Monday 24 December 2018

23hb Disember Dalam Kenangan

23hb Disember 2002..
Tangisan halus bergema keluar dari halkum kecilnya..
Tangisan yang membawa erti yang dia sudah selamat menyapa dunia..
Tangisan yang membawa kecerian buat kami sekeluarga..
Dan bermula dari saat itu..sekali tiba 23hb Disember kami akan raikan.bersama sama..
25hb Oktober 2011
Tangisan hiba kami pula mengiringi KEPULANGAN nya..
Tangisan yang membawa makna bahawa cintahati kami telah tiada..
Tangisan kami disertai dengan tangisan ahli keluarga yang lain lain..
DIA telah pulang menemui pencipta dan tidak mungkin kembali lagi..
Dia pulang mendahului kami..
Dia akan setia menanti kami di Alamsana
Dan bermula dari tarikh itu kami menjadi mengujung setia PUSARA BERNISAN BIRU
TAMAN SYURGA


Hari ini tanggal 23/12/2018 pusara bernisan biru kami kunjungi..
Hanya doa dan bacaan ayat suci sebagai pengganti hadiah hari lahir buat Abang..
Dihujung hujung cuping telinga ummi terdengar pilu bacaan Yassin dari Angah..
Angah sudahpun 17 tahun..ehmmm Abang hanya muda setahun dari Angah..ini bermakna Abang usianya sudah 16 tahun kira Abang masih bersama kami .
Walaupun tidak ada dipandangan mata tetapi tidak pernah luput disanubari dan diingatan.

ALFATIHAH BUAT CINTA HATI KAMI..
ZURIAT SYURGA KAMI..


Ummimdaza..
23/12/2018
5.45pm

Thursday 25 October 2018

Hakikat Satu Kehilangan

25hb Okt 2018..
25hb Okt 2011

Subhanallah walhamdulillah...
kesedihan berbalut kebahagiaan..
inna lillahi wainna ilaihi rojiuun..
tak terasa 7 tahun sudah anakku tercinta telah meninggalkan kami..
tunggulah kami sayang ..
engkaulah Bintang disyurga yang kan menerangi kami disana..
tepat 8 thn 10 bulan 2 hari umurmu...
allah sayang padamu dan syurga tempat kembalimu...



Hakikatnya, bukan mudah untuk menerima sebuah kehilangan...walaupun kita sendiri tahu bahawa semua benda adalah pinjaman dariNya, termasuklah diri kita sendiri. Setiap yang datang pasti akan pergi dan setiap yang bermula pasti akan berakhir dan setiap yang hidup pasti akan menemui  mati.
Setiap ibubapa pasti ada dugaannya dan pada aku dugaan inilah yang  paling besar  apabila anak dijemput menghadap Ilahi  ketika mereka masih kecil, masih bayi dan masih belum baligh  lagi.
Sehingga kini, air mata ini tidak dapat ditahan dan kadangkala berguguran juga apabila mengingatkan kembali saat-saat terakhir bersama MUHAMMAD DZUHIL ABQARI BIN ZAINAL ARIFIN
ALFATHAH

Semoga Bertemu Di sana
Ummimdaza..
25hb Oktober 2018
9.00 pm


Wednesday 3 October 2018

Oktober dalam kenangan

OKTOBER...
Perginya si jantung hati..MUHAMMAD DZUHIL ABQARI ZAINAL ARIPIN..
Pulangnya ayahanda tercinta HAJI SAMAT @ HARUN ABDULLAH.

Kadang kadang bila kita rindukan seseorang..
Bukan kita rindu untuk menatap wajahnya..
Tetapi..
Kita rindukan kenangan bersamanya..
Kerana..
Kita tahu saat saat itu..
Tidak mungkin akan kembali lagi..
Buat selama lamanya..
Hanya tinggal kenangan....
:( :( :(


Ummimdaza..
4hb Oktober 2017

Friday 7 September 2018

Rindu Di Hujung Pusara

Rindu di Hujung Pusara

Di hujung nisan terukir nama kamu sayang...
Tanpa terasa hujan airmata membasahi pusara kamu seiring gerimis petang membasahi bumi
Kamu hidup disetiap langkah kami
Dipusara kamu seolah olah tersenyum kpd kami..
Seakan akan berkata.."kami menunggu kedatangan ummi dan abah di dunia yang baru.."
Dunia yang kekal abadi..





Salam petang Jumaat..
Salam kerinduan...

