Sudah hampir 4 tahun anak anak ummi pergi namun rindu pada kalian semakin mencengkam. Hanya sesaat teringatkan wajahnya, airmata ini pantas keluar. ummi terlalu rindu pada kamu berdua terkenang saat-saat terakhir ummi membelai abang dan adik.
Ya tuhan, kuatkan imanku..
Tidak terluah perasaan ini. Tidak mampu ummi ungkapkan apa yang dirasai. Tidak terucap segala yang terpendam dalam lubuk hati ini. Hanya Allah jualah yang mengetahui apa yang tersirat dan tersurat.
Anak anakku Sayang,
didunia sementara ini, kita sudah terpisah jauh. Bukan sehari dua kita berpisah tapi selamanya. Namun, kalian tetap dalam hati ummi. Nantikan pertemuan kita di dunia yang kekal abadi. Ummi nantikan saat-saat itu sayang...
bersyukur memiliki anugerah terindah sepertimu,
Walau sementara cuma,
Kenangan bersama mereka menjadi penguat ummi selama-lamanya.
Tunggu kami di syurga Allah ya sayang,
Bantu kami di akhirat nanti sayang,
kami akan sabar menanti saat itu,
Saat bertemu semula dengan kamu berdua
Berbahagialah wahai anakku bersama Allah,
Sesungguhnya Dialah sebaik-baik pelindung dan penjaga buatmu.
Al-Fatihah untukmu sayang,
Kekallah ABQARI dan ASHROQI hidup di hati kami..
Hingga bertemu di pintu syurga wahai anak anakku,
Amin Ya Rabbal Alamin..
salam kerinduan...
ummimdaza...11hb mac 2016...
Thursday, 10 March 2016
Tuesday, 1 March 2016
Tazkirah diri..
"Datangilah tanah perkuburan. Itu antara amalan yg dapat memberatkan neraca Mizan di hari pembalasan nanti." - Ustaz Badlishah Alauddin, Cinta Ilmu,
"Berziarahlah ke tanah kubur sbb kita bukan tanam pokok pisang kat situ, boleh dibiarkan membesar sendiri. Di situ tinggalnya ahli keluarga kita, mak ayah, anak isteri kita." - Ustaz Kazim Elias.
Dan kerana rindu yang tidak pernah surut juga membuat kami tidak pernah jemu ke sini.. Zainal Az
"Berziarahlah ke tanah kubur sbb kita bukan tanam pokok pisang kat situ, boleh dibiarkan membesar sendiri. Di situ tinggalnya ahli keluarga kita, mak ayah, anak isteri kita." - Ustaz Kazim Elias.
Dan kerana rindu yang tidak pernah surut juga membuat kami tidak pernah jemu ke sini.. Zainal Az
Subscribe to:
Posts (Atom)