Sunday 8 February 2015

SI KUNANG KUNANG SYURGA...

Alhamdulillah, syukur pada Allah. Airmata yang mengalir kadangkala hanyalah airmata dari hati yang sangat merindukan anak syurga ummi. Setiap masa ummi rindu sangat. Tapi tak dapat nak menzahirkan rindu itu dengan mencium dan memeluk kalian. Hanya dapat berdoa dan mengadu pada Allah sambil menangis. Rindu pada kalian ini jauh lebih menduga kerana takkan ada lagi pertemuan di dunia. Masya Allah, memang besar sangat kesabaran yang ummi perlu bekalkan dalam hati untuk teruskan kehidupan. Kadang-kadang rasa payah sangat. Tapi mungkin itulah salah satu daripada harga syurga yang ummi inginkan.Sekarang ini, untuk kuatkan diri, ummi hanya teruskan hidup dengan pandang ke hadapan. Pandang ke depan dengan membayangkan pertemuan seterusnya antara ummi dan kalian. Sesekali bila menoleh ke belakang, teringat saat mengandung dan melahirkan kamu berdua, demi Allah, sangat mengusik perasaan. Bukan mudah sebenarnya, sebab ummi memang suka mengingati kenangan. Setiap saat yang terakam dalam memori memang memberi ummi kekuatan dan semangat untuk teruskan langkah kehidupan.
Terima kasih untuk setiap doa buat kami sekeluarga. Sekarang ummi sudah mampu tersenyum setiap kali terkenangkan anak anak yang sudahpun menjadi kunang-kunang syurga di alam sana. Yang bakal menyambut kedatangan ummi dan abah.Ummi sudah boleh tersenyum sambil berjenaka dengan abah setiap kali mencium baju kamu duhai anak anak.. atau melihat apa-apa kepunyaan kalian.
Dan sesekali disulami air mata kerinduan yang amat sangat. Tidak salahkan???
Semoga Allah sentiasa membekalkan kekuatan dan kesabaran yang kuat..buat kami..
Begitu juga doa buat buat ibu ibu hebat yang membaca entry ini..
Amin Rabbalalmin..



Salam sayang dan rindu..
Ummidaza 8hb Februari 2015..9.36pm

Monday 2 February 2015

Terimakasih di atas kiriman ujian..terimakasih di atas kiriman mimpi pengubat rindui

Dikirimkan lagi hadiah berupa ujian. Alhamdulillah kesakitan yang ditanggung tidak seteruk mana... tetapi memerlukan juga rawatan yang sempurna . Setelah hampir setahun tidak ke sini dan hari ini terpaksa bermalam sini lagi. Entah berapa malam pula harus beerada di sini. Mohon pada Tuhan agar kesakitan yang ditanggung tidak memudaratkan.
Allahuhurabbi..
Subhanallah..
Mengubat segala galanya..
Bermalam di bilik 223 A.. hilang sekita kesakitan pabila tidur ummi berteman mimpi indah bersama sang putra. . Senyuman manis dan manja dari kedua dua bidadari meringan beban kesakitan yg ditanggung..
Walaupun sekadar dalam mimpi.. kalau itu dpt meringan apa yg ummi tanggung hadirlah sayang.. bertamu dalam mimpi mimpi ummi..
Terimakasih di atas kiriman ujian..
Terimakasih di atas kiriman mimpi..

Sakit itu kifarah dosa..
Ummimdaza
3hb Feb 2015..12.01pm