Thursday, 25 October 2018

Hakikat Satu Kehilangan

25hb Okt 2018..
25hb Okt 2011

Subhanallah walhamdulillah...
kesedihan berbalut kebahagiaan..
inna lillahi wainna ilaihi rojiuun..
tak terasa 7 tahun sudah anakku tercinta telah meninggalkan kami..
tunggulah kami sayang ..
engkaulah Bintang disyurga yang kan menerangi kami disana..
tepat 8 thn 10 bulan 2 hari umurmu...
allah sayang padamu dan syurga tempat kembalimu...



Hakikatnya, bukan mudah untuk menerima sebuah kehilangan...walaupun kita sendiri tahu bahawa semua benda adalah pinjaman dariNya, termasuklah diri kita sendiri. Setiap yang datang pasti akan pergi dan setiap yang bermula pasti akan berakhir dan setiap yang hidup pasti akan menemui  mati.
Setiap ibubapa pasti ada dugaannya dan pada aku dugaan inilah yang  paling besar  apabila anak dijemput menghadap Ilahi  ketika mereka masih kecil, masih bayi dan masih belum baligh  lagi.
Sehingga kini, air mata ini tidak dapat ditahan dan kadangkala berguguran juga apabila mengingatkan kembali saat-saat terakhir bersama MUHAMMAD DZUHIL ABQARI BIN ZAINAL ARIFIN
ALFATHAH

Semoga Bertemu Di sana
Ummimdaza..
25hb Oktober 2018
9.00 pm