Rabu 13/03/2013 , sepupu ku telah kehilangan
suami yang dicintai, bapa kepada 3 orang benih cinta mereka yang masih kecil.
Tempat dia dan anak anak bergantung….tempat di mana kasih sayang di curahkan
tanpa berbelah bagi. Suaminya terlibat dalam satu kemalangan ketika menghantar
anak sulong mereka ke sekolah.
Ya Allah... Ya Tuhan....kau lindungi adinda ku ini,
Kau kurniakan ketabahan dan kekuatan pada dirinya agar dia lebih sabar, tawaduk
dan sentiasa berada dalam redha Mu. Adinda ku…Allah menguji seseorang itu bukan
bermakna Dia membenci kita kepada kita, tetapi percayalah yang Allah sangat
kasih pada kita, dan sebagai hambanya kena banyak banyak bersabar dalam
menghadapi ujian dari Nya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita
setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Menangislah kalau itu dapat dapat melegakan
hati mu…menangislah semahunya…tapi harus ingat jangan sampai melampaui batas,
jangan sampai akidah tergelincir. Berjanjilah pada emosi kita, pada diri kita…bersedih
boleh dan menangis pun boleh tapi jangan sampai yang tersayang disekeliling
terabai….mereka masih terlalu mentah untuk memahami segalanya…..banyakkan
bersabar adindaku…dalam melayani karenah mereka…. Bila kita menangis bukan
bermakna kita tidak redha dengan ketentuan Nya, tapi dengan cara itu sahaja kita
dapat melepaskan apa yang terbuku di hati kita….mereka di luar sana yang tidak
pernah merasai dan melalui kehilangan
orang yang tersayang hanya mampu meredakan perasaan kita tetapi mereka tidak merasai apa yang kita rasai tika itu.
Jika rasa tidak kuat, carilah saudara mara dan teman-teman
yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan yang menjatuhkan kita.
Itulah pentingnya saudara mara dan teman-teman kerana kita tidak mungkin bisa
hidup berseorangan.Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian
akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterunya. Untung
bagi mereka yang selalu diberi ujian….tanda Allah sayang padanya.
Dan apa yang harus kita lakukan seterusnya? Berdoalah
pada Allah, Allah lah sebaik –baik tempat untuk kita meluahkan segalanya,
Jangan sesekali kita malu untuk merayu rayu , meminta-minta dan memohon kepada
Allah swt.Selalu ingat yang Allah tidak pernak jemu mendengar rintihan
hambaNya, Allah itu Maha Mendengar, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…
”ALIHKAN PANDANGAN MATAMU KE ARAH LAUT, AIRNYA
CANTIK MEMBURU PENUH KETENANGAN. TETAPI HANYA ALLAH SAHAJE YANG MENGETAHUI
RAHSIA DI DALAMNYA. BEGITU JUGA DENGAN KEHIDUPAN MANUSIA, RIANG DAN KETAWA
TETAPI HANYA ALLAH SAHAJE MENGETAHUI RAHSIA KEHIDUPANNYA. JIKA RASA KECEWA,
ALIHKAN PANDANGANMU KE ARAH SUNGAI, AIR TETAP MENGALIR BIARPUN JUTAAN BATU YANG
MENGHALANGNYA. DAN JIKA RASA SEDIH, ALIHKAN PANDANGANMU KE ARAH LANGIT,
SEDARLAH DAN SENTIASA INGATLAH BAHAWA ALLAH SENTIASA BERSAMAMU…..”
~Semoga kita sentiasa memjadi hamba
yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Nya..~
~Apa yang ditetapkan untuk kita
itulah yang terbaik~
GAMBAR DR ALBUM SALMI ZAKARIA |
Sentiasa mendoakan
UMMIMDAZA…15/3/2013..10.48pm
Semoga Allah sentiasa memberikan kekuatan dan ketabahan yg berpanjangan
ReplyDelete