinya pada ummi maupun angah...tapi jauh disudut hati ini ummi tau abah terlalu merindui hero heronya.. potret potret abang dan adik selalu direnongkannya...tersenyum..seolah olah abang dan adik berada disisinya...dan kadang mengeleng gelengkan kepalanya dan dikala itu akan terlihat ada air jernih sudah mulai bertakung dikelopak mata nya...


Aduhai bidadari bidadari syurga...
Hadirlah dalam mimpi mimpi abah, sesungguh itulah yang abah selalu harapkan, bertamulah wahai bidadari bidadari tersayang biar terubat rindu abah yang kian sarat, pada Mu Ya Allah makbulkan permintaan abah kedua bidadari bidadari syurga ini...Ya Rahman berikan kekuatan dan semangat  buat abah... kerana dia merupakan tulang belakang buat ummi dan angah,,,,Abah sekarang ini hanya menghitung hari...menunggu tarikh keramat itu...



Dalam kesendirian dan raga yang terdiam
Entah kenapa hatiku tiba-tiba gundah
Dan jiwaku seakan bergoncang keras

Aku ingin berteriak keras
Melepaskan kegundahan ini
Dan hati yang terbelenggu
Aku ingin berlari menghampirimu
Memelukmu erat dan biarkan butir mutiara menetes disudut matamu basahi dadaku
Tapi aku hanya bisa terdiam dan berdiri disudut ruangan ini
Masih dikelilingi oleh bayangmu
Aku hanya bisa membentangkan sajadah
Mencoba berkomunikasi dengan Sang Pencipta
Bersimpuh dan larut dalam doaku untukmu

Selamat bidadari bidadari ummi dan abah..
Tidurlah bidadari bidadari syurga kami
Agar pelangi seindah senyuman  tetap lingkari hari-hari kalian
Dan kami bisa ikut tersenyum rasakan kebahagian ....


Ummimdaza
28hb April 2014-04-29 11.50pm


Saturday 19 April 2014

HARI JADI EMAK YG KE 69 TAHUN

17hb April 2014 kami menyambut ulang tahun emak yang 69 tahun. Tiada majlis yang besar untuk emak, kami hanya membeli kek buat kejutan untk emak, dan kebetulan pada hari itu emak menyediakan laksa pahang kegemaran kami adik beradik. Ini tahun kedua emak menyambut hari jadi tanpa abah disisi. Jangan bimbang emak ...kami adik beradik, anak anak emak dan cucu cucu emak ini akan sentiasa berada disisi emak

Sempena ulang tahun emak kami adik beradik ingin mengambil kesemptan di sini mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR EMAK, semoga emak dipanjangkan umur,diberikan kesihatan  badan yang baik,diberikan ketenangan dan kelapangan jiwa. Dan semoga dibawah jagaan ALLAH SWT.

Tiada hadiah yang istimewa untuk kami persembahankan buat emak, selain dari doa yang tulus iklas dari hati kami, dan jua kasih sayang yang tidak berbelah bagi buat emak...Sesungguhnya emak tidak terbalas walaupun dengan berjuta wang ringgit ataupun timbunan harta
TERIMA KASIH EMAK DI ATAS SEGALA GALA NYA


Anakmu Ummimdaza
17/4/2014  11.05pn







Tuesday 1 April 2014

Kunjungan Kasihsayang ~Pusara Bernisan Biru

28hb March 2014 (Jumaat)

Assalamualaikum...
Buat ayahanda tercinta..
Putra putra ummi tersayang lagi dirindui..
Dan juga buat penghuni penghuni kubur yang dikasihi
Di petang Jumaat yang mulia lagi barakah ini..kami ke sini lagi
Mengutus alfatihah, menitipkan doa keriduan agar di sampaikan..
Spaerti biasa pusara bernisan biru dan persekitaran kami cuci sebaik baik mungkin
Hari ini kami akan berangkat ke luar daerah selama 2 hari..
Dan selama 2 hari juga kami yakin pusara bernisan tidak akan ada sesiapa yang mengunjunginya...

