Sunday, 31 May 2015

Mei bulan yang amat bermakna dalam diari hidu kami

1hb Mei 1966..
Terima kasih buat kedua ibubapa mertuaku kerana pada tarikh ini lahirlah seorang insan yang kini telah hampir 24 tahun menjadi suami ku..
Syukur Alhamdulillah di atas pertemuan jodoh ini. Semoga jodoh kami berkekalan hingga Jannah...
Kini usia En suami telah mencecah 49 tahun.


7hb Mei 1968..
Tiada kata kata yang mampu diucapkan lagi..kepada kedua dua orang tua ku kerana bermula dari tarikh ini aku mulai mengenal dunia..pengorbanan mereka tidak dapat dibalas dengan wang ringgit hatta dengan timbunan emas.Kasih dan sayang mereka tidak pernah luak walaupun aku sudah bergelar isteri orang.Tunjuk ajar dan nasihat sentiasa mengiring disepanjang perjalanan hidup ku.Usia ku sekarang sudahpun 47 tahun.Satu usia yang bukan muda lagi.


30hb Mei 2000
Berita baik yang tunggu sepanjang perkhawinan kami. Setelah 9 tahun akhirnya aku disahkan mengandung. Allah hurabbi tidak terucap dengan kata kata hanya airmata mencerita segala gala nya. Seiisi kekuarga amat gembira dengan perkhabaran ini. Teman teman tidak henti henti memberi ucapan tahniah. Benih kasih antara aku dan suami ini aku jaga sebaik mungkin di dalam rahim ku..setiap hari en suami akan memberi salam buat anugerah dari Nya...Tidak sabar rasanya menunggu kelahiran cahayamata yang pertama ini..dan 15hb Januari 2001 aku selamat puteri sulong kami.


4hb Mei 2002..
Aku disahkan mengandung lagi....Allah maha mengasih dan penyayang..doa kami dimakbulkan lagi.. terbalas rasanya kesabaran menunggu selama ini. Dan pada 23hb Disember 2002...putera lelaki yang diimpikan oleh en suami Allah kurniakan..Ya Allah rasanya sudah lengkap alam rumahtangga kami..


Tapi rezeki kami datang lagi 2006 aku mengandung lagi dan 28hb Jun 2007 kelahiran kami sambutan dengan cukup gembira dan kehidupan kami cukup bermakna disamping seorang puteri dan 2 orang putra..

10 tahun kami hidup dalam satu keluarga yang cukup bahagia walaupun sederhana.Anak anak penyeri hidup kami..sakit mereka bermakna sakit jugalah kami. Kami mahu mereka hidup sempurna seperti anak anak orang lain. Tidak mau sedikitpun kasih dan sayang tertinggal untuk mereka .semua nya untuk mereka.
Bamun kita hanya merancang ... perancanfan tidak sama apa yanh telah Allah rencanakan untuk kita. Kita terlalu anggkuh..teralu alpa..kita lupa apa yang kita mikiki itu bukan milik kita semua pinjaman belaka...

Tanggal 25hb Oktober 2011..kami mula di uji..tidak pernah terlintas di benak fikuran kami ..kami akan diuji dengan ujian seberat ini..Allah mengambil semula pinjaman kepada kami...buah hati kami MUHAMMAD DZUHIL ABQARI dipanggil pulang untuk mengadap peciptanya.. tidak tertanggung rasanya...dengan ujian yang kau berikan pada kami..luluh seluruh jiwa raga kami takkala seakan separuh nyawa ku di bawa bersama...
Kesunyian dan kekosongan amat terasa dari masa ke semasa kami terima takdir Allah dengan redha...
kami bangkit dari sedih itu..kami terima bahawa dia sudah tiada di sisi kami.

1hb Mei 2012..
Setelah hampir 6 bulan arwah abang pulag..setelah kami sudah dapat menerima kenyataan bahawa anak itu sedang berbahagia di syurga Allah.
Allah mengirim lagi hadiah berupa ujian buat kami sekeluarga..kini adik MUHAMMADCDZUHIL ASHROQI pula dijemput untuk menemui penciptanya...
Ya Allah besar sungguh ujian yang Kau berika buat kami..kalau ikutkan hati mau saje kami mengikuti jejak mereka...mau saje kami minta dikapan dan dikebumi bersama sama mereka. Namun iman kami masih berbaki..dan kami harus terus mencari kekuatan dan bekalan yang secukup sebagai persediaan kami untuk mengikut
Jejak mereka...Putra putra kami sudah amat pasti sedang berbahagia di *alam sana*..sedangkan kami..? Hanya amalan yang menentu segala galanya..

Pusara pusara mereka kini menjadi tempat kami beriadah sambil melepaskab rasa rindu yang kian sarat..alfatihah kami utuskan salam ketinduan mohon disampaikan..

Sesungguh bulan Mei adalah bulan yang amat bersejarah dalam diari hidup kami...
Usia 23 tahun dipertemukan jodoh
Usia 33 tahun baru dianugerah cahayamata
Usia 43 tahun mulai kehilangan cahayamata..



Ummimdaza..
10.10.pm ..31hb Mei 2015



1 comment:

  1. Allahhukabar..berat sungguh Ujian ini..Semoga tabah menghadapi..Allah maha mengetahui

    ReplyDelete