Saturday 30 March 2013

"Pusara Bernisan Biru....agar kami sentiasa ikhlas


Diam tak diam sudah hampir 1 ½  tahun Muhammad Dzuhil Abqari kembali ke rahmatullah diikuti dengan Muhammad Dzuhil Ashroqi 6 bulan kemudian ini bermakna sudah 11 bulan (esok 1 April) adik bersama-sama abang di “alam sana” dan setelah 6 bulan adik pergi  Aki pula menyusul cucu-cucunya. (Hari ini genap 5 bulan kembalinya Abah ke Rahmatullah)
Dan ini bermakna juga sudah hampir 1 ½ tahun juga kami menjadi pengunjung setia Tanah Perkuburan Hutan Setali. Sebelum ini aku hanya tahu menyebut nama tempatnya sahaje, berkunjung jarang sekali dan seingat aku kali terakhir aku ke tanah berkuburan 8 tahun (2005) sudah iatu semasa bapa saudara ku yang di panggil “ayah” meninggal dunia. Malah ketika suami kepada sepupu ku meninggal dan di kebumi di sini….aku tersesat,(kebetulan suami ku tidak ada aku dan anak-anak termasuklah kedua-dua  arwah anakku) malu tidak terkira kerana terpaksa ditunjuk jalan oleh orang yang datang dari Negeri Sembilan. Tapi kini tidak lagi…dan kini aku tahu berapa selekoh yang harus dilalui dan berapa bonggol yang akan ditempohi.
Kami ke sini setiap hari dan kadang pada hujung minggu 2 kali sehari. Dari berempat kini bertiga, dari pusaranya satu kini sudah ada tiga. Rutin kami tetap sama. Setetah salam di berikan dan al Fatihah dibaca kami mula kerja-kerja menyapu, membersih, merumput dan membakar sampah sarap, menimbus kembali mana-mana kubur yang telah seruh tanahnya…. ada juga pengunjung yang datang menziarah menyangkakan kami adalah pencuci kubur atau penjaga kubur dan tidak kurang pula yang mahu memgupah kami untuk membersihkan pusara waris mereka, kami hanya tersenyum dan menjawap “tidak..kami bukan pencuci atau penjaga kubur dan kami juga tidak mengambil upah, kami buat semua ini kerana Allah Ta,ala…ikhlas” ada juga yang bertanya “kesemua ini kubur saudara ke?” “yang berwarna biru ini anak anak dan abah kami dan yang lain itu saudara sesama islam” “bersih dan cantik macam halaman rumah , rajin betul…membersih kannya”….alhamdulillah bukan pujian yang kami minta kerana takut dengan pujian itu membuat kami leka dan riak…Ya Allah sesungguhnya kami mahu menjadi hamba yang ikhlas dalam menjalan ibadah ini, kami ingin mencari sedikit saham buat bekalan kami di sana untuk bersama –sama dengan orang yang kami sayangi .
Hampir setiap minggu kami menyaksikan kematian dari pelbagai lapisan usia….dan di situ juga sudah pasti ada kedengaran tangisan dan sendu sedan yang memilukan,meruntun hati kami setiap kali ianya berlaku…. kami pernah merasainya , kami faham emosi yang melanda tika itu dan sehingga kini rasa itu masih melekat di hati kami. Kami akan bertemu dengan orang yang berlainan setiap kali kami berkunjung di “pusara bernisan biru”. Mereka –mereka ini ada yang ramah tidak kurang juga yang tidak mahu menyambut salam kami hulurkan. Tapi kami tidak pernah ambil hati pada semua itu.
Pernah suatu hari seorang lelaki memberitahu pada suami ku, “encik kubur yang sebelah sana tu saya rasa dijaga oleh puteri” sambil menunding ke arah pusara putra-putra kami “kenapa ?”soal suami ku “bersih…tidak ada sehelai rumput pun yang tumbuh” katanya lagi…sambil tersenyum suami ku menjawap “itu pusara anak-anak saya, saya datang ke sini setiap hari…” “ooo patutlah”…Tapi entahlah samaada ianya perasaan kami ataupun reality….bau wangi wangian yang ditiup bayu petang sering kali menjadi haluwa hidung kami. Dan pernah juga kami dikejutkan dengan kedatangan seorang lelaki yang berjubah serba hitam, yang aneh lelaki itu bukan datang untuk menziarahi sesiapa tetapi dia hanya duduk diam di bawah pokok tembusu yang berada  di kawasan perkuburan itu.
Dengan izinnya insyallah kami akan tetap ke sini, sampai bila kami belum tahu, tapi yang pasti ke sini jua akhirnya. Tempat yang kekal abadi, tempat di mana kita semua akan disemadi apabila ajal menjemput nanti.Waullahhualam...


