Saturday, 20 December 2014

ALHAMDULILLAH..SYUKUR..

“ Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Pentadbir seluruh Alam.

Ya Allah!
Berikanlah kesejahteraan dan keselamatan ke atas junjungan besar kami Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat Baginda seluruhnya.
Aku sujud mengadap kiblat-Mu dengan rasa rendah diri

Ya Allah,
ampunilah dosaku dan suamiku, dosa kedua ibubapa dan ibubapa mertuaku, dosa adik beradikku,dosa anak anakku, dosa guru-guruku, dosa jiran-jiranku, dosa rakan-rakanku dan dosa seluruh muslimin dan muslimat.

Ya Allah Ya Qahhar,
terima kasih untuk kau pinjamkan anak-anak walaupun hanya seketika, anak anak yang sentiasa kami rindui. Meruntun hatiku saat anak kecil itu menangis teresak-esak memanggil memanggil ummi ......
Wahai anak, saat kamu mengerti erti kasih ummi nanti, tiada lain yang ummi pinta selain doakanlah kesejahteraan ummi dan abahmu kerana kasih sayang kami tidak setanding kasih sayang mereka.

Ya Allah Ya Rabbi,
lindungilah aku sepanjang kembara pencarian ilmu ini. Rendahkanlah hatiku sepanjang perjalanan kembara ini, kerana semakin banyak ilmuMu yang ku dapat, semakin banyak lagi yang perlu ku kejar.

Ya Allah Ya Ghaffar,
aku bersyukur pada hari indah ini, Kau masih meminjamkan kasih sayang dari keluarga, saudara saudara, dan sahabatku untuk sentiasa berada di sisi diriku. Sesungguhnya aku tidak mampu hidup bersendirian tanpa mereka. Bahagiakanlah kami. Jauhkanlah kami dari permusuhan dan berpecah belah.
Alhamdulillah!!!
Alhamdulillah!!!
Sykur..syukur..
Amiin..


Ummimdaza
21hb Disember 2014


No comments:

Post a Comment