Monday 13 January 2014

HEBAT SUNGGUH PERANCANGAN ALLAH...SETIA HINGGA KE HUJUNG NYAWA

Subuh Jumaat pertama 2014 bersamaan 3 Januari warga Taman Murni di kejutkan dengan berita kematian saudara Zainal Bani , lebih mesra dipanggil denga panggilan  Pak Andak. Menurut isteri arwah yang juga kami panggil Mak Andak, dia mengejutkan suami untuk bagi menunaikan solat subuh dan kebetulan pada pagi itu juga arwah diarahkan bertugas di Kuala Lumpur. Kejutan hanya disahut dengan satu keluhan kecil sebelum mata arwah terpejam buat selama lamanya…….dicuba berkali kali mengejutkan suami tercinta  namum keadaan Pak Andak tetap begitu….pada anaksaudara dan jiran diminta datang ke rumahnya untuk melihat keadaan Pak Andak, tapi Allah lebbih menyayangi beliau…..pihak hospital dipanggil untuk mengesahkan kematian almarhum.
Tiada sepatah yang terkeluar dari mulut aku, takkala suami ku yang baru pulang dari solat subuh menyampaikan berita sedih ini. Aku hanya hanya memikir nasib Mak Andak selepas ini. Pasang ini telahpun mendirikan rumahtangga lebih daripada 25 tahun dan disepanjang perkahwinan ini, mereka masih belum dikurniakan cahayamata…mungkin bukan rezeki mereka. Tapi bukan itu yang menjadi kerisauan ku dan jiran jiran yang lain …tetapi keadaan kesihatan Mak Andak….Mak Andak bukan sesihat orang lain, sebelah tubuh tidak mempunyai kekuatan lagi sesejak lebih daripada 10 tahun yang lalu…stroke….Rutin dan aktiviti harian disandarkan pada suami tercintanya. Dan suami yang peyayang ini tidak pernah jemu melayani apa jua permintaan isterinya, sebelum keluar bekerja pasti setiap keperluan akan disedia sebaik mungkin…..
Tanpa membuang masa aku dan Kak Nor bergegas ke rumah pasangan ini,rasa lambat kaki melangkah …. Sudah ramai jirantetangga dan saudara mara memenuhi setiap ruang rumah pasangan ini….Mak Andak kami dapatkan …tiada sebarang perkataan yang aku dan jiran ucapankan…deraian airmata saje yang dapat kami luahkan…Mak Andak nampak begitu tenang…namum aku tahu apa yang bersarang difikirannya….kerana aku pernah berada di tempat nya….sebaik pelukkan aku lepaskan Mak Andak bersuara lesu…”kita sama sama kehilangan…tapi Mak Andak lagi kesian kat awak …kesian sungguh pada awak…” aku sendiri tidak tahu kenapa kata kata itu Mak Andak tujukan pada ku…..sedangkan dia baru kehilangan orang yang amat disayangi….
Jenazah Pak Andak dimandi, dikapankan dan disembahyangkan di Masjid Perkampungan Sungai Isap Damai…sahabat handai, jiran tetangga dan saudara mara ramai yang datang menziarahi arwah…Suasana pilu menyelubungi pagi pagi Jumaat yang mulai ini. Tiada sebarang keluhan dan rintihan yang kedengaran dari mulut Mak Andak…. pada saudara mara dan teman teman yang datang menziarahi tidak berhenti mak Andak menceritakan….” Senang sangat dia pergi…dia tak menyusahkan saya langsung….” Kami yang terdekat dengan Mak Andak pulak yang susah hati dan berbincang sesame ssendiri..”siapalah yang akan jaga Mak Andak, siaplah yang teman kan dia, kalaulah dia sihat macam kita taka palah jugak dan bermacam macam andaian yang kami bincangkan.
Semuanya sudah siap sekitar jam 12.00 tengahari, namun keluarag arwah dari Negeri Sembilan belum tiba lagi, mungkin hari hujan membuat mereka kelewatan..Keputusan telah dibuat bahawa selepas Jumaat baru perkebumian akan dilakukan. Sekitar jam 2.30 kami semua mengiringi jenazah ke Tanak Perkuburan Bukit Ubi…dan sekali lagi kami dihimpit rasa sebak dan pilu…hanya airmata sahaje menceritakan segala galanya…Mak Andak kelihatan begitu tenang duduk setia ditepi pusara Mak Andak..dan akhirnya keluar dari mulut Mak Andak….”Abang … saya sudah redha “..begitu ikhlas … perlahan lahan aku dapatkan Mak Andak, aku dakap..aku kucup dan aku bisikan ke telinganya..” Mak Andak!!! Insyallah kami semua akan tetap bersama Mak Andak, kami akan jaga Mak Andak macamana kami jaga emak kami sendiri…” Mak Andak hanya mengangguk lesu..dalam sedu yang masih berbaki dia berkata “malam ni lepas Isyak nak buat tahlil kat rumah, nanti datang ya ajak yang lain-lain…rasanya nak buat tahlil 3 malam berturut hari”…aku hanya mengiakan sahaje kata mak Andak itu.