Yang Tetap Ke Sini 
UmmiMdaza (30/4/2013..4.45pm)

Friday 15 March 2013

APA YG DITETAPKAN..ADALAH YG TERBAIK...


Rabu 13/03/2013 , sepupu ku telah kehilangan suami yang dicintai, bapa kepada 3 orang benih cinta mereka yang masih kecil. Tempat dia dan anak anak bergantung….tempat di mana kasih sayang di curahkan tanpa berbelah bagi. Suaminya terlibat dalam satu kemalangan ketika menghantar anak sulong mereka ke sekolah.
Ya Allah... Ya Tuhan....kau lindungi adinda ku ini, Kau kurniakan ketabahan dan kekuatan pada dirinya agar dia lebih sabar, tawaduk dan sentiasa berada dalam redha Mu. Adinda ku…Allah menguji seseorang itu bukan bermakna Dia membenci kita kepada kita, tetapi percayalah yang Allah sangat kasih pada kita, dan sebagai hambanya kena banyak banyak bersabar dalam menghadapi ujian dari Nya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Menangislah kalau itu dapat dapat melegakan hati mu…menangislah semahunya…tapi harus ingat jangan sampai melampaui batas, jangan sampai akidah tergelincir. Berjanjilah pada emosi kita, pada diri kita…bersedih boleh dan menangis pun boleh tapi jangan sampai yang tersayang disekeliling terabai….mereka masih terlalu mentah untuk memahami segalanya…..banyakkan bersabar adindaku…dalam melayani karenah mereka…. Bila kita menangis bukan bermakna kita tidak redha dengan ketentuan Nya, tapi dengan cara itu sahaja kita dapat melepaskan apa yang terbuku di hati kita….mereka di luar sana yang tidak pernah merasai  dan melalui kehilangan orang yang tersayang hanya mampu meredakan perasaan kita tetapi mereka  tidak merasai apa yang kita rasai tika itu.
Jika rasa tidak kuat, carilah saudara mara dan teman-teman yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya saudara mara dan teman-teman kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterunya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian….tanda Allah sayang padanya.
Dan apa yang harus kita lakukan seterusnya? Berdoalah pada Allah, Allah lah sebaik –baik tempat untuk kita meluahkan segalanya, Jangan sesekali kita malu untuk merayu rayu , meminta-minta dan memohon kepada Allah swt.Selalu ingat yang Allah tidak pernak jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…
”ALIHKAN PANDANGAN MATAMU KE ARAH LAUT, AIRNYA CANTIK MEMBURU PENUH KETENANGAN. TETAPI HANYA ALLAH SAHAJE YANG MENGETAHUI RAHSIA DI DALAMNYA. BEGITU JUGA DENGAN KEHIDUPAN MANUSIA, RIANG DAN KETAWA TETAPI HANYA ALLAH SAHAJE MENGETAHUI RAHSIA KEHIDUPANNYA. JIKA RASA KECEWA, ALIHKAN PANDANGANMU KE ARAH SUNGAI, AIR TETAP MENGALIR BIARPUN JUTAAN BATU YANG MENGHALANGNYA. DAN JIKA RASA SEDIH, ALIHKAN PANDANGANMU KE ARAH LANGIT, SEDARLAH DAN SENTIASA INGATLAH BAHAWA ALLAH SENTIASA BERSAMAMU…..”
~Semoga kita sentiasa memjadi hamba yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Nya..~
~Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik~

