Tuesday, 29 August 2017

Warkah Air Mata

Warkah air mata jiwa

Sayang !
ummi seperti biasa
tidak pernah melupakan kalian

tika ummi menyepi
tika ummi bersendiri
jiwa ini terus merayu
selalu ingin  melafazkan kata sayang dan kasih pada kalian
dan akan terus jadi perindu sepanjang hayat......
Ummimdaza..
30/08/17

Terimakasih Ya Allah di atas kiriman mimpi

Bila minda letih..
badan pun turut letih..
hati dan perasaan turut sama merasainya..
Jalan terbaik untuk.merehatkan minda adalah tidur..
Usai solat isyak ummi terus ke kamar tidur..hujan mulai turun dengan lebat..membuat mata layu..berharap sangat lena tiada gangguan..
Tapi Allah maha kaya..bukan sahaje tiada gangguan malah dikirimnya mimpi yang amat indah...seolah olah satu kenyataan.
Tiada mimpi yang terindah melainkan mimpi bertemu dengan zuriat syurga kami..
Subhanallah..maha besar Allah...
Kita sekeluarga...ya kita sekeluarga..
abah, ummi, angah, abang dan adik..
beriadah di tepi pantai..bermain main gigi pantai dan juga pasir..berlari berkejaran , riang sungguh kamu bermain..hingga kepenatan..adik baring diriba ummi manakala abang menyandar dibadan abah..hampir terlena..
perlahan ummi mengangkat adik..dan abah mengendong abah yang sudah terlena.
Yang lucunya kita berlima menaiki motosikal untuk pulang kerumah..
Abang dibahagian depan bersama abah, angah ditengah tengah manakala adik ummi pangku dibelakang...
Belum sempat kita sampai ke rumah..ummi terjaga dari tidur..
menarik nafas lalu terkeluar dari mulut ummi..
"alhamdulillah ...!!!"
"subhanallah..!!!"..
Terimakasih Allah di atas kiriman mimpi..mengubat rindu, pemulih semangat..

Mimpi yg indah..
ummimdaza..
28/08/17


Sunday, 27 August 2017

Sayang Kamu Semua IllahiTaala..

24hb Ogos 1991 ~ 24hb Ogos 2017

Alhamdulillah syukur tidak terhingga kami panjat kepada yang maha Esa, masih kan jodoh kami hingga sekarang..26 tahun sudah.
Syukur kepada Allah sentiasa memberi kebahagian kepada rumahtangga kami..
Syukur..Allah sentiasa kurniakan kasih sayang dan cinta sehingga ke hari ini dan insyallah sehingga ke Jannah dan bertemu di syurga..

Syukur juga sepanjang 26 tahun perkahwinan kami Allah kurnia kami 4 orang cahaya mata..walaupun 2 orang telah pun menjadi penghuni syurga..tetap kami bersyukur juga..syukur sangat sangat kerana telah mempunyai "saham akhirat".


Buat suami tercinta..
Terimakasih di atas segala galanya..
26 tahun perjalanan hidup kita...
Semoga Allah SWT senantiasa melindungi dan menjaga kita dalam menempuh setiap langkah perjalanan. Selalu bahagia di dunia, hingga kita berjumpa bersatu kembali dalam rahmatNya disyuga nanti wahai Imamku. Selamat hari istimewa, hari ijab qabul kita.”


Terimakasih buat anak anak kami..
Anak anak adalah harta kami yang paling berharga..lebih hebat daripada apa yang kami ada didunia ini..
Doa, senyuman dan tangisan kalian merupakan denyutan nadi buat kami. Jadilah kamu anak anak soleh dan solehah.
Kami amat berbangga memiliki kamu..
Terimakasih di atas kejutan sempena ulangtahun perkahwinan Ummi dan Abah..
Tanpa disedari airmata terharu mengalir lesu dipipi kami..




Untuk kamu semua..
keluarga besar kami..

Ya Allah..
kami bersyukur kerana Engkau selalu mengirimkan orang orang yang tepat dan baik dalam hidup kami.
Yang selalu ada di waktu duka dan lara kami..
Yang selalu bersama sama kami mengecapi hari hari kebahagian kami..
Doa dan ucapan selamat dengan penuh kasih sayang tidak pernah putus buat kami.
Anak anak saudara yang sentiasa hadir tika kami dirundung rasa rindu terhadap zuriat syurga kami..

Ya Allah ...
Limpahkan mereka kebahagian di mana juga mereka berada.

Ya Allah ...
Ya Tuhan kami..
Limpahkan kasih dan sayang Mu kepada kami sekeluarga kerana hanya kasih dan sayang Mu yang memberikan kedamaian dan kebahagian ke dalam kehidupan kami, menyembuhan luka dan derita, menghapuskan setiap airmata..memberikan kekuatan bagi membalas keburukan dengan kebaikan,membalas kemarahan dengan memberi kemaafan..

