Saturday, 30 May 2015
Alangkah bahagia jika ianya terjadi pada kami
Sabtu 30hb Mei 2015
Pagi tadi kami ke pusara anakanda..dan sebelum tu singgah minum dulu kt gerai tepi pusara terjumpa dgn beberapa org pakcik yg selalu cuci kubur sama sama kami.
En suami mengambil kesempatan bertanya khabar dan berbual bual semeja bersama mereka. Dan tiba tiba salah seorang dari mereka (pakcik rahim) berkata
"Ptg smlm (ptg Jumaat) pakcik bersih dekat kawasan kubur anak anak awk..tiba tiba pcik terdengar riuh suara bebudak bermain main..suka sungguh bunyi nya, seronokpun ada seram pun ya juga"
Kami berdua tersenyum kerana bkn kali pertama kami mendengar cerita mcm tu"(pun pd ptg Jumaat juga)
Dah 2 3 org cerita pada kami mcm tu..
sebelum ini cerita seperti ini kami didengar dari seorang penggali kubur dan juga dari seorang pekerja yang memasang batu nisan.
Alangkah bertuah dan bahagianya kalau kami dapat mendengar sendiri suara yang sedang bergembira itu..
Setelah selesai minum kami minta diri untuk ke pusara bidadari bidadari kami.
Subhanallah bersihnya seperti baru sahaje dibersihkan..tiada sehelaipun daun daun yang berguguran sedangkan malam sebelumnya hijan turun beserta dengan angin.
Tidak sedar airmata kami jatuh berguguran..kami sendiri tidak pasti airmata yang jatuh untuk apa..tapi hati kami betul terasa pilu dan juga tenang bila berada di sini..
Alfatihah utk anak anak syurga kami..
Salam rindu buat yang dirindui..
ummimdaza 30hb Mei 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment