Subuh Jumaat pertama 2014 bersamaan 3 Januari
warga Taman Murni di kejutkan dengan berita kematian saudara Zainal Bani ,
lebih mesra dipanggil denga panggilan Pak Andak. Menurut isteri arwah yang juga kami
panggil Mak Andak, dia mengejutkan suami untuk bagi menunaikan solat subuh dan
kebetulan pada pagi itu juga arwah diarahkan bertugas di Kuala Lumpur. Kejutan
hanya disahut dengan satu keluhan kecil sebelum mata arwah terpejam buat selama
lamanya…….dicuba berkali kali mengejutkan suami tercinta namum keadaan Pak Andak tetap begitu….pada
anaksaudara dan jiran diminta datang ke rumahnya untuk melihat keadaan Pak
Andak, tapi Allah lebbih menyayangi beliau…..pihak hospital dipanggil untuk
mengesahkan kematian almarhum.
Tiada sepatah yang terkeluar dari mulut aku,
takkala suami ku yang baru pulang dari solat subuh menyampaikan berita sedih
ini. Aku hanya hanya memikir nasib Mak Andak selepas ini. Pasang ini telahpun
mendirikan rumahtangga lebih daripada 25 tahun dan disepanjang perkahwinan ini,
mereka masih belum dikurniakan cahayamata…mungkin bukan rezeki mereka. Tapi
bukan itu yang menjadi kerisauan ku dan jiran jiran yang lain …tetapi keadaan
kesihatan Mak Andak….Mak Andak bukan sesihat orang lain, sebelah tubuh tidak
mempunyai kekuatan lagi sesejak lebih daripada 10 tahun yang lalu…stroke….Rutin
dan aktiviti harian disandarkan pada suami tercintanya. Dan suami yang peyayang
ini tidak pernah jemu melayani apa jua permintaan isterinya, sebelum keluar
bekerja pasti setiap keperluan akan disedia sebaik mungkin…..
Tanpa membuang masa aku dan Kak Nor bergegas ke
rumah pasangan ini,rasa lambat kaki melangkah …. Sudah ramai jirantetangga dan
saudara mara memenuhi setiap ruang rumah pasangan ini….Mak Andak kami dapatkan
…tiada sebarang perkataan yang aku dan jiran ucapankan…deraian airmata saje
yang dapat kami luahkan…Mak Andak nampak begitu tenang…namum aku tahu apa yang
bersarang difikirannya….kerana aku pernah berada di tempat nya….sebaik pelukkan
aku lepaskan Mak Andak bersuara lesu…”kita sama sama kehilangan…tapi Mak Andak
lagi kesian kat awak …kesian sungguh pada awak…” aku sendiri tidak tahu kenapa
kata kata itu Mak Andak tujukan pada ku…..sedangkan dia baru kehilangan orang
yang amat disayangi….
Jenazah Pak Andak dimandi, dikapankan dan
disembahyangkan di Masjid Perkampungan Sungai Isap Damai…sahabat handai, jiran
tetangga dan saudara mara ramai yang datang menziarahi arwah…Suasana pilu
menyelubungi pagi pagi Jumaat yang mulai ini. Tiada sebarang keluhan dan
rintihan yang kedengaran dari mulut Mak Andak…. pada saudara mara dan teman
teman yang datang menziarahi tidak berhenti mak Andak menceritakan….” Senang
sangat dia pergi…dia tak menyusahkan saya langsung….” Kami yang terdekat dengan
Mak Andak pulak yang susah hati dan berbincang sesame ssendiri..”siapalah yang akan
jaga Mak Andak, siaplah yang teman kan dia, kalaulah dia sihat macam kita taka
palah jugak dan bermacam macam andaian yang kami bincangkan.
Semuanya sudah siap sekitar jam 12.00
tengahari, namun keluarag arwah dari Negeri Sembilan belum tiba lagi, mungkin
hari hujan membuat mereka kelewatan..Keputusan telah dibuat bahawa selepas
Jumaat baru perkebumian akan dilakukan. Sekitar jam 2.30 kami semua mengiringi
jenazah ke Tanak Perkuburan Bukit Ubi…dan sekali lagi kami dihimpit rasa sebak
dan pilu…hanya airmata sahaje menceritakan segala galanya…Mak Andak kelihatan
begitu tenang duduk setia ditepi pusara Mak Andak..dan akhirnya keluar dari
mulut Mak Andak….”Abang … saya sudah redha “..begitu ikhlas … perlahan lahan
aku dapatkan Mak Andak, aku dakap..aku kucup dan aku bisikan ke telinganya..”
