Sunday 19 October 2014

3 Tahun Telah Berlalu...

3 tahun yang lalu..
Masih lagi bersama sama kami..
Masih lagi minta dibelai dan dimanja tika waktu beradu..
Masih lagi merengek rengek minta itu dan ini..
Masih mau bergadingan tangan tika bersiar siar..
Masih lagi bernyanyi riang disepanjangan perjalanan.
Masih lagi berzikir merdu selepas waktu solat..
Masih lagi berebut rebut menonton tv
Masih lagi riuh bercerita di meja makan
Masih lagi tersenyum manja setiap kali menatap wajah ummi..

Tapi kini...
3 tahun telah berlalu
Dia pergi meninggal kami..dengan begitu cepat sekali
Dia pergi meninggalkan along dan angah
Dia pergi meninggalkan orang orang yang menyanyanginya
Dia pergi meninggal memori indah yang memilukan
Dia pergi meninggalkan pelbagai kenangan suka dan duka
Dia pergi meninggalkan kami... dan juga membawa bersama adik yang merinduinya
Dia jua ingin adik merasakan apa yang dirasakan
Keindahan, keseronakkan, kegembiraan  di "alam sana" yang tiada tandingnya di dunia ini.
Dia mahu adik turut serta menanti dan menunggu ummi dan abah di pintu syurga
Dia mahu bersama sama adik memberikan ummi dan abah segelas air kala ummi dan abah kehausan di "sana" kelak..
Dia ingin bersama sama adik untuk menarik tngan ummi dan abah agar tidak tergelincir..
Dia dan adik ingin mendirikan mahligai yang indah buat umi dan abah...
Dan Dia.. Abang.. Muhammad Dzuhil Abqari ...
Adik ..Muhammad Dzuhil Ashroqi Bin Zainal Aripin adalah anak anak syurga kami...
Bidadari bidadari syurga Kami...
Dua nama yang amat kami rindui..
Nama yang tidak pernah putus bermain main dibibir kami..
Nama yang terpahat kemat dilubuk hati kami yang terlalu dalam..
Selamat beradu putra putra ku...




  1. Rindu yang kian dalam
  2. UmmiMdaza 
  3. 19hb Okt 2014 (11.35pm)