Sunday 28 June 2015

28hb Jun ....tarikh yang terlalu istimewa

28hb Jun 2007
Saat yang mungkin tidak dilupakan..
Kelahiran anak syurga kami..
Dipinjamkan dan diamanahkan hanya seketika
4 tahun 10 bulan dan 2 hari..
Rahmat dari Mu Ya Allah..
Walau seketika cuma..
Tapi nikmat nya..tiada nilainya..
Alfatihah..buat mu sayang semoga.
Berbahagialah di Alam sana..

Syurga adalah tempat buat mu sayang..
SELAMAT ULANGTAHUN BIDADARI SYURGA KU....
Mawar merah berkembang lagi di pagi ulang tahun adik..
MUHAMMAD DZUHIL ASHROQI..
(28hb Jun 2007~1hb Mei 2012)
Hadiah buat ummi dan juga abah..

Sayang selalu
ummimdaza
28hb Jun 2015
10.00am



Saturday 13 June 2015

Selamat Ulang Tahun Ke 21..

12hb Jun 1994 ~ 12 Jun 2015..

Wahai anak ku.. Muhd Dzuhil

Adakah kau tahu isi hati kami
Adakah kau rasa betapa amat mensyukuri..
dengan kehadiran mu
Adakah kau tahu ..tiap detik berlalu..
Terisi detik yang lalu jua detik mendatang..
Ada kalungan doa kami.
Mengalungi melingkari tubuh mu..
Bahawa ingin kan kau damai sejahtera selalu..
Di dalam pelukan masa yang penuh warna keriangan..
Bahawa ingin kan kau tabah dan perkasa..
Membawa belati putih menempuhi cabaran hidup..
Yang akhirnya kau sedar sudah dipuncak jaya..
SELAMAT HARI LAHIR ANAK KU..
MUHAMMAD DZUHIL ASRAF.

Sayang Selalu
Ummimdaza
12hb Jun 2015