Ummimdaza
070918

Friday 20 July 2018

Melupai Kamu...Di Luar Kemampuan Kami

Jumaat..
20/07/18

Merindukan Kamu
Kudengar suara mungil kamu
Ku ingat senyuman manja kamu
Dan ku bawa bayangan kamu ke dalam fikiranku
Lantas emosi ku terdiam
Bak, sebuah perahu yang telah karam
Rindu ini yang semakin dalam
Bak deras gelombang yang kian mencekam

Merindukan adalah hal tersulit bagiku
Kerana nama kamu telah terlukis dihatiku
Meskipun perasaan ini ingin mengadu
Tetapi jiwa dan raga ini selalu menunggu...

Satu hal yang perlu kamu tahu
Perihal melupakan kamu, sememang diluar kemampuan..


salam kerinduan buat zuriat ummi dan abah..
20/07/18..
pusara bernisan biru..

Thursday 28 June 2018

Selamat Ulang Tahun Zuriat Syurga Kami

Assalamualaikum..
Salam Syawal..

28hb Jun
tarikh keramat buat kami sekeluarga..
tarikh dimana kami dihadiahkan anugerah yang terindah..
teramat indah..
sangat sangat sempurna..
sangat sangat membahagiakan..
Anugerah yang teristimewa itu kami namakan MUHAMMAD DZUHIL ASHROQI BIN ZAINAL ARIPIN


SELAMAT HARI LAHIR SAYANG..
Sudah tentu adik sangat sangat berbahagia bermain main bersama sama ABANG..


SELAMAT ULANG TAHUN ZURIAT SYURGA KAMI..
tidak sabar rasanya ummi dan menunggu saat saat kita akan ditemukan sebagai satu keluarga..


YA ALLAH sampaikan salam dan rindu yang teramat sangat dan salam sayang yang tidak pernah luak buat kedua dua
BIDADARI SYURGA KAMI..
Rindu yg tiada penghujungnya..
Ummimdaza
28/06/2018

Wednesday 16 May 2018

Rindunya..Ramadhan Bersama Mereka

Salam 1 Ramadhan..

Rindu,

Bila  di rasa begitu menyiksa,
difikir pun tak menghasilkan apa - apa bila yang di rindu jauh berada di "alam sana"

Berjuta rasa bercampur jadi satu di lembah kenangan..

Hanya kenangan mengubat rindu..
Hanya memori tersimpan kemas..

kenangan puasa terakhir bersama arwah abang 2011
Allahuakhbar rindunya saat ssat ini..

Rindu sangat sangat...
ummimdaza
1Ramadhan
17hb Mei 2018


Tuesday 1 May 2018

Sentiasa Redha dan Bersyukur..

01.05.2012..
9.45 pagi Selasa kami ke sini untuk MEMULANGKAN PINJAMAN yang telah diamanahkan kepada kami selama 4 tahun, 10 bulan dan 2 hari..dengan hati yang berat dan luluh kami SERAHKAN KEMBALI MUHAMMAD DZUHIL ASHROQI kepada pencipta Nya..
Walaupun seketika Dia dipinjamkan kepada kami, namun kami tetap bersyukur dan redha..kehadirannya membuat kami cukup bahagia..



01.05.2018
9.45 pagi Selasa kami sudah berada di sini..
KEDIAMI adik yang abadi..TAMAN SYURGA ALLAH..
Genap 6 tahun ADIK di sini..bersama sama ABANG..dan selama itu juga kami tidak pernah jemu menziarahi KEDIAM kalian.
Walau hanya sepasang PUSARA BIRU yang kami tatap..alhamdulillah kami sudah semakin kuat dan bertambah tabah..
Doa dan harapan kami tidak pernah putus semoga kita akan bertemu kelak DI ALAM SANA..



Terimakasih Allah pada setiap takdir yang dianugerah kepada kami...

Yang sentiasa redha dan bersykur.
Ummimdaza
01/05/18
9.30 pm



Thursday 12 April 2018

Warkah Rindu Buat Zuriat Syurga Ku

Kehadapan Zuriat zuriat syurga ummi..
Muhammad Dzuhil Abqari Zainal Aripin
Muhammad Dzuhil Ashroqi Zainal Aripin

Apakhabar kamu di sana??

Sudah pasti teramat bahagia dan gembira..
Sekian lama sudah ummi tidak mencoret di ruang ni..
ini bukan bermakna sudah hilang rasa rindu..
sudah lenturnya kasih ini..
sudah lenyapnya segala kenangan bersama kamu..
Tidak sayang..
semua masih teguh..masih segar..
malah rindu semakin membuak membuak..
kasih dan sayang masih tetap utuh..
kenagan bersama senantiasa bermain main disetiap ruang mata..

