Anakanda ku
sayang
Menjadi Ummi
dan Abah bukan tugas yang mudah
Mendidik,membelai,member
kasih sayang tanpa jemu
Ketahui
olehmu Ummi dan Abah teramat sayang pada anak-anak kami
Sayang yang
tidak berbelah bahagi
Kerana
anak-anak adalah permata hati kami
Ummi dan Abah
minta maaf jika kami bukan yang terbaik
Kerna kami
masih belajar menjadi yang terbaik
Luhur, tulus
dan sabar menghadapi kerenah anak-anak
Maafkan kami
untuk segalanya
Maafkan kami
kerana selalu hilang sabar
Anakandaku
sayang
Walaupun
hadir kalian Cuma sekita
Namun, aura
kesabaran, ketabahan dan
Tidak banyak
kerenah kalian berdua tetap kami rasai
Kami rindu
untuk menatap wajah wajah anakanda tersayang
Tetapi, kami
mengerti................
Bahawa setiap
permulaan pasti ada pengakhiran kecuali DIA
Dan........
DaripadaNya
kita datang...kepadaNya kita akan dikembalikan
Kini, tibalah
masanya kalian meninggalkan kami
Pergilah
sayang.....
Pergilah
dengan nama Tuhanmu....
Ummi dan
Abah, redha dengan ketentuan Ilahi ini......
Ummimdaza
1/3/2013(10.35pm)
No comments:
Post a Comment