Thursday, 3 July 2014

Anugerah Terindah Kami...

28hb Jun 2014 hari terakhir dibulan Syaaban. Pada tarikh ini 7 tahun yang lalu anugerah terindah Muhammad Dzuhil Ashroqi selamat dilahirkan, menyeri keluarga kami, penawar duka kami, kasih kami curahkan tidak terkira. Terima kasih tidak terhingga di atas pinjaman ini walaupun cuma 4 tahun 10 bulan 3 hari. Dan kini anugerah terindah sedang berbahagia dan bergembira di "Taman Syurga Allah". Terimakasih sekali lagi kerana menjadikan putra putra  kami sebagai bidadari syurga yang bakal menanti kami di "alam sana" kelak.
Pusara Bernisan Biru kami kunjungi lagi..
Walaupun amat payah dan sedaya mungkin airmata cuba ditahan, rasa sebak cuba kami singkirkan namum kami gagal... dengan kalimah Bissmillah kami mula dan diiringi kiriman Al fatihah dan dalam sendu kami ucapankan:-


~SELAMAT HARI LAHIR MUHAMMAD DZUHIL ASHROQI...
~SELAMAT HARI JADI PUTRA UMMI DAN ABAH...
~SELAMAT ULANG TAHUN BIDADARI SYURGA...
~BERBAHAGIA DAN BERGEMBIRALAH DI TAMAN SYURGA ALLAH..
~TIDAK PERNAH SEDIKITPUN HILANG DIINGATAN..
~BERGUGURANNYA AIR MATA DEK KERANA RINDU..JAUH SEKALI TIDAK              
   MEREDHAI..
~KERINDUAN KAMI AMAT SUKAR UNTUK DIRUNGKAIKAN...

YA Allah .. Kau sampaikan salam kerinduan kami buat kedua dua bidadari syurga kami...
Ramadhan ke 3 tanpa mereka dan begitu juga dengan ramadhan yang mendatang...


ALFATIHAH SAYANG....

. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞




 Kerinduan yang amat sangat...

Ummimdaza 

28hb Jun 2014






3 comments:

  1. Allahhuakbar..sayunya hati sya...terasa disiat2 hati ibu ini melihat wajah suci si anak..semoga tabah menghadapi ujian ALLAH.. Al Fatihah

    ReplyDelete
  2. Bergenang airmata saya baca...sabar ye akak..walaupun sya tak pernah alami tapi saya faham hati seorang ibu..kerinduan itu..

    ReplyDelete
  3. Kerinduan semakin mendalam sehingga ke akhir hayat. 15 ramadan akan dtg juga genaplah setahun anakanda sy pulang ke rahmatullah setelah dipinjamkan hampir 17 tahun. Hanya Allah shj yg tahu betapa rindunya hati seorang ibu.

    ReplyDelete