Kalau orang
ramai setiap petang selepas waktu kerja berpusu-pusu untuk ke pasar ramadhan
tapi berlain pula kami bertiga rutin kami setiap petang selepas balik kerja
tetap sama...ke pusara bernisan biru. Dan hujung minggu kami juga
begitu......Tidak seperti tahun sebelum ini...selepas balik dari kerja abah
akan menghantar ummi ke rumah tok(kita selalunya berbuka di rumah Tok di
Tanjong Api) untuk menyediakan juadah berbuka puasa dan selepas itu bergegas
pula balik ke Sg Isap untuk mengambil angah dan abang dan terus singgah ke
pasar ramadhan. Walaupun terpaksa berkejar ke sana ke mari setiap hari tapi
tidak pernah abah mengeluh kepenatan.
Kalau dulu
waktu makan rehat tengahari di bulan puasa ummi akan selalu ke Mega Mall yang
kebetulan berhampiran dengan pejabat ummi...tujuannya adalah untuk memilih
pakaian raya buat anak- anak dan pada hujung minggu pula sudah pasti ummi
mengajak abah dan anak-anak untuk membeli pakain yang telah pun dipilih
itu..tapi selalunya abah akan recjet apa yang ummi pilih. Abah cukup cerewet
dalam memilih pakaian anak-anak..”kalau boleh biar yang ada brand dan mahal sikit
untuk dipakai pada hari raya bukan selalu setahun sekali”..kata abah...tapi
kini segala-galanya berubah...tidak pernah sekalipun ummi menjejakkan kaki ke
Mega Mall disepanjang Ramadhan ini dan abah ....sampai ke hari ini baik abah
maupun angah belum pernah sekalipun mengajak ummi untuk membeli belah
menyediakan persiapan hari raya. Angahpun tidak seghairah dulu...tidak menyebut
nak beli baju raya yang fesyennya begini...atau nak kasut raya yang tumit tinggi
berapa inci..”belilah apapun ummi angah tak kisah..baju yang ibu yang jahit tu
pun cukup”...kata angah dengan nada yang agak sedih...kesian angah..pernah
angah berbisik pada ummi..”boleh ke kita beraya ummi...?” “Apa tema baju tahun
ni ?”....tanya teman-teman ummi...Tema warna tahun ni?...tidah pernah
terfikirpun . Pakai apa saje yang ada.
Teringat ummi
dengan kata-kata abang masa kita hendak membeli pakaian raya tahun
lepas..”Ummi!!!!..boleh tak raya tahun ni abang nak beli baju,seluar dan kasut
yang mahal-mahal...kalau boleh abang dah tak pakai sampin macam budak-budak
lagi abang nak pakai sampin yang abang boleh gulung sendiri macam abah dan
along dan boleh tak ummi atau abah bagi duit raya RM 50.00 untuk abang...dan
boleh tak duit raya tahun ini abang tak simpan....abang nak beli kereta
remote.”...” Adik pun nak sama macam abang juga” adik mencelah....Ummi dan abah
akur dengan permintaan kalian berdua. Boleh dikatakan semuanya sama..pada yang
abang beli itu juga yang adik dapat tiada sedikit perbezaan antara kamu berdua.Alhamdulillah
semua permitaan abang itu ummi dan abah tunaikan. Rupa-rupanya itulah merupakan
raya terakhir buat abang dan adik.
Bunga api dan
mercun yang abah beli untuk kalian masih ada lagi dalam simpanan . Baju dan
seluar raya kalian masih lagi nampak baru, sampin dan kasut raya abang sedikitpun tidak terjejas.Kereta remote yang di
belikan menggunakan duit raya tersimpan baik dalam almari dan kura-kura yang
abang beli di Giant juga menggunakan duit raya sudah semakin
membesar...dijaga baik oleh along....Kesemuanya itu akan ummi jadikan kenangan yang
paling bermakna dalam hidup kita sekeluarga.
Sayang hingga ke akhir hayat
"UMMIMDAZA" 10.45 am (5/8/2011)
No comments:
Post a Comment