Friday 17 August 2012

Kekuatan demi kekuatan kami pohonkan


Rasa begitu malas untuk bersiap atau mengemas segala persiapan raya. Semuanya macam tak menjadi, apa yang yang dipegang semuanya salah. Kalau dulu masa tengah bersiap dan mengemas inilah masa mereka untuk mencuba dan mengayakan baju,seluar dan kasut raya mereka. Di cuba dan di gayakan satu persatu dengan pelbagai aksi....seronoknya melihat gelagat anak-anak tika itu...
Raya yang lepas-lepas 4 biji beg masih belum tentu cukup...kalau boleh masing-masing inginkan beg pakain yang berasingan...semuanya hendak diisi dan di bawak beraya  ke rumah Tok di Tanjong Api ataupun di rumah Wan kat Pahang Tua tapi tidak sekarang....sebiji sudah mencukupi.Angahpun tidak seghairah mana, semuanya lebihkurang belaka...baju yang dibelikan pun tidak dicubanya..dia menjadi begitu sensitive sekali....terasa dengan banyak perkara, terasa dengan cakap-cakap dan tingkahlaku orang-orang sekiling dengan dia..kata angah dia ingin berkongsi rasa dan cerita saje tapi tiada siapa yang memahami dia kecuali abah dan ummi .... sabar lah sayang janganlah bersediha...kita tidak boleh memaksa orang untuk berkongsi rasa itu. Angah kalu boleh ingin beraya di rumah sendiri...dia tidak sanggup menghadapi raya nanti tanpa adik-adiknya...

Kekuatan demi kekuatan kami pohon dari Mu..

Kasih umpama air yg mengalir
"UMMIMDAZA" 18/8/12( 5.28 am)

Thursday 16 August 2012

Meriahkah syawal kali ini??


Hanya tinggal dua hari lagi  Syawal akan menjelang.. syukur Alhamdulillah.... Maha Besar Allah..memakbulkan doa-doa ummi di di penghujung ramadhan ini.Tiga malam berturut-turut ummi bermimpikan adik. Satu kenikmatkan dan keseronokkan  yang tidak terhingga walaupun ianya sekadar dalam mimpi.Malam pertama ummi bermimpi...adik leka bermain kereta mainan seorang diri dengan memakai baju biru dan seluar jeans..takkala adik ternampak ummi dan abah sepantas kilat adik berlari mendapatkan kami..adik naik ke atas riba abah, memeluk ,mengomol dan mencium abah semahu-mahunya begitu juga dengan abah memeluk erat adik mencium dan mengomol sepuas hatinya...terharu sungguh ummi rasakan. Malam kedua adik pulang kerumah dan bermain-main diruang tamu rumah kita, adik memakai baju melayu pink (adik panggil baju surau),ummi menyapa adik tapi Cuma membalasnya dengan senyuman dan memandang ummi dengan tidak berkedip-kedip..dan pada malam ketiga ummi bermimpi adik sakit,lesu sekali keadaan adik tapi dibibir tetap mengukirkan senyuman.
Dan hampir setiap malam ummi menitiskan air mata mengenangkan syawal yang bakal di sambut tanpa putra-putra tersayang. Lagu-lagu raya yang berkumandang tidak sedikitpun menghiburkan malah tambah memilukan hati ini. Ummi tahu putra-putra ummi sedang berbahagia dan gembira yang teramat sangat di alam “sana”...tapi memori-memori indah bersama kalian yang mengundang kerinduan...kerinduan yang kadang kala tidak dapat dikawal oleh perasaan ini....meruntuhkan semangat ini dan jua merobek-robekkan hati ini. Hanya baju-baju yang dipakai di saat terakhir kalian pengubat rindu ini. Bau badan kalian masih berbaki, menjadi teman tidur ummi, bertenggek di lengan ummi, dipeluk dan dikucup setiap masa.
Ya Allah terlalu berat bebanan rindu ini....bukan pada satu orang tapi dua orang...Ya Allah aku pohon pada mu, Engkau kurniakanlah kekuatan pada kami sekeluarga untuk menempuh syawal kali ini dan syawal yang mendatang......



