21hb September 2014
Petang Ahad yg mendamaikan
Kami kembali ke sini..
Taman syurga anak anak kami..
Setelah hampir 5 hari kami tinggalkan...
Petang Ahad yg mendamaikan
Kami kembali ke sini..
Taman syurga anak anak kami..
Setelah hampir 5 hari kami tinggalkan...
Terubat rindu kami ini..
Takkala terpandang sepasang pusara bernisan biru..
Walau cuma sepasang pusara yang kaku dan bisu..
Seolah olah anak anak jua menanti kedatangan kami..
Seperti biasa alfatihah kami utuskan..
Doa kerinduan kami, mohon disampaikan..
Alhamdulillah airmata kami dapat tahankan..
Mungkin kami sudah semakin kuat..
Hanya Kami berdua sahaja di sini..
Ditemani angin petang, kicauan burung..
Mengutip sisa sisa dedaun kering yg ditinggalkan..
Membersih butiran pasir yang melekat di kepok kalian..
Yang pasti kami jua akan ke sini nanti..
Hanya Allah saje yang maha pengetahuai waktu dan ketikanya..
Sentiasa di sni
Ummimdaza 21 September 2014 ( 6’15 pm)
DI PUSARA BERNISAN BIRU SETALI
No comments:
Post a Comment