Friday, 6 June 2014

RINDU ITU LUMRAH....

Rindu...

Rindu itu lumrah...
Rindu itu indah..
Rindu itu nikmat..
Rindu itu rahmat..
Rindu itu milik semua orang..

Salahkah bila merindui...????
Salahkah bila terkenang..???
Salahkah menangis takkala rindu datang menyapa???
Salahkan meluahkan takkala kenangan itu datang bertandang.???

Bukan senang untuk meredhai
Bukan mudah untuk pasrah
Hati perlu kuat...
Jiwa perlu cekal...
Semangat perlu kental...

Meredhai bukan bermakna tidak boleh mengenang...
Meredhai bukan bermakna tidak boleh merindui...
Menangis bukan bermakna tidak meredhai..
Meluahkan jua bukan bermakna tidak meredhai...

Kenapa selalu saje disalahertikan...????
Siapalah kita untuk tidak meredhai...
Ketentuan ILLAHI...????
Kerana kententuan ILLAHI
Adalah yang terbaik...
Adalah yang terindah...

Syukur di atas nikmat rindu yang dikurniakan...
Syukur di atas kiriman hadiah yang berupa ujian..


Rindu tiada penghujungnya...
Ummimdaza...6hb Jun 2014 (8.26pm)

..









1 comment:

  1. Tangisan rindu selalu disalahertikan. Terus tabah ummi. Hampir setahun pemergian anakandaku dan setiap hari air mataku sentiasa tergenang, kadang kala mengalir lebat. Al-Fatihah.

    ReplyDelete