Salam kerinduan
"UMMIMDZA"
17/08/12 (6.41 am)

Sunday 12 August 2012

Terdengar-dengar...ternampak-nampak


Malam ini tiba-tiba sahaje terasa akan kehandiran putra-putra ummi
Terdengar-dengar ketawa yang mengekek-ngekek ketika  bergurau senda
Terdengar-dengar suara-suara riang yang bercerita tika menonton
Ternampak-nampak raut wajah yang begitu berselera tika menikmati juadah
Terngiang-ngiang suara-suara  meminta di buatkan air milo dan meminta sebotol susu sebelum masuk tidur.
Terdengar-dengar suara berbisik-bisik manja ditelinga ini....minta digosok –gosok dan di garu-garu diseluruh badan sebelum mata terpejam lena
Terpandang-pandang susuk  dua batang tubuh wira ummi yang mengeliat enak tika diulik mimpi
Masih hangat terasa ciuman sayang diseluruh muka dan masih tercari-cari kepala yang bertengek di lengan ini dan tangan-tangan kecil lagi halus yang melingkari pinggang ini memeluk dengan penuh kasih
Masih terasa jari-jari kecil memicit dan meramas-ramas kepala ini tika migrain datang bertandang
Dan yang paling jelas terhias di mata ini senyuman yang  manis dari abang dan senyuman manja adik yang menampakkan lesung pipit sebelah pipi kirinya...
Anak-anak ku sayang sehingga saat ini  tidak pernah sekalipun ummi berhenti berdoa kepada Allah semoga dapat dipertemukan dengan kalian berdua dalam mimpi-mimpi ummi....agar dapat terubat jua beban rindu ini...
Dan pada Nya jua ummi sentiasa memanjatkan rasa kesyukuran atas limpah kurnia, rahmat, kekuatan, kesabaran dan ketaqwaan yang diberikan...





Sayang hingga ke akhir nyawa
"UMMIMDAZA"
13/8/2012...6.00 am


Saturday 4 August 2012

Persiapan raya 2011


Kalau orang ramai setiap petang selepas waktu kerja berpusu-pusu untuk ke pasar ramadhan tapi berlain pula kami bertiga rutin kami setiap petang selepas balik kerja tetap sama...ke pusara bernisan biru. Dan hujung minggu kami juga begitu......Tidak seperti tahun sebelum ini...selepas balik dari kerja abah akan menghantar ummi ke rumah tok(kita selalunya berbuka di rumah Tok di Tanjong Api) untuk menyediakan juadah berbuka puasa dan selepas itu bergegas pula balik ke Sg Isap untuk mengambil angah dan abang dan terus singgah ke pasar ramadhan. Walaupun terpaksa berkejar ke sana ke mari setiap hari tapi tidak pernah abah mengeluh kepenatan.
Kalau dulu waktu makan rehat tengahari di bulan puasa ummi akan selalu ke Mega Mall yang kebetulan berhampiran dengan pejabat ummi...tujuannya adalah untuk memilih pakaian raya buat anak- anak dan pada hujung minggu pula sudah pasti ummi mengajak abah dan anak-anak untuk membeli pakain yang telah pun dipilih itu..tapi selalunya abah akan recjet apa yang ummi pilih. Abah cukup cerewet dalam memilih pakaian anak-anak..”kalau boleh biar yang ada brand dan mahal sikit untuk dipakai pada hari raya bukan selalu setahun sekali”..kata abah...tapi kini segala-galanya berubah...tidak pernah sekalipun ummi menjejakkan kaki ke Mega Mall disepanjang Ramadhan ini dan abah ....sampai ke hari ini baik abah maupun angah belum pernah sekalipun mengajak ummi untuk membeli belah menyediakan persiapan hari raya. Angahpun tidak seghairah dulu...tidak menyebut nak beli baju raya yang fesyennya begini...atau nak kasut raya yang tumit tinggi berapa inci..”belilah apapun ummi angah tak kisah..baju yang ibu yang jahit tu pun cukup”...kata angah dengan nada yang agak sedih...kesian angah..pernah angah berbisik pada ummi..”boleh ke kita beraya ummi...?” “Apa tema baju tahun ni ?”....tanya teman-teman ummi...Tema warna tahun ni?...tidah pernah terfikirpun . Pakai apa saje yang ada.
Teringat ummi dengan kata-kata abang masa kita hendak membeli pakaian raya tahun lepas..”Ummi!!!!..boleh tak raya tahun ni abang nak beli baju,seluar dan kasut yang mahal-mahal...kalau boleh abang dah tak pakai sampin macam budak-budak lagi abang nak pakai sampin yang abang boleh gulung sendiri macam abah dan along dan boleh tak ummi atau abah bagi duit raya RM 50.00 untuk abang...dan boleh tak duit raya tahun ini abang tak simpan....abang nak beli kereta remote.”...” Adik pun nak sama macam abang juga” adik mencelah....Ummi dan abah akur dengan permintaan kalian berdua. Boleh dikatakan semuanya sama..pada yang abang beli itu juga yang adik dapat tiada sedikit perbezaan antara kamu berdua.Alhamdulillah semua permitaan abang itu ummi dan abah tunaikan. Rupa-rupanya itulah merupakan raya terakhir buat abang dan adik.
Bunga api dan mercun yang abah beli untuk kalian masih ada lagi dalam simpanan . Baju dan seluar raya kalian masih lagi  nampak baru, sampin dan kasut raya abang sedikitpun tidak terjejas.Kereta remote yang di belikan menggunakan duit raya tersimpan baik dalam almari dan kura-kura yang abang beli di Giant juga menggunakan duit raya sudah semakin membesar...dijaga baik oleh along....Kesemuanya itu akan ummi jadikan kenangan yang paling bermakna dalam hidup kita sekeluarga.