Saat ini perasaan rindu menghantui ummi
ummi menjadi buntu dan keliru
Tidak tahu arah dituju
Apa yang harus dilaku dikala ini..
Bersua muka???
Mendengar suara???
Atau sekadar melihat dari kejauhan???
Mana mungkin semua ini dapat ummi lakukan..
Kerana kita berada dunia yang berbeza..
Saat bersama kamu berdua sudah berlalu
Saat gembira hanya tinggal kenangan.
Gelak tawa maupun suara rajuk tangis tidak dapat lagi ummi dengari..

Hati ini terlalu pilu apabila mengenangkan kenangan yang telah berlalu
Ummi cuba tenangkan hati yang lara
Memujuk agar ingatan pada maha pencipta
Karana dia DIA lebih berkuasa
Setiap ketentuannya ada hikmah pada kita
Setiap yang hidup pasti akam kembali kepada Nya..
Ummi tahu nitu semua..
dan ummi jua pasti akan menyusul kamu berdua..
dan berharap tika tiba waktu itu ummi sudah cukup bersedia

Allahhuakhbar...Allah Maha Besar!

Duhai bidadari bidadari syurga ummi...
Hari ini keadaan kesihatan ummi tidak begitu baik, inilah satu cara Allah untuk menghapuskan doasa dosa ummi dan ummi redha dengan segala ketentuan dari Nya
Bersendirian di rumah membuat hati ummi menjadi hiba dan sebak
Terbayang saat saat kamu berada disamping ummi.
Abang sudahpun remaja 16 tahun usianya kini,,pastinya kelihatan begitu kacak dengan senyuman manisnya..manakala adik 11 tahun bertambah nakal dan bijak..
Ehmmm ummi berilusi lagi...sedangkan kamu berdua sudah amat berbahagia dan bergembira di "ALAM SANA"

TUHAN JAGALAH MEREKA BUAT KU
TUHAN SAMPAI SALAM RINDU KU INI
TUHAN KAU KETEMUKAN KAMI DI TAMAN SYURGA KELAK
TUHAN TERIMAKASIH DI ATAS ANUGERAH TERINDAH INI..
PINJAMAN YANG TERISTIMEWA INI..

Tidak sabar rasa hati ini untuk menanti saat saat kami dipertemukan ..
Akan kukucup stiap inci tubuh mereka..
Akan ku usap manja tubuh mulus mereka..
Akan ku dakap erat erat dan semahu mahunya agar terlerai kerinduan ini..
Saat itu tiada sesiapa yang dapat pisahkan kita kecuali DIA..


si Kacak Muhammad Dzuhil Abqri


.
 .
Simanja Muhammad Dzuhil Ashroqi

Zuriat Syurga ku..
Bidadari Syurga ku



Salam teramat rindu..
Ummimdaza..
12/04/18

Thursday 15 March 2018

KERANA TERLALU SAYANG..


KERANA TERLALU SAYANG....

kadang-kadang,
kerana terlalu sayang dengan seseorang,
Allah ambil dia dari kita.
Allah jarakkan kita dengan dia.
untuk uji kita.
masihkah kita sayang pada yang MENGURNIAKAN rasa sayang itu
masihkah kita sayang pada yang
rasa sayang itu.
dan masihkah kita percaya pada aturan DIA.

untuk sedarkan kita.
bahawa ada DIA yang perlu lebih kita sayangi, lebih dari segala-galanya.
dan kadang-kadang,
Allah ambil juga kembali orang-orang yang tidak kita hargai.
saat Allah jarakkan kita,
lalu timbul rasa rindu dan menyesal,
itu bukan untuk menghukumi kita.
tapi untuk memberi pengajaran.
bahawa bila kita tak mahu menyayangi mereka,
Allah akan mengambil mereka untuk disayangi lebih dari yang mahu
kita lakukan.

Sentiasa Diingatan..
Ummimdaza..


Wednesday 7 February 2018

Lakaran Yang Tersirat...Adik...

6/02/2012:- seperti biasa kita ke pusara ABANG, selesai saja kiriman yassin dibaca ummi dan abah akan membersih persekitaran pusara ABANG dan ADIK akan bermain main di kawasan itu..
Tiba tiba adik berkata "tengok ni ummi apa yang ADIK lukis" sambil menunjukkan lukisannya..
Ummi tanya ADIK.."ADIK lukis apa tu??
ADIK lukis gambar ADIK tidur di sebelah kubur ABANG...mesti malam nanti ABANG terkejut tengok ADIK tidur sebelah dia..mesti ABANG suka sebab ADIK teman ABANG kat sini..
Abah pandang Ummi..ummi terkedu


01/05/2012:- 2 bulan selepas itu..ALLAH telah makbulkan kehendak ADIK untuk menemani ABANG..bukan sahaja menemani ABANG di kuburan..tetapi sekarang sudah sama sama bergembira di TAMAN SYURGA ALLAH.