GAMBAR DR ALBUM SALMI ZAKARIA

Sentiasa mendoakan
UMMIMDAZA…15/3/2013..10.48pm

Tuesday 12 March 2013

Bantulah Aku Belajar Menerima Ujian Dr Mu


“Ya Allah janganlah Kau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana yang telah Kau bebankan kepada orang yang sebelum kami, Ya Allah jangan Kau pikul kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Ampunlah kami dan rahmatlah kami, maka tolonglah kami” Al Baqarah:286
                Aku hamba Allah yang serba kekurangan yang sentiasa mengharapkan yang terbaik dalam hidupku. Sebagai hambanya tidak terlepas dari diuji oleh Nya setiap ketika. Hati yang lemah sering mempertikaikan kenapa “aku” dan tidak orang lain. Ya Allah alangkah tidak bersyukurnya aku sebagai hamba Mu bila mana aku mempertkaikan ujian mu terhadap ku. Sedangkan nabi lagi diuji inikan aku hanya hamba Mu yang lemah....suka atau tidak pasti ujian itu tetap akan datang....
                Hidup ini penuh dengan ujian...itulah hakikat yang tidak dapat dipisahkan. Lain orang lain pula ujiannya. Susah itu ujian senangpun satu ujian. Namum setakat mana diriku menerima ujian Mu Ya Allah......seringkali diberikan ujian akan berlinanglah airmata...Perkataan “kenapa” seringkali  terucap...kenapa aku di uji lagi...kenapa aku harus menangis lagi...kenapa dan kenapa.....Ya Allah ampunkan dosa ku hati ini menjadi kelam kerana mempertikaikan ujian dari Mu...ampun kan aku....
                Kadang aku takut  kerana ujian Mu....aku tewas dengan persoalan diri sendiri...Aku takut dek kerana terlalu bersedih dengan ujian Mu aku tidak nampak rahmat dari Mu. Ya Allah bantulah hambu Mu ini...belajar bahawa ujian Mu itu tidak sia-sia.....Ya...aku harus belajar menerima hakikat apa yang Allah uji itu tidak sia-sia...Allah tidak pernah meminggirkan sesiapapun termasuklah aku...
                Aku kena yakin bahawa Allah ada perancangan yang lebih baik buat diriku.Oleh itu harus belajar menerima setiap ujian dari Nya dengan sabar dan redha.Pasti linangan airmata ada yang terbaik dari yang Maha Esa. Memang mudah untuk menilai dan memperkatakan sesuatu, tapi amat sukar untuk melaluinya. Tidak ramai yang mampu bertahan, namum Ya Allah aku mahu menjadi hamba yang kuat dengan ujian MU. Bantulah aku.......
                Ampunlah aku
                UMMIMDAZA(13/03/13...3.30am)

Friday 1 March 2013

Wahai Allah... Jangan Pisahkan Kami Di Akhirat Nanti....


Anakanda ku sayang
Menjadi Ummi dan Abah bukan tugas yang mudah
Mendidik,membelai,member kasih sayang tanpa jemu
Ketahui olehmu Ummi dan Abah teramat sayang pada anak-anak kami
Sayang yang tidak berbelah bahagi
Kerana anak-anak adalah permata hati kami
Ummi dan Abah minta maaf jika kami bukan yang terbaik
Kerna kami masih belajar menjadi yang terbaik
Luhur, tulus dan sabar menghadapi kerenah anak-anak
Maafkan kami untuk segalanya
Maafkan kami kerana selalu hilang sabar



Anakandaku sayang
Walaupun hadir kalian Cuma sekita
Namun, aura kesabaran, ketabahan dan
Tidak banyak kerenah kalian berdua tetap kami rasai
Kami rindu untuk menatap wajah wajah anakanda tersayang
Tetapi, kami mengerti................
Bahawa setiap permulaan pasti ada pengakhiran kecuali DIA
Dan........
DaripadaNya kita datang...kepadaNya kita akan dikembalikan
Kini, tibalah masanya kalian meninggalkan kami
Pergilah sayang.....
Pergilah dengan nama Tuhanmu....
Ummi dan Abah, redha dengan ketentuan Ilahi ini......

Salam Kerinduan....
Ummimdaza
1/3/2013(10.35pm)