Wednesday, 24 January 2018

JANJI YG DINANTIKAN ~ UMMI RINDU KAMU

♡♡ADA JANJI YANG DINANTIKAN♡♡

Walau mata tidak bertitis,
hati masih sayu menangis.
Bukanlah mengalah,
menolak takdir Allah,
cuma lelah dengan jiwa
dihanyutkan lemah.
Terlalu mudah atau terlalu payah,
Iman dan harapan kekadang goyah.
Hidup dan ujian,saling bersahutan.
Lidah yang terkunci,
mungkinkah merawat hati.
Ada janji yang dinanti,
tertulis di kalam Ilahi.
"Rela" dan "Redha"
mudah untuk dilafazTuhan...
semoga diberikan kekuatan.
Lindungi dari penyumbang keresahan.
Ameen...
UUmmi rindu kamu..
ummimdaza ..25/01/18

Thursday, 18 January 2018

Mawar Merah di Pusara Bernisan Biru

SALAM PAGI JUMAAT

Kami tanam pohon pohon bunga ros di pusara anak anak...
itulah simbolik cinta, sayang dan kerinduan kami  pada mereka.....
hanya airmata menjadi pengubat rindu pada mereka...
tapi kami tetap merindui...
rindu dgn suara mereka..
rindu pada bayangan mereka
hanya doa yang kami utuskan dan agar disampaikan pada bidadari bidadari syurga kami..

Rindu mewangi seharum mawar merah
Ummimdaza
19/01/2018

Tuesday, 16 January 2018

17 tahun kini usia mu..Senah Helwah

10 tahun...
10 tahun adalah satu jangka masa yang panjang..
10 tahun kami menanti dengan kesabaran,
selama itu 10 tahun terus berusaha dan berdoa, tidak cukup dengan doa sendiri, doa dari orang sekeliling kami harapkan. Sindiran dan cemuhan sudah lali melalui cuping telinga kami. Berkat kesabaran, doa dan juga doa orang orang sekeliling akhirnya Allah makbulkan juga doa kami.
Terima kasih Ya Allah di atas anugerah tidak terhingga ini.
17 tahun lalu..dari  bayi yang montel kini sudah menjadi remaja yang manis. Tidak kira berapa tahun umur beranjak..kamu tetap ANAK MANJA kami.


Selamat ulang tahun sayang… Inilah seutas doa yang dapat kami berikan sebagai bentuk kasih sayang kami sebagai orang tuamu,  semoga Allah Swt dapat menjadikanmu sebagai manusia yang berguna bagi Agama, bangsa dan mendapat ridho-nya, selamat ulang tahun anaku. Kami selalu menyayangimu.


Anakkku, senyum kebahagiaanmu membuat kami semakin kuat, kami akan selalu memberikan yang terbaik untukmu, dengan bertambahnya usiamu saat ini, semoga semakin soleh  dan semakin membuat kami bahagia. Selamat ulang tahun sayang. Ummi & Abah bangga padamu.


Sayang kami..
ummimdaza
16/1/18

Saturday, 6 January 2018

SEMOGA BERTEMU DI "ALAM SANA"

Sesungguhnya, keindahan di syurga tiada tandingannya. Siapa yang tidak mendambakan syurga? Siapa pula yang idamkan neraka? Tidak salah mengimpikan syurga jika disusuli dengan usaha dan ibadat. Tanpa pernah menyimpan curiga terhadap kuasaNya, Yang Maha Adil, Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana. Allahu Akhbar!
Zuriat Syurga..
Bidadari syurga..
Semoga kita bertemu semula..
Sentiasa menanti..
Ummimdaza
7hb Januari'18

Saturday, 30 December 2017

TITIPKAN CINTA,SAYANG DAN RINDU INI BUAT MEREKA

Ya Allah...
Kami titipkan cinta kami padaMu untuk MEREKA
Sampaikan rindu kami pada rindu MEREKA satukanlah hidup kami dan hidup MEREKA dalam cintaMu..
Sesungguhnya kami ingin bersama-sama ZURIAT SYURGA KAMI di TAMAN SYURGA Mu..
Amin..


mohon sampaikan..
ummimdaza..
30/12/17

Saturday, 23 December 2017

SELAMAT HARI JADI ABANG..

Dah 6 tahun abang pergi meninggalkan kami..tapi nikmat membawa abang dalam kandungan masih lagi terasa malah saat saat melahirkan abang ke dunia seolah olah baru saje berlaku..wangian tubuh mongel abang bak haruman kasturi..rengetan manja abang menjadi hiburan gegendang telinga ummi..
Abang..15 tahun yang lalu abang ummi lahir pada tarikh keramat ini..23hb Disember 2002, renyai hujan menyambut kelahiran abang..dan hari ini dalam hujan yang renyai ummi dan abah ke Taman Syurga yg abang diami skrg ni
Abang...
kerinduan ummi dan abang tidak boleh diungkap dengan kata kata..sedari awal pagi lagi airmata berjurai jatuh ke pipi..potret abang ummi tatap semau maunya..video abang sedari kecil diulang kali ummi putarkan..dan berulang kali jua hati ummi menjerit pilu..
Akan beginikah Ummi disetiap tarikh kelahiran abang yang akan datang??
Sesungguhnya hanya Tuhan saje yang tahu..
Semoga Dia sentiasa membekalkan ummi kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam miniti hari hari mendatang..
SELAMAT HARI LAHIR MUHAMMAD DZUHIL ABQARI..ZURIAT SYURGA UMMI..
WILDAN SYURGA ABAH..
Damailah di ALAM SANA..
Insyallah bila tiba masa kita pastikan bertemu..


Salam Rindu..
Ummimdaza..
23/12/2017..






Sunday, 19 November 2017

Bila rindu itu datang

Ahad
19hb November 2017..

Dan bila…
rindu itu datang lagi…
Ya Allah..
kuatkan hati kami yang rapuh ini…
Rindu itu indah...
Ya Allah…
peliharalah perasaan dan hati kami ini Ya Allah..
Izinkan kami  untuk terus merindui anak anak syurga kami...

bila rindu itu datang bertandang..
Ya Allah, Kau damaikanlah hati kami dengan ketentuan-Mu ..