Alhamdulillah wa syukurillah, sehingga kin masih diberikan
kesempatan menghirup udara di bumi Allah yang indah dan damai dengan nikmat
terbesar, iaitu nikmat iman dan islam. Sesungguhnya sesat dan sangat rugilah
kita andai dua nikmat ini tercabut dari dalam diri kita, na’uzubillahi min
zalik.
Dalam hampir 3 tahun ini juga pelbagai peristiwa telah
berlaku, Dari mempunyai anak seramai 4 orang (termasuk seorang anak angkat)
kini hanya tinggal dua orang, dari mempunyai seorang bapa kini sudah bergelar
anak yatim. Alhamdulillah..alhamdulillah masih masih punyai 2 orang anak tempat mencurah
kasih, masih mempunyai ibu tempat
mengadu dan berkongsi rasa juga adik
beradik tempat untuk bercerita. Dan amat bersyukur diri ini masih punyai
seorang suami yang sangat baik dan mengambil berat serta tidak jemu jemu
melayan karenah diri yang serba kekurangan ini.
Jarak yang teramat jauh yang memisahkan aku dengan insan
insan tersayang menerbitkan kerinduan yang tidak terungkap menguji dan tawakal
aku kepada Tuhan Rabbul ‘Izzati. Betapa rindunya diri ini kepada yang mereka.
Semoga Allah member kekuatan kepada aku sekeluarga untuk menghadapi setiap
ujian yang diberikan. Ujian ini sebagai tanda kasih sayang Allah kepada kita.
Wahai airmata terkadang terlalu murah untuk mengalir disaat hati terlalu
merindui..ketahuilah bahawa hati ini berusaha keras untuk meredhai…dan akhirnya Alhamdulillah….
Ya Allah kuatkan hati dan jiwa kami……
UmmiMdaza
7/2/2014 (7.27 pm)
UmmiMdaza
7/2/2014 (7.27 pm)