There was an error in this gadget

Tuesday, 9 September 2014

Bayangan Rindu..

Dugaan kehilangan insan tersayang dalam sekelip mata, bukan perkara mudah untuk ditelan. Apatah lagi dalam tempoh kurang 6 bulan, dua insan pergi meninggalkan dunia buat selama-lamanya.
Dan ini bukan bermakna kami tidak meredhainya..
Cuma terkadang perasaan rindu itu membuat kami kecundang..
Kenangan bersama mereka membuatkan kami kalah..
Bayangan mereka membuatkan kami terleka..
Nyanyian nyanyian mereka seringkali bermain main dicuping telinga
Rengetan manja acapkali mengetuk pintu hati..
Ya Allah lindungilah kami dari terus di buai perasaan rindu..
Jangan dibolakbalikkan hati kami..
Semoga tabah dan kuat..amin..

Terus merindui
Ummimdaza
 9hb Sept'2014
9.47pm