Seperti yang telah diaturkan selepas magrib aku dan Kak Nor ke rumah Mak Andak, kami di khabarkan bahawa Mak Andak kurang sihat dan telah di bawa klinik yang berdekatan untuk mendapat rawatan. Pada hemah kami mungkin dia  kepenatan yang amat sangat, lagipun sepanjang hari Mak Andak tidak menjamah sebarang makanan. Majlis tahlil dan kenduri arwah tetap jua dijalan sepertimana yang dikehendaki oleh mak Andak. Jam sudah menunjukkan pukul 10.30 namun Mak Andak belum jua pulang, aku minta diri  dulu…
11.00 malam anak jiranku.. Wani berlari cemas ke rumah ku…”Makcik Nani Nenek  dimasukkan ke ICU di KMC…” Ya Allah… aku dan suami menjadi begitu cemas. Suamiku beserta jiran sebelah rumah Cik Din (pengerusi Taman) bergegas ke KMC dan aku sendiri bersiap siap ke rumah Mak Andak untuk bersama yang lain…dan belun sempat kaki ku melangkah keluar, talipon ku berbunyi…”Nani Mak Andak dah tak ada”…sayu kedengaran suara Kak Ton …Lemah segala anggota ku, namum ku kuatkan jua, pada jiran jiran aku sampaikan berita sedih ini dan terus kerumah Mak Andak dimana jiran jiran dah ahli keluarga nya masih lagi berkumpul . Tiada lagi kedengaran suara suara yang bercerita hanya terdengar tangisan dan esakkan….masing masing macam tidak percaya dengan apa yang telah berlaku….Jenazah Mak Andak sampai lebih kurang 1.30 pagi dan dia dibaringkan ditempat yang sama ….Menurut keluarga terdekat arwah diserang stroke buat kali kedua…tekanan darah tinggi naik mendadak..mungkin terlau sedih dan letih…
4hb Januari…sekitar jam 8 pagi, kami sekali ke Masjid Perkampungan Sungai Isap Damai untuk urusan memandi, mengapan dan seterusnya memyembahyangkan jenazah Mak Andak. Wajah Mak Andak aku tatap dan kucup buat kali terakhir…airmata berjurai laju tanpa dapat ditahan tahan, bukan aku sahaje malah kesemua yang hadir terutamanya bagi kami jiran jiran terdekat. Tenang sekali wajah Mak Andak. Segala urusan berjalan lancar..dan kini arwah Mak Andak selamat di semadikan disisi arwah Pak Andak…di Perkuburan Hutan Bukit Ubi.
Hebat sungguh perjalanan hidup mereka yang telah dirancangkan oleh Nya…dipertemukan dan disatukan mereka berdua tanpa dikurniakan zuriat agar mereka boleh bersama sama menuju ke Jannah pada hari yang sama. Hari Jumaat hari yang mulia, penghulu pada hari hari yang lain. Mereka berdua umpama ibu dan pada kepada kami, nenek atuk pada anak anak kami, teman teman pada yang sebaya….pada merekalah selalunya tempat kami mencurah rasa, meminta pandangan dan nasihat dan pada mereka juaga kasih kami semua telah tertumpah, bukan sedikit….kasihsayang kami umpama kasihsayang anak kepada orang tuanya….begitu jua dengan pasangan ini…kami umpama anak  anak mereka dan anak anak kami adalah cucu mereka…kata kata nasihat dan semangat tidak pernak putus buat kami dan anak anak…bebelan dari mereka kami terima dengan tiada rasa kecil dihati….
Kini semua telah tiada….mereka pergi meninggalkan buat selama lamanya…indah dan cantik sungguh Allah merancangkan perjalanan hidup mereka berdua…hebat sungguh kasihsayang dan cinta mereka. Kami pasti amat merindui mereka, rindu akan gurau mereka, terguran dan bebelan mereka dan jua rindu akan pelukan dan ciuman kasih dari seorang ibu yang kami panggil Mak Andak.

Ya Allah Ya Tuhan Kami..ampunkan dosa dosa pasangan ini…terangi kubur mereka, tempatkan mereka di Syurga FirdausMu. Walaupun mereka tidak mempunyai zuriat …namum kami akan sentiasa mengutuskan Alfatihah dan mennitipkan doa buat pasangan istimewa ini…Amiin Ya Robbal Almiin…semaga doa kami semua diterima ….






Salam kasih sayang/Salam Maulid Rasul...
UmmiMdaza...14/1/2014