Airmatanya menjadi begitu murah...cepat sungguh jatuh ke pipi..setiap kali bicara mengenai anak anak ...
Kalau dulu abah selalu berpesan pada ummi..kita kena kuat, jangan mudah menangis..mereka tak suka bila kita menangis...kita mesti kuat...
Setiap pagi selepas solat subuh di surau abah seperti biasa akan menonton tv INDAHNYA IMAN.. turut berzikir mengikut rentak alunan si penzikir..tapi sejak kebelakangan ini zikir zikir abah disulami dengan esakan esakan kecil... berair mata abah, merah hidung menahan sebak..tapi berzikir diteruskan jua...
Dan setiap kali "Pusara Bernisan Biru " kami kunjungi...doa yang abah diutuskan juga disulami dengan sendu...
Bila kaki mahu melangkah pulang abah mesti berkata perlahan ....
"Abah balik dulu ya sayang...esok datang lagi...pusara pusara hero hero abah dah bersih...tunggu abah ngan ummi ya...." sayu bunyinya..
Ummi hanya memerhati setiap perbuatan abah..
Satu hari semasa dalam perjalanan pulang dari kerja sedang ummi dan angah bersembang tiba tiba abah menghempas hempaskan streng kereta sambil melepaskan tangisan hiba..terdiam sejenak ummi dan angah...dan kami membiarkan saje abah melepaskan esakkannya...kesiannya abah...rindu yang teramat sangat....
Jumaat 13 June 2014 seperti biasa kami ke pusara bidadari bidadari kami...secara kebentulan bertemu 2 beradik datang menziarahi pusara bonda mereka..si kakak berusia awal 20an, manakali si adik lelaki berusia 12 tahun. Tanpa disangka sangka siadik merupakan teman baik arwah abang semasa bersekolah maupun sekolah fardu ain. Bila saje diberitahu dan ditunjukkan pusara abang dengan pantas dia berlari ke arah pusara dan terbongkok bongkok dia membaca nama yang tertera dibatu nisan...batu nisan diusap usapnya...dengan tertib dia duduk disisi pusara abang lantas dikirimkan alfatihah dan kedua belah diangkat doa turut diutuskan. Abah yang kebetulan berada di situ tidak dapat menahan sebaknya...lantas dialih pandangannya...
Ummi yang memerhati perlakuannya turut sama mengalir airmata..
Ya Allah Kau berikan jua kekuatan pada anak ini...dia baru sahaje kehilangan bonda yang tersayang..pasti saat ini dia juga sedang merindui belaian, pelukkan dan ciuman dari seorang ibu...
Kejadian 16hb Syabaan petang Jumaat itu amat menyentuh hati ummi dan abah...
Sepanjang perjalnan pulang tidak banyak kata kata yang keluar dari mulut abah..hanya kedengaran keluhan kecil...
YA ALLAH YA TUHAN KAMI BANTULAH KAMI....KURNIAKAN KAMI HATI YANG TABAH DAN CEKAL UNTUK MENGHADAPI UJIAN DARI MU,,,AMIIN..
Salam rindu..
Ummimdaza 16/6/2014...12.50pm
Allahuakbar..betapa kuatnya ujian utk akak & suami..ujian menanggung rindu..saya yg baca pun boleh menangis..apa lagi akak & suami yg menanggungnya...yg pasti mereka anak syurga yg akan membantu akak & suami kelak...
ReplyDeletesemoga Allah sentiasa memberi ketabahan dan kekuatan buat kami..terimakasih kerana sudi berkongsi cerita dengan saya
DeleteYa Allah Yang Tercinta … Pasrahkanlah kami dengan takdirMu… Sesungguhnya apa yang telah Engkau Takdirkan… Adalah yang terbaik untuk kami, Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui… Segala yang terbaik untuk hambaMu ….
ReplyDeleteAl-Fatihah. Rindu kpd anakanda semakin hari semakin kuat. Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita. Aaminn.
ReplyDeletebegitu juga buat al fatihah buat bidadari Tengku Intan
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete