“Ya Allah janganlah Kau bebankan kepada kami beban yang
berat sebagaimana yang telah Kau bebankan kepada orang yang sebelum kami, Ya
Allah jangan Kau pikul kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya.
Ampunlah kami dan rahmatlah kami, maka tolonglah kami” Al Baqarah:286
Aku
hamba Allah yang serba kekurangan yang sentiasa mengharapkan yang terbaik dalam
hidupku. Sebagai hambanya tidak terlepas dari diuji oleh Nya setiap ketika.
Hati yang lemah sering mempertikaikan kenapa “aku” dan tidak orang lain. Ya Allah
alangkah tidak bersyukurnya aku sebagai hamba Mu bila mana aku mempertkaikan
ujian mu terhadap ku. Sedangkan nabi lagi diuji inikan aku hanya hamba Mu yang
lemah....suka atau tidak pasti ujian itu tetap akan datang....
Hidup
ini penuh dengan ujian...itulah hakikat yang tidak dapat dipisahkan. Lain orang
lain pula ujiannya. Susah itu ujian senangpun satu ujian. Namum setakat mana
diriku menerima ujian Mu Ya Allah......seringkali diberikan ujian akan
berlinanglah airmata...Perkataan “kenapa” seringkali terucap...kenapa aku di uji lagi...kenapa aku
harus menangis lagi...kenapa dan kenapa.....Ya Allah ampunkan dosa ku hati ini
menjadi kelam kerana mempertikaikan ujian dari Mu...ampun kan aku....
Kadang
aku takut kerana ujian Mu....aku tewas
dengan persoalan diri sendiri...Aku takut dek kerana terlalu bersedih dengan
ujian Mu aku tidak nampak rahmat dari Mu. Ya Allah bantulah hambu Mu ini...belajar
bahawa ujian Mu itu tidak sia-sia.....Ya...aku harus belajar menerima hakikat
apa yang Allah uji itu tidak sia-sia...Allah tidak pernah meminggirkan
sesiapapun termasuklah aku...
Aku
kena yakin bahawa Allah ada perancangan yang lebih baik buat diriku.Oleh itu
harus belajar menerima setiap ujian dari Nya dengan sabar dan redha.Pasti
linangan airmata ada yang terbaik dari yang Maha Esa. Memang mudah untuk
menilai dan memperkatakan sesuatu, tapi amat sukar untuk melaluinya. Tidak
ramai yang mampu bertahan, namum Ya Allah aku mahu menjadi hamba yang kuat
dengan ujian MU. Bantulah aku.......
Ampunlah
aku
UMMIMDAZA(13/03/13...3.30am)
No comments:
Post a Comment