Aku sendirian di rumah..hari ini tekanan darah
ku naik lagi. Satu ketika dulu di waktu begini kalau keadaan kesihatan tidak
mengizinkan untuk ke pejabat adiklah yang sering menemani ku. Adik sentiasa
menemani ku di bilik tidur, memicit micit kan kepala ku,menyuakan ubat ke mulut
ku dan kadang turut sama terlena disampingku. Dan terkadang sekiranya lena ku agak
lama adik akan mengejutkan aku…”ummi..bangun dah lama sangat ummi tidur…bangunlah…adik
takut tinggal sorang sorang”..dan aku menjawap dalam nada bergurau “ ni baru
tidur lama adik takut tinggal sorang…nanti kalau ummi mati adik kena tinggal
juga” “ummiii ni kan!!!” rengek adik manja.
Walau tidak sedayamanapun keadaan kesihatan,
aku tetap akan memasak untuk hidangan tengahari buat anak-anak ku. Paling
tidakpun ikan goreng berlada salah satu lauk kegemaran abang.”Assalamualaikum..riuh
kedengaran suara anak anak balik dari sekolah masing-masing berebut rebut
membuka pagar rumah takkala melihat umminya ada di rumah. “yea..yea.. ummi
ada..ummi tak kerja ke ari ni?...ummi dah masak ke? Abang lapar sangat la..”
lantas ke dapur dan membuka tudung saji…”yess…ikan pedas bestnya…abang makan
dulu ya” tanpa sempat pakaian sekolahnya di tanggalkan. Dan aku akan
menemaninya..aku suka tengok abang makan berselera sekali, sambil makan sambil
bercerita dan bila selesai makan abang akan berpesan..”ikan pedas tu jangan
habiskan, balik fardu ain abang nak makan lagi”.
Selesai makan dan solat..mereka bersiap siap
pula untuk ke fardu ain..”boleh tak ummi hantar gi fardu ain” pinta mereka..”boleh..antar
aje tau balik nanti abah yang ambik ya”..”ok ok…best nya”…gembira sungguh
mereka…”kan best kalau begini hari hari..boleh tak kalau ummi tak payah
kerja?..abang suka kalau balik sekolah ummi ada kat rumah”..pinta abang..”tak
boleh lah…ummi kena kerja, kena cari
duit banya banyak, nak tolong abah
kesian abang cari duit sorang sorang” dan adik pula selalu berkata “tadi
adik tengok dalam purse ummi ada banyak duit.. boleh lah bagi pada abah, ummi
tak payah gi kerja jaga adik kat rumah tak payah adik gi rumah ‘Ma’ lagi. Adik
janji adik tak buat degil , tak sempahkan rumah”..aduhai anak-anak…!!!!!!
Terasa hiba bila di kenang. Tidak disangka
sesingkat ini hayat mereka bersama-sama aku. Dan sekiranya ku tahu hayat mereka
sesingkat ini , akan ku tunaikan kesemuanya kemahuan mereka, akan ku kotakan
semuanya janji-janji ku pada mereka…akan ku bagi semuanya kehendakkan mereka,
akan kuturuti setiap langkah mereka..akan ku kucup setiap inci susuk tubuh
mereka setiap hari..Tapi siapalah aku..mereka hanya pinjaman buat ku. Mereka
dipanggil pulang setelah kasih dan sayang sudah tertanam begitu mendalam . Mereka
bukan hak yang mutlak..kasih dan sayangku tidak tertanding dengan kasih sayang
Nya. Kerana kasih sayang Nya yang lebih mendalam di jemputnya pulang anak-anak ku
sebelum ada dosa-dosa yang datang mengotori dan membebani hidup anak-anak ku.
Anak anak ku di jemput pulang sebagai bidadari bidadari syurga untuk memeriah
kan lagi taman taman syurga. Anak-anak ku pulang dengan keadaan yang bersih dan
suci…sebersih dan sesuci pada hari pertama mereka meluncur keluar dari dalam rahimku…Ya
Allah bertuahnya aku dapat mengandungi dua orang bidadari syurga Mu. Yang itu
sememang pasti…..
Sepanjang penulisan ini airmata kerinduan
setitik demi titik mulai turun..lama kelamaan semakin laju dan laju…tidak
tertahan dan tertanggung lagi……
Rindu teramat sangat
Ummimdaza 14/2/2013 (17.00pm)
No comments:
Post a Comment