Aminn..Rabbal Allamin...




Sayang Hingga Ke Jannah..
Ummimdaza..
27/08/2017..




Tuesday, 22 August 2017

Selagi Ada Rindu....

Ku selipkan rindu ini di batuan nisan yang kaku
Ku benamkan cinta di laman pusara yang damai
Ku simpan rindu ini dalam kepuk yang biru..
Ku tanam kasih dan sayang jgn sampai terabai..
Lagi dan lagi..hingga ke akhir hayat ku..

Ku buat untai kerinduan ini sebagai dawai do’a
Ku dendang syair rindu ini menjadi kidung hati
Ku jadikan bias rindu ini untuk pelengkap sepi
Selagi Ada Rindu..
 Pusara bernisan biru 22/08/2013
Pusara Bernisan Biru 22/08/2017

Selagi ada rindu
Ummimdaza
22/08/2017..

Monday, 24 July 2017

Andaii ini syawal terakhir buat kami..mohon maaf

Hari ini 24 Julai 2017  bersamaan 30 Syawal iaitu hari terakhir Idil Fitri di tahun ini. Sebelum ianya berlalu saya dan suami Zainal Az mohon ribuan ampun dan maaf sekiranya kami pernah terkasar bahasa atau berbuat apa jua kesilapan
.
Terimakasih tidak terhingga buat sanak saudara dan sababat handai yg sudi beraya ke teratak kami..
Seperti tahun tahun yg lalu tiada istilah  "RUMAH TERBUKA" bagi kami...kerana "RUMAH KAMI SENTIASA TERBUKA" utk menyambut kedatangan kalian semua...
Jika dipanjangkan umur semoga kita dapat bertemu lagi bulan Syawal tahun hadapan. In Syaa Allah.

Dan sekiranya ini merupakan SYAWAL TERAKHIR buat kami..jadikan memori raya tahun ini sebagai satu memori INDAH diantara kita semua..dan sentiasa ingat bahawa kami pernah hadir dalam.hidup kalian semua..

Kami sayang kalian semua ILLAHITAALA..
Kami sayang kalian hingga ke JANNAH.
ERATKAN UKWAH PERBAIKI SIRATULRAHIM..

Semoga hidup kita semua diberkati oleh Allah S.W.T.
Amin ya rabbal alamin..



Ikhlas dari kami sekeluarga
ZAINAL ARIPIN ZAKARIA
Ruzaini Harun
Muhd Dzuhil
Aini Zahirah Atiyah Zainal

DIA lah Suamiku..

DIA ....
Yang bernama ZAINAL ARIPIN aka Zainal Az

Dalam setiap gurau lucunya..
Ada pemasaalah yg disimpan
Dalam gelak tawanya
Ada kesedihan yang dipendamkan
Dalam keceriaannya..
Ada kemelut yang ditanggung..
Dalam kesabarannya..
Ada kegurisan dihatinya..
Tiada siapa yang mengerti..
Tiada siapa cuba memahami hatinya..
Dia sering mengharap yg terbaik...
Tetapi dia sering rasa terpinggir...
Ada rasa ingin disampaikan ...
Tapi nalurinya berkata "jangan" kerana ada hati yang perlu dijaga..
Bagaimana dengan hatinya sendiri???
Dan hanya pada YANG SATU sering diluahkan..
Dipenghujung doa dengan sendu yang amat hiba dan memilukan sering dikirimkan..
agar mereka...
akan sentiasa mendapat rahmat dari Nya..
akan sentiasa dimurahlan rezeki..
akan sentiasa dipanjangkan umur..
akan sentiasa bersatu hati..
dan lebih lagi diharapkan..
AKAN SAMA MENUJU KE JANNAH..
tiada lebih bermakna selain dari ikatakan
#KEKELUARGAAN..
  1. Ummimdaza..
  2. 24/07/2017

Monday, 17 July 2017

Tak pernah tak rindu..

salam maghrib

Tanpa ku sapa rindu itu
Tapi ianya tetap datang
Kenangan lama terus bertandang
Meresap dikalbu
Menagih sesuatu

Wahai rindu.
Kenapa engkau kembali
Bukankah dah kusimpan rapi
Di peti yang berkunci
Namun..
Engkau menjelma silih berganti

Tatkala sepi datang
Rindu hadir beriringan
Cerita manis
Cerita sadis
Sukar ditepis.

Dengan setulus hati
Kurakam di sini
Rinduku masih menanti.
Sampai masa bertemu si jantung hati..


Ummimdaza
170717..
17.17 pm