Dia kami
temui secara tidak langsung, ketika kami menjalani rutin harian kami iaitu
ziarahi Pusara Bernisan Biru, dan dia berada sedang duduk lesu disisi pusara
yang masih merah tanahnya. Ummi cuba merapatinya dan meberi salam, dia
mendongakkan muka salam ummi dijawab, mata masih merah, air mata masih berbaki,
dia cuba tersenyum tapi senyumnya tidak semanis tuannya. Ummi cuba bertanya
sebaik mungkin agar hatinya terguris..”pusara siapa?”..”mummy!!!.mummy saya
kak..baru meninggal” jawabnya dalam esakkan kecil. Ummi mengangguk lalu
alfatihah ummi kirimkan. “Sabar ya… dan redha ibu pergi” kata abah..apalagi
yang boleh kami katakana???.
Keesokkan
hari kami bertemu lagi dengan gadis ini..Shamizah namanya..manis orangnya. Dari
ceritanya ibunya yang dipanggil mummy baru saje meninggal dunia akibat sakit
jantung. Dia anak bongsu dari 2 orang adik beradik.. terlalu rapat dengan arwah
mummy, boleh dikatakan sepanjang hayat nya tidak pernah berpisah dengan mummy, di mana
mummy di situlah ada dia..kecuali di sekolah atau di tempat kerja. Pergi dab
balik sekolah(waktu alam persekolah) dijemput oleh mummy, segala cerita suka dan
duka dikongsi bersama…mummy segala galanya buat dia...
Hari hari
berikut di tempat ini.. di Tanah Perkuburan Hutan Setali kami bertemu.. dia
sering meluahkan rasa rindunya..meluahkan rasa sunyinya.. dan ummi akan menjadi
mendengar setia.. kerana ummi amat amat faham dengan rasa rindu itu..apa erti
sepi tanpa orang yang kita sayangi..luahkan dik..luah segala galanya..kami
sedia mendengarkannya… Sedih sekali hati yang bergelar ibu ini bila
mendengarkan penceritaannya..pilu, sebak semuanya ada. Ya Allah kau kembalikan
keceriaan pada gadis ini.. kirimkanlah khabar gembira buat dia..itu doalah kami
buat gadis yang bernama Shamizah.
Dan hari
ini ummi terfikir..bagaimana jika perkara ini berlaku pada angah .. ditakdirkan
ummi pergi dahulu menyambut seruan Illahi.. bagaimana dengan angah.. apakah
angah juga seperti gadis ini….. Ya Allah tidak dapat ummi gambarkan.. kerana selepas
kedua dua adik tersayangnya “pulang” hanya ummi dan abah tempat angah
bercerita, bergurau, bermanja dan berkongsi cerita.. Banyak perkara yang kami
lakukan bersama.. Ummi dan abah tidak mahu melihat angah bersedih jauh sekali
melihat airmata jatuh…
Ya Allah Ya
tuhan.. kau panjangkan usia kami berdua agar kami terus dapat membesar dan
mendidik satu satunya puteri kami agar menjadi anak yang solehah..yang mentaati
MU, KEKASIHMU dan jua kami ummi dan abahnya. Izinkan kami terus bersama sama dengan anugerah dan pinjaman Mu ini.
Ya Allah
kami bermohon pada mu, Kau kuatkan iman puteri kami ini.. agar dapat menempuh
hari hari mendatang dengan tabah.. tanamkan sifat sabar dan tawaduk dalam
dirinya..dan jika suatu masa nanti Kau ketemuakan dia puteri kami dengan
seorang insan yang dapat menjaga dan membimbing dunia dan akhirat.. dan saat
itu jika sudah sampai kami untuk dijemput “pulang” sudah pasti ada yang akan
menjaga dia mengganti tempat kami..
Kasih dan sayang kami
ILLAHITAALA
22hbNov2014..11.25pm
ILLAHITAALA
22hbNov2014..11.25pm
Sayu saya membaca catatan ini. Semoga angah ummimdaza dan saya bertemu jodoh yg soleh. Dapat membimbing dan menjaganya di dunia dan di akhirat.
ReplyDelete