Tahun ketiga Ramadhan tanpa anak anak tersayang dan tahun kedua tanpa ayahanda tercinta..sudah pasti sedikit sebanyak memori bersama mereka sentiasa bermain main di kamus kehidupan seharian..
Awal Rmadhan berbuka puasa beramai ramai di rumah bonda..hingar bingar dek suara dan keletah anak anak buah, namun jauh di sudut hati gelagat kedua putra putra tidak dapat dilupakan..terkadang bagai ternampak kelibat mereka diantara anak anak buah, sama sama berebut makanan dan sama sama mengaminkan bacaan doa, ternampak nampak kelibat abah duduk dikerusi menunggu waktu untuk berbuka...indahnya kenangan itu..kenangan yang kini telahpun menjadi sejarah.
Ramadhan yang ketiga:-
Masih bebuka puasa di rumah bonda...menamani bonda, sebenarnya sudah menjadi rutin setiap kali bulan ramadhan untuk menemani bonda semenjak arwah abah masih ada lagi.
Dikunjungi oleh abang di dalam mimpi..segak bergaya berbaju melayu berwarna pink, menemani ummi dipembaringaan, tidur beralaskan lengan ummi dan tiba tiba abang menghulurkan sekeping nota yang berbunyi "ummi jangan tidur lagi samapilah abang pergi" lantas terkejut dari mimpi...terpinga pinga mencari tau apa maksub mimpi itu..
Ahh...Tapi mimpi cuma mainan tidur.
Rutin Harian
Walaupun amat terbatas, namun rutian harian teteap kami teruskan jua.. Pusara bernisan biru kami kunjungi setiap petang....cuma kami tidak boleh terlalu berlama di sini..takut tidak sempat untuk menyediakan juadah untuk berbuka.
Malan Nasfu Syabaan
Wajah dirindui datang menjengah...Abah .. Ya Allah rindunya pada abah,.rindu sungguh sungguh...Abah berbaju melayu putih, berkain pelikat dan bersongkok..senyuman abah dan menampakkan sedikit giginya..abah menghulurkan tangan dan dengan pantas tangan nya disambut dan dicium, abah mengasok gosokkan bepala lalu mencium ubun ubun
24 Ramadhan
Abang sekali lagi bertamu di dalam mimpi...masih jua datang bersendirian tanpa membawa adik bersama, memakai baju kegemarannya, baju terakhir tersari=ung kebadannya. Manis sekali senyuman yang dihadiah untu ummi. Jari jemari yang montot memengan erat tangan ummi..lantas pelukkan kerinduan diberikan ..kemas sungguh pelukan itu seperti tidak mau dilepasakan, begitu jua ummi membalas pelukan abang ketat ketat....ummi cium ubun ubun abang, abang mendongak tersenyum dan mencium keselurahan muka ummi.
Abang melepaskan pelukan dan dengan berat hati jua ummi merelakkannya...
Abang berlalu pergi sembil melambai lambaikan tangan isyarat bahawa dia sudah mau pergi. Alangkah indahnya saat itu...walau sekadar dalam mimpi..dan tidak mungkin ianya menjadi kenyataan. Terimasih Ya Allah pertemukan ummi dengan insan insan yang dirindui....walau sekadar dalam mimpi cuma..
26 Ramadhan
Entah mengapa suasana menjadi begitu hening..tiada kata bual jauh sekali senda gurau disepanjang perjalanan ke tempat kerja..Dan tiba tiba ummi terpandang ada air jernih yang mengali ke pipi abah..lama kelamaan terdengar esakkan kecil...ummi faham dan amat mengerti sekali apa yang sedang bermain di fikiran abah. Airmata kerinduan..airmata yang cuba disembunyikan...airmata yang cuba dipertahankan..akhirnya gugur jua diakhir Ramadhan...Airmata seorang abah...
27 Ramadhan Jumaat
Menerima perkhabaran sedih..
Anak saudara suami meninggal. Nora Sabri..dipanggil pulang oleh penciptanya setelah hampir 3 bulan bertarung melawan sakitnya..Lukimia.Ibu muda yang berusia 37 tahun meninggalkan 5 orang cahaya mata. Tidak dapat digambarkan bagaiman perasaan anak anak yang ditinggalkan ini disaat Syawal yang bakal tiba.
Ya Allah Ya Tuhanku
Kau kurnia kan keluarga ini ketabahab dan kesabaran
Limparkanlah Rahmatmu ke atas mereka
Jadikanlah anak anak yang tinggalkan ini anak yang soleh dan solehan
Bekalan mereka dengan keimanan...
Suntikanlah mereka dengan keperibadian yang mulia..
Amin ...
Salam Syawal
UmmiMdaza
27hn Julai 2014
No comments:
Post a Comment