Rupa rupanya ada sesuatu yang cuba ADIK sampaikan melalui lukisannya..tetapi naluri ummi dan dan abah tidak dapat mentafsirkannya..
Begitu besar kekuasa Allah..Tidak akan ada perkara yang berlaku tanpa kehendak-Nya.



06/02/2018:- Hingga ke saat ini ummi dan abah masih lagi setia mengunjungi pusara zuriat syurga kami.
Kita sering merancang suatu hari nanti kita akan hidup bahagia dengan insan insan tersayang..

Kita ini manusia, dan sesungguhnya kita hanya mampu merancang, tapi sebaik baik perancangan adalah daripada Allah juga"
Semoga kita bertemu di ALAM SANA..
ZURIAT SYURGA KU..cari kami dan tariklah tangan kami untuk bersama sama di SYURGA nanti..

Semoga Bertemu Syurga
ummimdaza...
06/02/2018

Wednesday 24 January 2018

JANJI YG DINANTIKAN ~ UMMI RINDU KAMU

♡♡ADA JANJI YANG DINANTIKAN♡♡

Walau mata tidak bertitis,
hati masih sayu menangis.
Bukanlah mengalah,
menolak takdir Allah,
cuma lelah dengan jiwa
dihanyutkan lemah.
Terlalu mudah atau terlalu payah,
Iman dan harapan kekadang goyah.
Hidup dan ujian,saling bersahutan.
Lidah yang terkunci,
mungkinkah merawat hati.
Ada janji yang dinanti,
tertulis di kalam Ilahi.
"Rela" dan "Redha"
mudah untuk dilafazTuhan...
semoga diberikan kekuatan.
Lindungi dari penyumbang keresahan.
Ameen...
UUmmi rindu kamu..
ummimdaza ..25/01/18

Thursday 18 January 2018

Mawar Merah di Pusara Bernisan Biru

SALAM PAGI JUMAAT

Kami tanam pohon pohon bunga ros di pusara anak anak...
itulah simbolik cinta, sayang dan kerinduan kami  pada mereka.....
hanya airmata menjadi pengubat rindu pada mereka...
tapi kami tetap merindui...
rindu dgn suara mereka..
rindu pada bayangan mereka
hanya doa yang kami utuskan dan agar disampaikan pada bidadari bidadari syurga kami..

Rindu mewangi seharum mawar merah
Ummimdaza
19/01/2018

Tuesday 16 January 2018

17 tahun kini usia mu..Senah Helwah

10 tahun...
10 tahun adalah satu jangka masa yang panjang..
10 tahun kami menanti dengan kesabaran,
selama itu 10 tahun terus berusaha dan berdoa, tidak cukup dengan doa sendiri, doa dari orang sekeliling kami harapkan. Sindiran dan cemuhan sudah lali melalui cuping telinga kami. Berkat kesabaran, doa dan juga doa orang orang sekeliling akhirnya Allah makbulkan juga doa kami.
Terima kasih Ya Allah di atas anugerah tidak terhingga ini.
17 tahun lalu..dari  bayi yang montel kini sudah menjadi remaja yang manis. Tidak kira berapa tahun umur beranjak..kamu tetap ANAK MANJA kami.


Selamat ulang tahun sayang… Inilah seutas doa yang dapat kami berikan sebagai bentuk kasih sayang kami sebagai orang tuamu,  semoga Allah Swt dapat menjadikanmu sebagai manusia yang berguna bagi Agama, bangsa dan mendapat ridho-nya, selamat ulang tahun anaku. Kami selalu menyayangimu.


Anakkku, senyum kebahagiaanmu membuat kami semakin kuat, kami akan selalu memberikan yang terbaik untukmu, dengan bertambahnya usiamu saat ini, semoga semakin soleh  dan semakin membuat kami bahagia. Selamat ulang tahun sayang. Ummi & Abah bangga padamu.


Sayang kami..
ummimdaza
16/1/18

Saturday 6 January 2018

SEMOGA BERTEMU DI "ALAM SANA"

Sesungguhnya, keindahan di syurga tiada tandingannya. Siapa yang tidak mendambakan syurga? Siapa pula yang idamkan neraka? Tidak salah mengimpikan syurga jika disusuli dengan usaha dan ibadat. Tanpa pernah menyimpan curiga terhadap kuasaNya, Yang Maha Adil, Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana. Allahu Akhbar!
Zuriat Syurga..
Bidadari syurga..
Semoga kita bertemu semula..
Sentiasa menanti..
Ummimdaza
7hb Januari'18