Alhamdulillah, syukur pada Allah. Airmata yang mengalir kadangkala hanyalah airmata dari hati yang sangat merindukan anak syurga ummi. Setiap masa ummi rindu sangat. Tapi tak dapat nak menzahirkan rindu itu dengan mencium dan memeluk kalian. Hanya dapat berdoa dan mengadu pada Allah sambil menangis. Rindu pada kalian ini jauh lebih menduga kerana takkan ada lagi pertemuan di dunia. Masya Allah, memang besar sangat kesabaran yang ummi perlu bekalkan dalam hati untuk teruskan kehidupan. Kadang-kadang rasa payah sangat. Tapi mungkin itulah salah satu daripada harga syurga yang ummi inginkan.Sekarang ini, untuk kuatkan diri, ummi hanya teruskan hidup dengan pandang ke hadapan. Pandang ke depan dengan membayangkan pertemuan seterusnya antara ummi dan kalian. Sesekali bila menoleh ke belakang, teringat saat mengandung dan melahirkan kamu berdua, demi Allah, sangat mengusik perasaan. Bukan mudah sebenarnya, sebab ummi memang suka mengingati kenangan. Setiap saat yang terakam dalam memori memang memberi ummi kekuatan dan semangat untuk teruskan langkah kehidupan.
Terima kasih untuk setiap doa buat kami sekeluarga. Sekarang ummi sudah mampu tersenyum setiap kali terkenangkan anak anak yang sudahpun menjadi kunang-kunang syurga di alam sana. Yang bakal menyambut kedatangan ummi dan abah.Ummi sudah boleh tersenyum sambil berjenaka dengan abah setiap kali mencium baju kamu duhai anak anak.. atau melihat apa-apa kepunyaan kalian.
Dan sesekali disulami air mata kerinduan yang amat sangat. Tidak salahkan???
Semoga Allah sentiasa membekalkan kekuatan dan kesabaran yang kuat..buat kami..
Begitu juga doa buat buat ibu ibu hebat yang membaca entry ini..
Amin Rabbalalmin..
Salam sayang dan rindu..
Ummidaza 8hb Februari 2015..9.36pm
No comments:
Post a Comment