Sayang hingga ke akhir hayat
"UMMIMDAZA" 10.45 am (5/8/2011)

Wednesday 1 August 2012

Abang belajar berpuasa

Teringat ummi hari mula-mula abang belajar untuk berpuasa. Masa tu umur abang baru masuk 6 tahun.Mudah sungguh untuk mengejutkan abang untuk bersahur.dengan sekali kejut saje abang terus bangun, makan dengan banyak sekali,minum air bergelas-gelas kononnya untuk tampongan sepanjang hari berpuasa. Selepas bersahur lagsung tidak tidur...sebaliknya seronok bermain-main dengan saudara sepupu yang kebetulan juga turut menyambut awal puasa di rumah tok. Bila agak keletihan baru abang tidur semula.Abang bangun bila hari sudah tengahari....muka mula moyok..dan mula merengek-rengek.....
“Ummi!!!!!!!!...dahaga...lapar........” rengek abang..”sabar abang...itu bukan abang yang dahaga tapi syaitan” ummi cuba memujuk..”la..ummi kata syaitan dan kena ikat macam mana pulak dia terlepas masuk dalam badan abang?..” balas abang lagi...abang...abang...kadang-kadang pening ummi dibuatnya...dan pernah juga ummi katakan “abang kalau terasa lapar dan dahaga lebik baik berzikir daripada abang merengek dan menangis..” lalu abang mulalah berzikir sekuat –kuat hatinya sampai berbuih-buih mulut dan akhirnya.....”dah lama abang berzikir..tapi tak kenyang juga ....masih dahaga lagi ....macamana ni ummi  tolonglah abang ni...kesianlah kat abang ni.....” rayu abang pada ummi...Yang pastinya tok dan aki sentiasa akan membela abang....”pergilah minum dan makan abang....nanti pengsan pulak....abang kecik lagi....dah sekolah barulah puasa ...” kata tok..tapi abang tak terus mnum atau makan...abang minta kebenaran ummi jugak dulu....kalau ummi kata ok...baru abang minum....untuk abang menghabiskan puasanya banyak benar syarat dan janjinya yang terpaksa ummi dan abah kena kotakan.Begitu juga tiba waktu berbuka..pada awalnya banyak juga permintanannya tapi lama kelamaan cukuplah sekadar nasi ayam atau nasi minyak ayam merah bersama milo ais ...ehmmm....maniskan apabila dikenang..
Dan ummi juga yakin kalau adik masih lagi bersama kami tika ini ...mesti adik juga akan cuba berlajar berpuasa seperti mana abang....... tidak dapat ummi banyakkan bagaimana pula kerenah adik ....adakah sama sperti kerenah abang?...dan yang pastinya orang sentiasa bersabar dan melayan kerenah anak-anak sudah tentulah abah....
Pesanan abah pada ummi “BIARKAN KENANGAN BERSAMA-SAMA ANAK – ANAK KITA MENJADI KENANGAN YANG PALING MANIS DAN BUKAN SESUATU YANG PAHIT UNTUK DIKENANG DAN INGAT MEREKA TIDAK PERNAH AKAN HILANG DIINGATAN KITA”



Kasih umpama yang mengalir
"UMMIMDAZA" 6.27 am(2/8/2012)