Mak Andak!!! Insyallah kami semua akan tetap bersama Mak Andak, kami akan jaga
Mak Andak macamana kami jaga emak kami sendiri…” Mak Andak hanya mengangguk
lesu..dalam sedu yang masih berbaki dia berkata “malam ni lepas Isyak nak buat
tahlil kat rumah, nanti datang ya ajak yang lain-lain…rasanya nak buat tahlil 3
malam berturut hari”…aku hanya mengiakan sahaje kata mak Andak itu.
Seperti yang telah diaturkan selepas magrib aku
dan Kak Nor ke rumah Mak Andak, kami di khabarkan bahawa Mak Andak kurang sihat
dan telah di bawa klinik yang berdekatan untuk mendapat rawatan. Pada hemah
kami mungkin dia kepenatan yang amat
sangat, lagipun sepanjang hari Mak Andak tidak menjamah sebarang makanan.
Majlis tahlil dan kenduri arwah tetap jua dijalan sepertimana yang dikehendaki
oleh mak Andak. Jam sudah menunjukkan pukul 10.30 namun Mak Andak belum jua pulang,
aku minta diri dulu…
11.00 malam anak jiranku.. Wani berlari cemas
ke rumah ku…”Makcik Nani Nenek
dimasukkan ke ICU di KMC…” Ya Allah… aku dan suami menjadi begitu cemas.
Suamiku beserta jiran sebelah rumah Cik Din (pengerusi Taman) bergegas ke KMC
dan aku sendiri bersiap siap ke rumah Mak Andak untuk bersama yang lain…dan
belun sempat kaki ku melangkah keluar, talipon ku berbunyi…”Nani Mak Andak dah
tak ada”…sayu kedengaran suara Kak Ton …Lemah segala anggota ku, namum ku
kuatkan jua, pada jiran jiran aku sampaikan berita sedih ini dan terus kerumah
Mak Andak dimana jiran jiran dah ahli keluarga nya masih lagi berkumpul . Tiada
lagi kedengaran suara suara yang bercerita hanya terdengar tangisan dan esakkan….masing
masing macam tidak percaya dengan apa yang telah berlaku….Jenazah Mak Andak
sampai lebih kurang 1.30 pagi dan dia dibaringkan ditempat yang sama ….Menurut
keluarga terdekat arwah diserang stroke buat kali kedua…tekanan darah tinggi
naik mendadak..mungkin terlau sedih dan letih…
4hb Januari…sekitar jam 8 pagi, kami sekali ke
Masjid Perkampungan Sungai Isap Damai untuk urusan memandi, mengapan dan
seterusnya memyembahyangkan jenazah Mak Andak. Wajah Mak Andak aku tatap dan
kucup buat kali terakhir…airmata berjurai laju tanpa dapat ditahan tahan, bukan
aku sahaje malah kesemua yang hadir terutamanya bagi kami jiran jiran terdekat.
Tenang sekali wajah Mak Andak. Segala urusan berjalan lancar..dan kini arwah
Mak Andak selamat di semadikan disisi arwah Pak Andak…di Perkuburan Hutan Bukit
Ubi.
Hebat sungguh perjalanan hidup mereka yang
telah dirancangkan oleh Nya…dipertemukan dan disatukan mereka berdua tanpa
dikurniakan zuriat agar mereka boleh bersama sama menuju ke Jannah pada hari
yang sama. Hari Jumaat hari yang mulia, penghulu pada hari hari yang lain.
Mereka berdua umpama ibu dan pada kepada kami, nenek atuk pada anak anak kami,
teman teman pada yang sebaya….pada merekalah selalunya tempat kami mencurah
rasa, meminta pandangan dan nasihat dan pada mereka juaga kasih kami semua
telah tertumpah, bukan sedikit….kasihsayang kami umpama kasihsayang anak kepada
orang tuanya….begitu jua dengan pasangan ini…kami umpama anak anak mereka dan
anak anak kami adalah cucu mereka…kata kata nasihat dan semangat tidak pernak
putus buat kami dan anak anak…bebelan dari mereka kami terima dengan tiada rasa
kecil dihati….
Kini semua telah tiada….mereka pergi meninggalkan
buat selama lamanya…indah dan cantik sungguh Allah merancangkan perjalanan
hidup mereka berdua…hebat sungguh kasihsayang dan cinta mereka. Kami pasti amat
merindui mereka, rindu akan gurau mereka, terguran dan bebelan mereka dan jua
rindu akan pelukan dan ciuman kasih dari seorang ibu yang kami panggil Mak
Andak.
Ya Allah Ya Tuhan Kami..ampunkan dosa dosa
pasangan ini…terangi kubur mereka, tempatkan mereka di Syurga FirdausMu.
Walaupun mereka tidak mempunyai zuriat …namum kami akan sentiasa mengutuskan
Alfatihah dan mennitipkan doa buat pasangan istimewa ini…Amiin Ya Robbal Almiin…semaga
doa kami semua diterima ….
Salam kasih sayang/Salam Maulid Rasul...
UmmiMdaza...14/1/2014