31hb Mac 2014 (Isnin)

Petang selepas waktu pejabat..
Kami kembali ke rutin harian kami..
Pusara bernisan biru kami kunjungi setelah 2 hari kami tinggalkan
Sebaik melangkah masuk ke kawasan perkuburan..
Mata kami terpaku dan agak terkejut...
Amat bersih dan seperti dijaga rapi..
Keadaan sama seperti kami tinggalkan 2 hari yang lalu..
Terimasih tidak terhingga kami ucapkan kepada hamba Allah yang sudi membershkannya...

1hb Aprl 2014 (Selasa)

Pusara bernisan biru kami kunjungi lagi...
Keadaan masih lagi sama seperti semalam..
Hanya sehelai dua daun kering yang berguguran..
Tanahnya jua masih lembap...
Udaranya masih jua nyaman..
Kicauan burung amat merdu menyanyi nyani..

Cuma pada hari ini disini ada penghuni baru yang akan di semadikan...
Hati menjadi sayu...dan tertanya tanya...
Bilakah pula giliran kami untuk menjadi penghuni disni???
Alfatihah kami hadiahkan buat penghuni yang baru itu..
Semoga rohnya di tempatkan bersama sama orang orang yang beriman..
Amiin Ya Robbalalmin...




UmmiMdaza
1hb April 2014...10.11pm








Saturday 15 March 2014

Majlis Tahlil Dan Doa Selamat Harijadi Ain...15/3/2014

Ahamdulillah selesai sudah majlis tahlil arwah buat insan insan yang kami sayangi..dan doa selamat buat hari kelahiran Nurul Ain Aqilah...anak saudaraku, cucu kesayangan arwah abah, kerana sedari kecil lagi Ain dibesar didepan mata abah dan emak, teman sepermainan arwah Abqari, teman bergaduh dan teman menonton, yang paling istimewanya Ain adalah adik beradik susuan arwah Ashroqi...
Majlis tahlil ini teralalu ringkas...tiada jiran teteangga yang kami undang, tiada sahabat handai yang kami jemput...secukup sekadar kami anak beranak, itupun tidak semua yang ada...
Kami solat maghrib berjemaah seramai 14 orang di mana Ahmad Nashoa menjadi imamnya, selepas solat tahlilpun dimulakan..sayu hati, sebakpun terasa..dan kemudiannya diikuti solat isyak...selesai majlis tahlil..
Kami mula berkumpul kembali untuk meraikan majlis hari jadi Ain...dan dimajlis ini adalah beberapa orang kenalan Kak Chik (mama Ain dan adik aku)datang  bagi memeriah majlis Ain..seronok melihat telatah kanak kanak... hati sedikit terusik...airmata mulai tergenang...tapi aku berjaya mengawal emosi, aku tidak mahu merosakkan majlis hari jadi Ain..
Dan pada pagi ini aku akan membawa emak ke pusara..bagi menyirami air tahlil...dah lama emak tidak ke pusara..dan sudah lama juga ingin perbuatan demikian..tapi disebabkan keadaan emak yang tidak mengizin semuanya terhalang...
Semoaga kami diberikan kesempatan untuk majlis seperti ini di masa akan datang bersama kesmua ahli keluarga yang lain Insyaallh



Salam Sayang..
UmmiMdaza 16/3/2014...7.59

Sunday 9 March 2014

KAMI TIDAK PERNAH JEMU UNTUK KE SINI....

~PUSARA BERNISAN BIRU~

Tidak pernah ada rasa letih
Tidak pernah ada erti tdk cukup waktu
Jauh sekali rasa jemu...
Kami tetap akan ke sini dengan izin Nya..
Datang bersama gedongan rasa rindu
Datang bersama seberkas rasa sayang
Datang bersama sejambak bunga cinta
Al fatihah kami kami titipkan..
Surah yasin kami alunkan..
Doa penuh kerinduan kami pohon agar disampaikan
Taburan bunga kami semarakan..
Kami tahu semerbaknya taburan bunga yang kami hadiahkan tidak menandingan haruman bau syurga tempat kalian diami..
Ya Allah Sampai Salam Rindu Kami Buat Insan Kami Sayang Lagi Dirindui..
Suatu hari nanti di sini jua tempat kami..

Itu sudah pasti




Tidak pernah jemu...
Ummimdaza 9/3/2014..6,20 pm